Wednesday, January 6, 2010

Kalimah ALLAH : Pembela Islam Atau Pelakon Islam?

Mengapakah kita begitu melenting dengan isu ini sedangkan selama ini ada institusi yang menggunakan gelaran “Yang Maha Mulia” dalam panggilan mereka? Bukankah gelaran ini tidak layak untuk makhluk yang bergelar manusia?

KUALA LUMPUR, Jan 6Kabinet yang mengadakan mesyuarat mingguan pertama tahun ini hari ini telah membincangkan isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah” pagi ini dengan mengambil kira pelbagai aspek dan pandangan.

Bagaimanapun mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak membuat keputusan besar mengenai isu ini kecuali meminta semua pihak mengambil langkah-langkah tenang sementara menunggu jalan penyelesaian perundangan.

Perdana Menteri juga telah menjelaskan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap isu semasa ini.

Lazimnya Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet telah menyentuh segala perkembangan sepanjang seminggu lalu termasuk protes dan bantahan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang telah diadakan sebelum ini.

“Isu ini ada dibincangkan tetapi tiada keputusan besar... kecuali Perdana Menteri mahu semua pihak bertenang,” kata sumber itu lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husein ketika ditemui wartawan petang tadi juga mengesahkan Kabinet ada membincangkan isu semasa ini tetapi memutuskan untuk menyerahkan kepada mahkamah menentukan tindakan susulan.

“Kabinet ada bincangkan sedikit sebanyak. Kabinet punya pendirian ialah menyerahkan kepada mahkamah.

“Oleh kerana sudah ada penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah (yang diperoleh petang tadi)... ia adalah proses normal selari dengan rayuan yang kita failkan.

“Oleh kerana isu ini sedang dibincangkan di mahkamah, Kabinet menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan,” kata beliau selepas mesyuarat pascakabinet di Putrajaya hari ini.

TheMalaysianInsider


Nampaknya watak-watak segera “pembela” Islam telah memanaskan suasana berhubung dengan isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Berbagai tindakan diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada Islam.

Namum dari apa yang dilakukan oleh beberapa pihak yang berkenaan, nampak seolah-olah mereka cuba “berlakon” untuk menunjukkan merekalah pembela Islam yang sebenarnya.

Persoalannya ialah apakah benar selama ini mereka membela Islam? Berhubung dengan isu nama Allah SWT ini kita perlu melihatnya dengan menggunakan pemikiran yang mustanir dan bukannya menggunakan perasaan yang mencair.

Kenapa ada di kalangan umat Islam yang begitu cepat melenting dengan perkara ini? Bukankah ini keputusan yang dibenarkan oleh mahkamah yang diperakui sah oleh perlembagaan kufur yang dipertahankan oleh pemerintah hari ini?

Mengapakah kita begitu melenting dengan isu ini sedangkan selama ini ada institusi yang menggunakan gelaran “Yang Maha Mulia” dalam panggilan mereka? Bukankah gelaran ini tidak layak untuk makhluk yang bergelar manusia?

Kenapa ini juga tidak dipertikaikan? Bukankah selama ini para pemerintah secara terang-terang menolak undang-undang dan sistem ciptaan Allah untuk dilaksanakan dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara? Apakah ini bukannya penghinaan kepada Islam namanya?

Tiba-tiba para pemuda UMNO Nibong Tebal “berlakon” kononnya ingin membuktikan merekalah pembela Islam. Sedarkah mereka bahawa UMNO lah parti yang membakul sampahkan hukum Allah SWT selama ini?

Apakah umat Islam tidak merasa apa-apa dengan bentuk hukuman “365” yang diguna pakai oleh mahkamah yang tidak syariah di Malaysia pada hari ini? Bukankah hukuman 365 ini merupakan hukuman ataupun undang-undang yang diluluskan oleh UMNO?

Tidakkah bentuk hukuman ini suatu hukuman yang menghina Allah SWT? Kenapa kamu tidak bangkit, wahai para “pembela” Islam? Ayuh, bangkitlah!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails