Sunday, January 3, 2010

Harga Minyak dijangka turut naik!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti semalam.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan.

Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.

“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya.

Hassan dalam kenyataannya berkata komitmen ini perlu kerana kerajaan mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, dan Petronas bertanggungjawab keatas hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan.

Mengulas perkara ini, Azan berkata Malaysia satu-satunya kerajaan yang merumuskan belanjawan yang sepenuhnya bergantung kepada hasil gas dan petroleum.

Langkah ini mencerminkan dasar pentadbiran yang tidak munasabah kerana menurut Azan, kerajaan bertanggungjawab untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutama selepas rizab petroleum negara dilaporkan akan kehabisan dalam masa terdekat.

Menurutnya, wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

“Jadi kenyataan itu boleh mambayangkan ada cadangan dari Petronas sekiranya berlaku krisis, ia akan dipindahkan kepada pengguna dengan cara menaikan harga minyak di pum ataupun minyak yang dijual kepada orang ramai. Selain daripada itu tidak ada logiknya alasan yang munasabah mengatakan Petronas sanggup memberi jaminan akan tetap memberi kepada kerajaan walau apa pun berlaku.

“Dalam keadaan krisis seperti ini munasabah kita mintak Petronas tidak lagi hanya bertanggungjawab melapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Petronas perlu juga seperti agensi-agensi GLC yang lain melapor kepada Parlimen, maksudnya melaporkan kepada kedudukan tertiggi dalam negera Parlimen. Ia seolah-olah Petronas ini milik Perdana Menteri,”katanya.

Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang.

“Kita bergantung kepada pinjaman luar maksudnya kita perlu berhutang kepada negara-negara lain Amerika Syarikat, Jepun, China, Arab Saudi. Bila negara ini berhutang ia kana jadi seperti negara Chili dan Mexico sehingga negara kena jual. Sekarang ini pun kita sudah menjual enjin kapal terbang,” katanya.


TVSelangor

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails