Wednesday, January 20, 2010

Kerajaan UMNO mahu naikkan Cukai Barang??

AHLI Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoal kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir supaya rakyat bersedia menghadapi inflasi, jika mahu menikmati gaji yang lebih tinggi dalam Model Ekonomi Baru.

Baginya, Mahathir hanya menunjukkan sikap bersetuju dengan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi dan memperkenal polisi pencukaian yang baru, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Niat Kerajaan UMNO/BN nak adakan polisi percukaian 'barangan dan perkhidmatan' apa yang dipanggil (GST) bererti sebilangan besar barangan keperluan rakyat akan melambung naik lagi, cukai perkhidmatan juga akan dikenakan kepada rakyat.

Bila Najib sebut 1Malaysia, tapi kos hidup di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak pula berlainan, di Sabah dan Sarawak terlalu mahal. Ini bererti jauh perbezaannya harga kos hidup rakyat di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Mana mungkin cogankata 1Malaysia itu berfungsi kalau ada perbezaan harga kos hidup rakyat antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak?

1Malaysia ini cuma satu cogankata sahaja tujuannya mahu pikat hati remaja supaya kembali bersatu dalam 1-UMNO di seluruh Malaysia.

Sama ada cogankata 1Malaysia atau program "Juara Rakyat@Juara UMNO@Juara Rasuah" berjaya diterima oleh seluruh rakyat atau cuma diterima oleh segelintir ahli ahli UMNO yang kroni sahaja kaya raya, yang penting BN mesti ditolak oleh semua pengundi Sabah kerana mengenakan kenaikan cukai kepada rakyat.

Bila cukai kos hidup rakyat naik, tentunya Kerajaan untung, yang setengah mati adalah rakyat Sabah. Fikir-fikirlah rakyat Sabah untuk undi BN lagi. Taksub pada UMNO tiada gunanya kalau perut lapar.

Kalau anak-anak kita tertekan dengan kos persekolahan yang kosnya tinggi dan mahal, yang jadi 'penganggur anak kita' di kampung, anak-anak para pemimpin UMNO sekolah di London. Mereka peduli apa kalau kos persekolahan mahal. Mereka mampu


HALIK ZAMAN

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails