Monday, January 4, 2010

Isu Kalimah ALLAH : Kelemahan UMNO sebenarnya ni..

Mahkamah Sivil tidak jelas bidang kuasa mereka yang sebenarnya apabila memutuskan untuk membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

"Seharusnya perkara berkaitan agama Islam ditentukan oleh mahkamah syariah, bukannya mahkamah sivil. Beliau juga berharap Majlis Raja-Raja campurtangan dalam isu ini. Hal ini kerana ia berkaitan dengan agama Islam dan sensitiviti umat Islam sendiri. Kita lihat perkara ini jelas berkaitan dengan agama Islam. Sepatutnya keputusan mengenai perkara ini harus diserahkan kepada mahkamah syariah," jelas Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin kepada Erapakatan.

Beliau yang juga mantan Imam Besar Masjid Negara berkata, keputusan ini dilihat sebagai satu kesilapan besar mahkamah sivil.

Bagi ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, kesan yang besar akan berlaku dalam sistem beragama di negara kita. Hasil dari keputusan tersebut ialah akan timbul pada satu masa nanti masyarakat akan beranggapan yang semua agama akan dikatakan sama sahaja.

"Realiti tersebut telah berlaku di negara Indonesia dan apakah kita sanggup berdepan dengan keadaan itu dalam keadaan sistem beragama di Malaysia yang saya kira sudah cukup baik apabila semua pihak sudah menerima pakai perkataan Allah itu adalah milik agama Islam.

Sebenarnya semacam ada pengaruh pihak tertentu dan pihak luar yang cuba memporak perandakan sistem beragama di Malaysia yang sekian lama diguna pakai," jelas Khalil Idham lagi.

Menurut beliau, sebenarnya ini adalah kelemahan Umno yang menunjangi kerajaan yang ada pada masa ini. Kerana Umno sebenarnya menyebabkan agama Islam di bumi tercinta yang subur dengan Islam satu masa dulu telah dimusnahkan.

Bagi Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin mengatakan rancangan Kristian Malaysia untuk menggunakan perkataan Allah itu adalah dalam konteks mempercayai nama Allah itu adalah nama bagi Tuhan yang berkonsepkan fahaman Triniti iaitu 3 dalam 1. Sudah tentu ini bercanggah dengan aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu.

"Kristian zaman ini termasuk di Malaysia bercadang menggunakan nama ALLAH dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti; tiga dalam satu: Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Qudus. Pada saya ini adalah satu perancangan halus dan jahat mereka untuk mengelirukan umat Islam.

Yang saya pelik, mengapa mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH hanya bagi penerbitan Kristian dalam Bahasa Melayu, tetapi didalam versi bahasa Inggeris mereka masih menggunakan perkataan Jesus dan lain-lain. Tidakkah itu membuktikan satu muslihat yang jahat," jelas Zulkifli dalam blognya.

Terdahulu, Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan Allah dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.


EraPakatan.Com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails