Sunday, January 10, 2010

Najib gembira ketika mengumumkan bantuan RM500K kepada Gereja..


Hishamuddin dan Najib tersenyum tanda simpati..

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.

Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

“Ini adalah sokongan kerajaan...ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang”.

“Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.


Riak wajah mereka menunjukkan betapa seriusnya kejadian ini bagi mereka..


Walaupun dikata serius.. tapi masih boleh ketawa..

Najib dengan diiringi beberapa orang menteri kabinet dan timbalan menteri menghabiskan masa 15 minit di tingkat bawah bangunan yang menempatkan gereja itu dan menyaksikan sendiri beberapa kemusnahan seperti peralatan pejabat, akibat lontaran bom api.



Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ahli gereja serta penduduk setempat berebut-rebut untuk bersalaman dengan Perdana Menteri sebaik beliau selesai meninjau kerosakan di gereja itu selepas tiba di situ pukul 5 petang.

Najib berkata lawatan beliau ke tempat itu menunjukkan betapa kerajaan memandang serius insiden itu.

“Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini.

Berita penuh sila baca di sini
Sumber gambar dari sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails