Monday, January 18, 2010

Nak kena ISA dah orang tua ni!

Baru minggu lepas Hishamuddin bagi warning pasal isu serang gereja, hari ni dia bercakap pasal kalimah Allah pulak dah. Bukan bercakap saja, dia tuduh terus.

PETALING JAYA, Jan 18 — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah “Allah” sengaja ditimbulkan oleh Umno untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ketua pembangkang di Parlimen ini berkata Umno juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Anwar (gambar) yang juga ketua umum Pakatan Rakyat memberitahu penggunaan kalimah “Allah” sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir, malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam.

“Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh Umno untuk menghangatkan suasana politik negara,” kata beliau selepas berucap menutup Konvensyen PKR Pahang di Kuantan petang semalam.

Anwar menambah isu kalimah “Allah” juga terlalu banyak digembar-gemburkan oleh media sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Katanya Umno menganggap Pakatan Rakyat sudah longgar sehingga sanggup menggadaikan kalimah “Allah” kepada orang bukan Islam.

“Mereka boleh mengatakan apa sahaja, malah boleh menyebarkan pelbagai isu untuk menutup kesilapan mereka.

“Yang penting PKR mempunyai pandangan tersendiri dan melihat perkara ini selesai serta tidak perlu dikontroversikan,” kata beliau dipetik Sinar Harian.

Pada konvensyen semalam Anwar yang baru kembali dari luar negara selepas berada di Timur Tengah menegaskan bahawa PKR meletakkan usaha yang komited untuk menawan Putrajaya pada 2011.

“Kita sedang berusaha ke arah itu, malah setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails