Thursday, January 14, 2010

Mak Aih!! Buaya pun ada di PD (kawasan Aduka Taruna ni)



Dua hari lepas saya ada menerima email yang menceritakan seorang lelaki yang hampir-hampir menjadi mangsa kepada seekor buaya di Port Dickson.

Lalu saya mencari berita tentang kisah buaya di Port Dickson, manalah tahu email tu tipu sebab jarang ada buaya di air masin, lebih-lebih lagi di Malaysia.



Maklumat yang saya temui, sebelum ini memang pernah terjumpa kelibat buaya di Tanjung Tuan. Ianya dijumpai oleh Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng yang datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera.

Kelibat buaya tersebut berjaya dirakam Khoo. Bagaimanapun, tidak kedengaran pula ada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa. Dari itu, jika perkara ini benar, pihak berwajib digesa untuk mencari jalan penyelesaian mengenai perkara ini kerana ianya mengancam pengunjung dan pelancong yang mandi manda di Port Dickson.


Kaki mangsa yang dikokak buaya






Ini sebahagian laporan dari Utusan.
PORT DICKSON 13 Jan. - ''Pantai peranginan Port Dickson selamat. Tiada apa yang perlu dibimbangkan."

Itu reaksi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Samsuddin sebagai mengulas kejadian seorang lelaki yang mendakwa diserang seekor reptilia ketika mandi di pantai tersebut baru-baru ini.

Beliau menafikan lelaki itu digigit seekor reptilia - buaya, sebaliknya menegaskan, kemungkinan ia diserang haiwan lain ketika mandi.

''Di kawasan tempat lelaki itu mandi tiada buaya," tegasnya.

mmm.. aku lebih percaya kata-kata Posmen tu dari berita yang disiarkan Utusan..


Nada Rakyat

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails