Saturday, January 23, 2010

Pasir untuk Singapura : Siapa BOHONG? Mahathir atau Kastam?

Tun Mahadet mengatakan 700 buah lori mengangkut pasir dari Malaysia ke Singapura setiap hari, tetapi pihak Kastam mengatakan hanya 10 buah lori yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Siapa yang berbohong ni? Tun Mahadet atau Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Kastam di Raja Malaysia?



Jabatan Kastam Di Raja Malaysia telah menafikan bahawa ada ratusan lori yang mengangkut pasir dari Johor ke Singapura setiap hari.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Kastam di Raja Malaysia Mohamed Khalid Yusof mengatakan bahawa hanya 10 lori dari Malaysia terlibat dalam mengeksport pasir melalui Tambak Johor setiap hari, lebih kecil jumlahnya daripada kenyataan Mahathir baru-baru ini yang mengatakan setiap hari kira-kira 500 - 700 lori melewati pos pemeriksaan kargo Wisma Kastam di Tanjung Puteri.

Mohamed Khalid Yusof berkata: "Ini adalah angka purata harian yang kami rakam daripada Dec 1-20. Pada hari-hari tertentu, tidak ada lori-lori yang membawa pasir masuk ke Singapura. Jadi jumlahnya mungkin kurang daripada 10. "

Dua bulan yang lepas, Menteri Kerja Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan dalam pelbagai media mengatakan bahawa sekitar 500 dari 1000 lori dari Malaysia mengangkut pasir ke Singapura.

Pada hari Isnin, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di dalam blog-nya bahawa rakannya telah memaklumkan kepadanya bahawa jumlah sebenarnya adalah 700 lori.

"Itu jumlah pasir yang banyak . Saya sangkakan kita sudah berhenti menjual tanah-tanah kita ke Singapura. Tapi teman saya menjelaskan itu bukanlah pasir biasa tapi pasir silica, " katanya, Tun Mahathir juga mendakwa Singapura memerlukan pasir demikian untuk membuat microchip.

Bilangan sebenar lori-lori dari Malaysia yang membawa pasir ke Singapura telah menyebabkan banyak perdebatan awam akhir-akhir ini. Pembekal Malaysia telah dituduh mengabaikan permintaan tempatan untuk mengeksport pasir ke Singapura kerana nilai tukaran yang lebih menguntungkan.

Jabatan Kastam telah menyatakan mereka telah melakukan pemeriksaan yang ketat dan teratur keatas semua lori-lori yang membawa pasir di pos pemeriksaan, termasuklah mengumpul sampel dan menghantarnya untuk pelbagai ujian di Jabatan Tanah dan Galian.

Mengangkut pasir dari Malaysia ke Singapura bukanlah sesuatu aktiviti yang diharamkan jika mereka yang terbabit menyediakan dan mempunyai dokumen-dokumen yang sah yang diperlukan, tambah Mohamed Khalid Yusof .

Pada hari Khamis yang lalu , Kastam Di Raja Malaysia menjelaskan bahawa hanya silica, pasir kuarsa dan laut memerlukan lesen untuk eksport manakala pasir sungai dan pasir daripada kawasan perlombongan tidak tertakluk kepada larangan eksport.


Business Times Singapore

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails