Friday, January 22, 2010

Khir Toyo nak jadi Nujum pula?... Baca ni..

Dalam satu kenyataannya kepada mStar hari ini Bekas Doktor Gigi yang juga Bekas MB Selangor mendakwa terdapat usaha di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu untuk menggulingkan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya "Sesama mereka sendiri ada masalah dalaman, perkara ini tak dapat nak selindung lagi kerana ia jadi semakin besar.

"Perkembangan terkini menunjukkan memang ada usaha untuk jatuhkan Tan Sri Khalid, ada kumpulan tertentu dalam partinya sendiri mahu rampas kedudukan beliau,"

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya (AJK) PKR Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Abdul Khalid.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Situasi ini bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.

Nampaknya Khir Toyo kini cuba beralih kepada karrier sebagai nujum pula setelah gagal mempertahankan jawatannya sebagai MB Selangor pada PRU12 yang lalu.

Jika sekiranya benar 13 ahli jawatankuasanya (AJK) PKR Cabang (Dalam perlembagaan baru PKR yang belum diluluskan oleh ROS Cabang digunakan bagi menggantikan Bahagian) Kuala Selangor yang diketuai Abdul Khalid meletakkan jawatan, kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Ketua Bahagian tetap tidak berubah kerana perletakan jawatan mereka tidak akan menyebabkan PKR Cabang Kuala Selangor terbubar.

Ini kerana dalam Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat jelas menyatakan bahawa sebarang pembubaran sesuatu Cabang hanya boleh dibuat menerusi Mesyuarat Agung Khas Cabang selaras dengan fasal 25.8 Perlembagaan Parti.

Ini juga bermakna bahawa Mesyuarat Agung Khas Cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK yang baru bersesuaian dengan fasal 25.9 Perlembagaan Parti.

Bagaimana Khir Toyo boleh mengatakan memang ada usaha untuk jatuhkan Tan Sri Khalid sedangkan kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor bukanlah satu jawatan yang ditentukan oleh PKR Selangor sendiri tetapi ditentukan oleh PKR Pusat melalui Presiden Parti dan perlantikannya sebagai MB Selangor adalah dengan persetujuan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bukan PKR Selangor sendiri.

Selain itu, Khir Toyo Bekas Doktor Gigi yang juga Bekas MB Selangor itu juga turut mendakwa bahawa Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali merupakan dalang di sebalik kemelut yang melanda parti itu di Selangor.

Kononnya, penglibatan Azmin dalam perkara ini adalah sebagai langkah persediaan untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti jika sebarang kemungkinan berlaku terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

"Kalau Tan Sri Khalid tidak dihalang atau disekat, tidak mustahil beliau akan naik menggantikan tempat Anwar menerajui PKR nanti.

Dalam PKR, Azmin Ali merupakan Naib Presiden manakala Tan Sri Khalid pula ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Naib Presiden adalah satu jawatan yang dipertandingkan dan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri pula ialah satu lantikan yang dibuat oleh Presiden setelah berunding dengan pengerusi-pengerusi Cabang.

Jadi apakah perlunya Azmin Ali menjatuhkan Tan Sri Khalid sedangkan dalam hiraki Parti kedudukan Azmin Ali lebih tinggi dari Tan Sri Khalid sendiri?

Khir Toyo juga mungkin tidak tahu atau memang tidak tahu bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim hanyalah Penasihat kepada PKR bukan peneraju PKR.

PKR diterajui oleh Presiden Parti iaitu Dato Seri Wan Azizah Ismail.

Jadi selain dari cuba untuk melaga-lagakan pimpinan PKR Selangor apa motif Khir Toyo mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails