Wednesday, January 20, 2010

Makkal Sakhti : Presiden yang dipecat kini memecat ahli yang memecatnya..

Selepas dipecat oleh Ahli-ahlinya sendiri, Hari ini Presiden Parti tajaan Najib, Makkal Sakhti yang baru pulang dari INdia telah menuntut bela.. Beliau telah memecat kesemua ahli dan juga Timbalannya sendiri yang telah bertindak memecatnya dari jawatan Presiden minggu lalu..

Presiden yang telah dipecat memecat ahli-ahli yang memecatnya? Guane nih?


Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Jan 20 — Presiden Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran, yang pulang dari India pagi ini, mengambil tindakan drastik menyingkirkan Kumpulan 14 yang diterajui timbalannya atas alasan mereka telah menjejaskan imej parti itu termasuk usaha menggulingkan beliau Ahad lalu.

Kumpulan 14 itu merujuk kepada 14 anggota jawatankuasa pusat (CC) yang mencabar kepimpinan beliau sepanjang dua bulan yang lalu. CC Makkal Sakti mempunyai 27 anggota.

Langkah terbaru Kumpulan 14 pada Ahad lalu ialah mengambil keputusan memecat Thanenthiran (gambar) dari parti, sekali gus kehilangan jawatan presiden.

Daripada 14 anggota itu dua orang masing-masing merupakan timbalan presiden, A. Vathemurty dan setiausaha agung R. Kannan.

“Saya sudah memutuskan untuk menyingkirkan mereka dari parti ini. Notis akan dikeluarkan hari ini oleh pemangku setiausaha agung... saya sudah keluarkan arahan segera mengenai tindakan ini sebentar tadi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas tiba di Pulau Pinang dari Chennai pukul 8.30 pagi tadi.

Thanenthiran berkata mereka bulan lagi ahli Makkal Sakti selepas surat tunjuk sebab yang dihantar 31 Dis lalu tidak dijawab.

“Sepanjang satu setengah bulan lalu saya mendiamkan diri kerana mahu berpuasa sempena keputusan tunai nazar dan upacara sembahyang, malangnya mereka mengambil kesempatan atas tindakan saya mendiamkan diri.

“Selepas ini saya tidak mahu duduk diam... tindakan pertama ialah mengeluarkan mereka ini (Kumpulan 14) yang bermasalah ini dari parti... saya tidak layan kerenah mereka lagi,” kata beliau.

Selain itu Thanenthiran beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan kesalahan menceroboh ibu pejabat Makkal Sakti dan memfailkan kes mencuri ke atas Kumpulan 14 kerana memasuki premis berkenaan Ahad lalu secara tidak sah.

Thanenthiran berkata, tindakan Kumpulan 14 mengadakan mesyuarat tidak sah dari segi perlembagaan parti pada Dis 19, Jan 9 dan 17 Jan telah memudahkan beliau “untuk mengambil tindakan menyingkirkan mereka dari parti.”

“Saya hendak menegaskan hari ini bahawa saya masih presiden yang sah, yang sah dipilih oleh ahli-ahli parti... saya akan meletakkan noktah terhadap semua tindakan penyangak seperti mereka,” katanya.

Thanenthiran mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas kesemua 14 anggota berkenaan kerana mengadakan mesyuarat di tempat letak kereta di pekarangan pejabat Makkal Sakti di Shah Alam dan tindakan itu didakwa telah menjejaskan nama baik parti itu.

Surat itu dikeluarkan pada 31 Dis lalu.

Ahad lalu kumpulan 14 anggota CC yang mencabar kepimpinan Thanenthiran memutuskan untuk memecat beliau sebagai presiden sulung Parti Makkal Sakti dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu yang dilihat sebagai satu bentuk “penggulingan” diputuskan susulan keputusan inkuiri yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Shah Alam.

Inkuiri itu menghalusi lima tuduhan yang secara umum mendakwa Thanenthiran telah mencemarkan nama baik parti.

Kesemuanya diluluskan sebulat suara.

Kumpulan 14 yang diterajui Vathemurty mahu memilih presiden baru 7 Feb ini.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails