Tuesday, January 5, 2010

Port Dickson, Ikan YU dah mula nak makan orang!

Nasib baik lah kejadian ni tak berlaku semasa PRK Bagan Pinang hari tu, kalau tidak mesti ramai penyokong UMNO yang dibaham oleh ikan Yu ni, pasal semasa PRK Bagan Pinang hari tu aku nampak banyak khemah-khemah puak UMNO kat tepi pantai Port Dickson tu..



Sinar Harian 5 Jan 2010

BANDARAYA MELAKA – Bekas pemain bola sepak Piala Presiden Melaka, Mohd Helmi Leman, 25, parah di kaki dipercayai diserang ikan yu ketika bermandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, kelmarin.

Beliau yang pertama kali mengunjungi pantai berkenaan dipercayai diserang ikan yu berikutan dakwaan penduduk kawasan itu menyatakan ikan terbabit dikesan berada di beberapa lokasi.

Mangsa putus urat kaki dan menerima lebih 50 jahitan, ditempatkan di wad Hospital Melaka (HM) bagi menjalani rawatan susulan.

“Saya bersama enam anggota keluarga mengunjungi pantai berkenaan sempena cuti sekolah.

“Kira-kira jam 8.15 pagi ketika mandi manda di pantai bersama anak-anak, tiba-tiba ada benda datang menyerang kaki saya.

“Saya tidak nampak dan ketika kejadian orang tidak ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Isteri mangsa, Sabariah Sarip berkata, kejadian berlaku terlalu cepat, namun suaminya sempat menolak anak ke tepi.

“Masa tu saya lihat kaki suami sudah luka parah,” katanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi mendapatkan rawatan sebelum pindah ke HM.

Berita penuh sila baca di sini


Kerajaan sepatutnya mengarahkan supaya pantai ini ditutup serta merta sehingga dapat disahkan jenis ikan yang menyerang bekas pemain bolasepak Melaka dan tindakan susulan yang harus diambil.

Laman web ini menyatakan antara sebab ikan yu menyerang manusia di pantai jika adanya sistem kumbahan atau sistem pembentungan yang mengalir terus ke pantai berkenaan. Air kumbahan menjadi tarikan ikan kecil, seterusnya menjadi tarikan ikan besar.

Antara langkah yang perlu diambil setelah disahkan pantai Telok Kemang selamat ialah :
1. Sentiasa berenang dalam kumpulan
2. Jangan berenang jauh dari pantai
3. Jangan berenang waktu malam, subuh dan senja kerana ikan yu aktif pada masa ini
4. Jika ada luka jangan mandi, ikan yu boleh hidu dan jejak mereka yang luka
5. Jangan pakai rantai, gelang, subang dan sebagainya kerana ikan yu suka benda berkilau.
6. Jangan mandi tempat pantai ramai orang memancing
7. Elakkan pakaian yang terang warnanya dan pakaian yang berwarna warni

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails