Thursday, January 7, 2010

Mulai 1 Mei, Harga minyak berbeza mengikut KASTA!

Kasta seseorang warganegara itu akan ditentukan melalui kapasiti kenderaan mereka.



Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan.

"Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.
"Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.

"Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warganegera, akan membayar RM2.10 atau lebih," katanya.

Ismail berkata kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.- Bernama


DSAI dalam pidatonya disebuah ceramah di Selangor tahun lepas telah mengatakan “ Malaysia ini ada dua undang-undang, satu untuk yang kaya dan satu lagi untuk Rakyat! Najib!! It’s 2Malaysia now!! Not 1Malaysia!!..

Dan dengan terjawabnya spekulasi mengenai harga minyak yang dikatakan akan dinaikkan hari ini, Malaysia kini bukan saja memiliki dua undang-undang tetapi juga dua harga minyak yang berbeza,satu harga untuk golongan kaya manakala satu harga lagi untuk golongan miskin.

Secara tidak langsung kerajaan Malaysia juga telah meletakkan rakyat Negara ini dalam dua kasta yang berbeza, satu Kasta untuk Golongan Miskin dan satu lagi Kasta Golongan Kaya.

Kasta seseorang warganegara itu akan ditentukan melalui kapasiti kenderaan mereka.

Kasta Golongan Kaya diandaikan oleh kerajaan menggunakan kereta-kereta yang berkapasiti besar tetapi sedarkah Kerajaan tentang nilai Cukai Jalan dan Insuran kereta yang tinggi telah dikenakan keatas mereka?

Untuk Kasta Golongan Kaya harga minyak akan dinaikkan kerana dikatakan mereka mampu membayar walaupun setiap tahun mereka telah dibebani dengan Cukai Pendapatan yang menghampiri 30% dari pendapatan mereka jika pendapatan mereka melebihi RM100,000.00.

Tidakkah kerajaan pernah mendengar tentang sebuah peribahasa yang mengatakan “Besar Periuk, Besarlah Keraknya’? yang bermakna besar pendapatan, besarlah hutangnya.. kenapa mereka perlu disusahkan hidup mereka?

Maka tidak hairanlah jika sekarang Negara kita mengalami penghijrahan keluar ramai golongan professional dari Malaysia dan dimasa akan datang sudah pasti ramai lagi yang akan berhijrah.. dan turutan dari penghijrahan ini akan menyebabkan pendapatan negara melalui cukai pendapatan akan turut berkurangan.

Dan akhirnya Malaysia hanya akan dihuni oleh Kasta Miskin yang kebanyakkan kurang berpelajaran dan mudah untuk diperbodohkan oleh UMNO!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails