Monday, January 18, 2010

Lim Guan Eng menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam!

Lim Guan Eng telah mengumumkan Kerajaan negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.

Lim Guan Eng dari DAP sebuah parti yang dipernah dikatakan oleh Mahadet sebagai Chauvinist Cina menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam!



GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) berkata, Kerajaan negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.

Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM12.5 juta sahaja.

"Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan pelbagai RM3.7 juta, " tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, lapan orang wakil PAS Negeri dilantik menganggotai majlis itu yang diletakan di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim.

Mereka yang menerima watikah perlantikan daripada Guan Eng ialah dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Taqiudin Hamzah dan Rosidi Husain; Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man; bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mazani Abdullah; Ketua dan Setiausaha Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Ustaz Suhaimi Abdullah, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri dan kawasan Bayan Baru, Ustazah Rahmah Md Isa dan Puan Asnah Hashim.

Turut dilantik ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Haji Yahya; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Elias Zakaria; Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, Dato’ Haji Mustaffa Kasim; Fellow Kanan Akademi Kolej Univesiti Antarabangsa Selangor (KUIS); Prof Madya Universiti Tun Husein Onn, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor; Pakar Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin; Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Haji Rhafoor Haji Mahmood dan Profesor Universiti Sains Malaysia, Prof Kamarulazizi Ibrahim.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.


freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails