Saturday, January 9, 2010

Lagi Gereja di serang di KL!

PETALING JAYA, Jan 9 — Satu lagi gereja menjadi sasaran serangan — yang keempat di Lembah Klang sejak tengah malam kelmarin tetapi premis terbaru ini hanya mengalami kerosakan kecil.

Gereja terbaru yang tersenarai dalam serangan pihak bertanggungjawab ialah Good Shepherd Lutheran Church di sini.

Pengurusan gereja berkata bangunan gereja ini yang terletak di Petaling Jaya Old Town dipercayai dibaling dengan bom api antara malam tadi dan pagi ini.

“Bom api ini terlepas sasaran dan mengakibatkan kerosakan kecil,” kata Rev Dr Hermen Shastri iaitu setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa biskop Lutheran Church memaklumkan beliau tentang kejadian itu.

Shastri berkata satu aduan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sudah memulakan siasatan.

Sejak semalam polis di seluruh negara telah mempertingkatkan keselamatan ke atas gereja dan masjid.

Dalam kejadian semalam selain Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur menjadi sasaran serangan koktel molotov.

Bagaimanapun, lontaran koktel molotov ke atas Gereja Metro Tabernacle menyebakan letupan disusuli kebakaran.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kejadian cubaan menyerang gereja.

Serangan itu berlaku sebelum protes diadakan di beberapa bahagian di seluruh negara selepas solat Jumaat berhubung keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan “Allah”.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails