Saturday, January 2, 2010

Jadi ke DSAI umum Dr Zainal letak jawatan malam ini?

Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya akan menghadiri jamuan makan malam di Pekan Rasa malam ini.

Kehadiran beliau ke kawasan itu ketika berlegar berita kemungkinan ahli parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akan lepas jawatan kerana masalah kesihatan yang serius.

Selain itu, kemunculannya secara tiba-tiba di situ juga dikaitkan dengan pelancaran UMNO Juara Rakyat oleh Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Hulu Selangor yang dijadualkan pada 9 Januari.

Nyata semua ini bukan secara kebetulan tetapi pakatan pembangkang mula goyah dengan petunjuk bahawa kepimpinan Najib sudah mula diterima baik oleh parti komponen serta rakyat.



Justru itu tidak pelik apabila Pakatan Rakyat juga bergerak bagi menyekat usaha pemimpin BN turut padang mendekati rakyat.

Malah PAS sudah merancang melancarkan majlis UMNO Pengkhianat Bangsa pada tarikh sama program BN Juara Rakyat.

Pelancaran serentak majlis ini oleh PAS tentu mempunyai muslihat tertentu.

Berbalik program Anwar malam ini, pasti ramai akan berduyun-duyun ke ceramah mantan timbalan perdana menteri itu semata-mata untuk dengar sama ada Dr Zainal Abidin jadi letak jawatan atau tidak.

Rasa-rasanya, tidak jadi.

Cerita Dr Zainal yang juga bekas timbalan menteri besar Selangor itu mahu letak jawatan mungkin sengaja diadakan bagi menarik tumpuan ceramah Anwar malam ini.

Nanti Anwar akan cerita kononnya UMNO yang sebarkan cerita pasal Dr Zainal hendak letak jawatan sedangkan ahli parlimen itu masih kekal dengan jawatannya.

Terbaru,Agendadaily difahamkan, Dr Zainal masih mahu mengekalkan jawatan tersebut hingga pilihan raya umum akan datang walaupun keadaan kesihatannya tidak menentu.

Dimaklumkan juga, beliau tidak akan hadir program Anwar malam ini tetapi menghantar wakilnya.

Bagaimanapun, seperti dilaporkan sebelum ini, andai kata Dr Zainal meletak jawatan dan diadakan pilihan raya, ianya adalah ‘bom asap’ Anwar sebelum menghadapi perbicaraan kesnya di mahkamah pada 6 dan 25 Januari ini.

Apapun mungkin akan ada peristiwa pelik disebalik semua ini.

Apakah mungkin pada pelancaran UMNO Juara Rakyat nanti, Dr Zainal Abidin tiba-tiba buat pengumuman keluar PKR dan kembali menyertai UMNO?.

Ini mungkin jika Anwar berkeras mahu Dr Zainal Abidin letak jawatan supaya ada pilihan raya kecil untuk alih tumpuan dan uji momentum sokongan rakyat pada pembangkang ketika ini.

Tetapi keputusan berhak menentukannya adalah ahli parlimen Hulu Selangor itu sendiri sama seperti kes Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham yang keluar parti dan sokong BN.

Sama ada Anwar memberi kejutan pada malam ini atau Dr Zainal buat kejutan pada 9 Januari, sama-sama kita nanti.


Agendadaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails