Monday, January 11, 2010

Najib.. Pangsapuri kami juga teruk...



RAWANG - "Kami juga mahu pangsapuri kami dibaiki."

Demikian rintihan dan rayuan penduduk pangsapuri kos rendah Bandar Bukit Beruntung dekat sini yang menyifatkan kediaman mereka lebih teruk jika dibandingkan dengan pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa.

Bumbung bangunan pangsapuri yang tercabut dan rosak, cat bangunan yang tertanggal dan ditumbuhi cendawan menyebabkan semakin ramai penghuni di situ terpaksa meninggalkan rumah mereka dan tinggal di tempat lain.

Beberapa penduduk di Pangsapuri Seri Lili dan Seri Semarak yang ditemui berkata, mereka juga mahu nasib pemilik rumah di situ dibela kerana kediaman itu merupakan pangsapuri kos rendah pertama dibina di situ.

Seorang penduduk, Hanafi Mohd. Arshad, 35 berkata kerajaan sudah beberapa kali berjanji untuk membaiki keadaan perumahan mereka tetapi sehingga hari ini janji hanya tinggal janji.

"Setiap kali pilihanraya, macam-macam janji diberikan, peruntukan berjuta-juta tetapi selepas itu tidak nampak perubahan malah keadaan perumahan di sini semakin teruk - berita penuh sila beli Kosmo Isnin, 11 Januari 2010..

mmm.. Apa lagi Najib tolongla..

Kalau pangsapuri Seri Anggerik dan Seri Cempaka di Bandar Bukit Sentosa, dekat sini yang rosak dipukul ribut lapan tahun lalu boleh diperuntukkan RM15.6 juta bagi membaik pulih.. takkan pangsapuri ni tak boleh kot??

Flat ni pun teruk jugak.. Macam flat berhantu, macam tak ada orang. Bumbungpun dah rosak dan tercabut jugak.

Kan dulu kerajaan dah berjanji...

Ha.. ha.. ha.. Lagi? Flat siapa lagi yang dah teruk? Panggil Najib mai tengok cepat..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails