Saturday, January 9, 2010

Gereja dibakar : RTM diarah tidak menyiarkan gambar?



Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima arahan lisan agar berhati-hati ketika melaporkan berita pembakaran gereja yang dicetuskan lontaran bom petrol. RTM diarahkan supaya hanya memetik "hujah rasmi", malah dengan jelas dinyatakan agar tidak menyiarkan gambar gereja yang dibakar sebaik-baiknya.



Sumber maklumat dalaman dari RTM memberitahu, RTM menerima arahan agar berwaspada ketika melaporkan isu pembakaran gereja. Antara arahan yang diberikan termasuklah tidak melaporkan isu ini secara terperinci, malah hanya boleh memetik hujah rasmi.

Buletin bahasa Inggeris dan Mandarin TV2 hanya melaporkan hujah rasmi, dan langsung tidak memberi ruang kepada kenyataan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam buletin bahasa Inggeri TV2 yang disiarkan pada jam 7 petang, hanya hujah Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Rais Yatim dilaporkan dalam isu pembakaran gereja.

Selain itu, dalam buletin selama 30 minit ini, gambaran pembakaran gereja hanya muncul untuk beberapa saat, agak menepati arahan "sepintas lalu".

Sementara itu, buletin Mandarin yang disiarkan pada jam 8 malam pula hanya memetik hujah Najib, Hishammuddin Hussein dan Musa Hassan.

MerdekaReview cuba menghubungi Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Heng Seai Kie untuk maklumat selanjutnya, namun beliau gagal dihubungi sehingga laporan ini dihabiskan.

MerdekaReview

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails