Wednesday, January 27, 2010

Marilah bersamaku wahai YB Zul - Brahim Ali

Marilah bersamaku wahai YB Zul, kerana perjuangan Perkasa dan anda mempunyai persamaan iaitu tiada kegentaran dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara," pelawa Ibrahim Ali @ Raja Katak..

Disaran jadi wakil rakyat Bebas

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin disaran meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membolehkan beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat.

Beliau turut melahirkan harapan supaya Zulkifli tidak lemah semangat jika dikenakan tindakan tegas hanya kerana membela agama.

Katanya, semua tindakan atau 'hukuman' itu hanya bersifat sementara ketika di dunia namun beliau akan dimuliakan di akhirat nanti.

"Kalau beliau dikenakan tindakan oleh PKR, saya mengalu-alukan beliau menyertai 'kelab' wakil rakyat Bebas malah saya bersedia memberi laluan kepadanya untuk berjuang bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

"Ini kerana perjuangan Perkasa dan Zulkifli mempunyai persamaan iaitu tiada kegentaran dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya hari ini.


Utusan Malaysia

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails