Tuesday, January 19, 2010

Nazri Aziz! Anda silap!


Mukadepan akhbar Utusan Malaysia Rabu 26 Rejab 1427/23.08.2006 melapurkan
janji UMNo/Be End untuk menguatkuasakan Artikel 11 (4) di empat negeri


Salam 2 all.

Saya merujuk kenyataan YB Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh kumpulan Kristian di Kuala Lumpur. Pulau Pinang, selain Sabah dan Sarawak. Mengikut kata beliau, ini adalah kerana keempat-empat negeri tersebut tidak mempunyai sebarang undang-undang menyekat penggunaan perkataan ALLAH, tidak sebagaimana 10 negeri lain yang mempunyai undang-undang yang berkaitan.

Saya berpendapat kenyataan tersebut kurang tepat kerana undang-undang negara mempunyai peruntukkan yang cukup untuk menghalang atau mengharamkan penggunaan kalimah yang dianggap sensitif dan atau bercanggah dengan agama Islam.

Datuk Seri Nazri mungkin lupa kepada kenyataan beliau sendiri yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia Rabu 29 Rejab 1427/ 23.08.2006. Semasa itu isu kes memurtadkan Azlina Jailani @ Lina Joy sedang hangat diperkatakan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Azlina (yang disokong oleh 13 Ngo bukan Islam termasuk Sisters in Islam) untuk mengesahkan kemurtadan beliau ke agama Kristian dan menukar nama beliau didalam MyKad. Isu berkaitan peruntukkan Artikel 11 (4) telah berbangkit.

Saya adalah antara mereka yang menentang keras tindakan Azlina Jailani dan kumpulan-kumpulan Ngo Kristian, Majlis Peguam dan lain-lain dalam cubaan mencabar kedudukan Islam didalam negara ini. Malah saya telah berjumpa sendiri dengan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membawa kepada YAB membuat kenyataan saperti yang saya lampirkan dibawah.

Malahan Datuk Seri Nazri turut membuat komen iaitu, "beliau akan merujuk kepada Peguam Negara esok mengenai kedudukan draf undang-undang itu untuk Wilayah Persekutuan.

Sambil menyokong arahan Perdana Menteri itu (untuk menggubal undang-undang menyekat dakyah agama bukan Islam), beliau berkata, kerajaan negeri kemungkinan boleh dianggap melanggar undang-undang Malaysia sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. ‘‘Kita perlu ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengembang agama lain di kalangan orang Melayu atau Islam". ‘‘Saya berharap semua kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap perkara ini demi melindungi orang Melayu atau Islam daripada dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam di negara ini".

Saya mahu bertanya YB Datuk Seri Nazri, mana dia janji-janji tersebut? Apa dah jadi dengan deraf undang-undang tersebut. Kalau ikut kenyataan mereka pada tahun 2006, ada pemimpin UMNo/Be End siap janji akan menggubalnya tahun 2006 itu juga!! Tapi habuk pun tarak; janji tinggal janji, cakap tak serupa bikin.

Malahan saya berpendapat isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir Kristian di Sabah/Sarawak ini mungkin langsung tidak akan timbul sekarang jika UMNo/Be End menunaikan janji palsu mereka tiga tahun lepas untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang Anti-Dakyah Agama ini di keempat-empat negeri tersebut! Kini ketiadaan undang-undang Anti-Dakyah Agama ini diambil kesempatan oleh segelintir puak Kristian untuk mencabar kesucian aqidah Islam.

Selanjutnya, Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan nama ALLAH (dan banyak perkataan lain yang dinyatakan) adalah tidak dibenarkan samasekali kecuali oleh orang Islam. Bermakna, walaupun tanpa Artikel 11 (4) Perlembagaan dan enakmen negeri-negeri, pihak berkuasa boleh menggunakan Seskyen 298A Kanun Kesiksaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan nama ALLAH selain daripada maksud Tuhan yang Satu saperti yang dii'tiqadkan oleh umat Islam.

Seksyen 298A (1) menyebut, "barangsiapa dengan perkataan, samada secara lisan atau bertulis...memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau berkemungkinan memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan...atas alasan-alasan agama, diantara orang yang menganut agama yang sama atau berlainan agama, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari lima tahun".

Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tindakan berdasarkan lapuran-lapuran polis yang dibuat oleh pelbagai individu dan NGO berkaitan isu penyalahgunaan kalimah ALLAH menurut i'tiqad aqidah umat Islam di Malaysia ini, samada terhadap golongan Kristian dan bukan Islam, dan terhadap individu atau kumpulan yang mengaku beragama Islam!!
Berdasarkan itu, saya berharap YB Datuk Seri Nazri dapat memperbetulkan kenyataan beliau tersebut yang menyatakan Kristian di Sabah/Sarawak termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ALLAH.

Bukan sahaja kenyataan beliau itu bercanggah dengan undang-undang negara, malah bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri yang dibuat tiga tahun lepas. Melayu mungkin mudah lupa, sebagaimana titah Mamanda Tun Mahathir suatu ketika dahulu; tetapi umat Islam bukan jenis pelupa!!

Saya juga mengambil kesempatan ini mencabar kerajaan Be End/UMNo supaya mengotakan janji-janji mereka saperti yang telah mereka buat pada tahu 2006. Janganlah main hangat-hangat tahi ayam; bila ada isu baru kelam kabut buat kenyataan tabur janji sana-sini, bila reda masing-masing jadi Pak Pelupa. Saya sendiri telah mengemukakan pelbagai cadangan dan usul setelah menjadi Ahli Parlimen sessi ke 12 ini.

Ini terbukti didalam Hansard Parlimen. Namun saya tidak punya kuasa; malahan cadangan dan usul saya kemukakan dibahas pun tidak di Parlimen, kerana UMNo/Be End yang menguasai Parlimen tidak berminat pun dengan isu ini.

Kalau benar UMNo katanya juara dan champion umat Islam saperti yang diperkokokkan, saya tidak nampak mengapa undang-undang Anti-Dakyah Agama ini tidak boleh dibentangkan disidang Parlimen bulan Mac akan datang.

Peruntukkan Perlembagaan sudah ada, 10 negeri lain telah pun laksanakan, Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun memmbuat Fatwa, para Sultan dan Raja-Raja Melayu telah pun menegaskan supaya Islam dihormati..yang tinggal hanya "political will'-kesungguhan politik UMNo/Be End untuk mengotakan janji mereka dan melaksanakannya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin


Petikan kenyataan Datuk Seri Nazri di MalaysiaKini Selasa 03 Safar 1431/19.01.2010 dan juga petikan kenyataan pimpinan UMNo/Be End termasuk Dato' Seri Nazri yang disiarkan dihalaman depan Utusan Malaysia Rabu 29 Rejab 1427/23 Ogos 2006 baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails