Thursday, January 7, 2010

F5E : Naikkan pangkat pencuri enjin pesawat

oleh Fazallah Pit

Lim Kit Siang hari ini menyindir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang enggan menubuhkan suruhanjaya diraja, supaya menaikkan pangkat dua anggota tentera
kerana ‘pintar mencuri enjin pesawat’.

“Kebolehan anggota itu mencuri enjin pesawat tanpa bantuan pegawai berjawatan tinggi, memang mengkagumkan. Kenapa mereka tak dinaikkan pangkat?” katanya.

Kit Siang (gambar) terus menyindir dengan meminta pegawai atasan diturunkan pangkat kerana bukan gagal menjaga enjin pesawat dari hilang tapi tidak ‘pintar mencuri enjin’.


“Pegawai pangkat rendah pandai curi enjin manakala pegawai atasan tak pandai jaga enjin. Kalau begitu, baik turunkan pangkat mereka,” katanya kepada freemalaysiatoday.

Zahid dilapor berkata, Suruhanjaya Diraja tidak perlu ditubuh bagi menyiasat kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Tidak perlu suruhanjaya ini kerana saya berpuas hati dengan tindakan Peguam Negara serta siasatan yang dijalankan setakat ini,” katanya dipetik Bernama.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, keengganan Zahid menubuh suruhanjaya diraja kerana mudah berpuas hati dengan siasatan polis, hanya menimbulkan banyak soalan tanpa jawapan.

“Bagaimana kita hendak terima kenyataan hanya anggota pangkat rendah mencuri enjin itu hingga dibawa ke keluar negara tanpa peranan pegawai atasan?

Beliau meminta kerajaan supaya tidak mengulangi lakonan siasatan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang hanya mendakwa beberapa kerat individu sedangkan dalang sebenar, terlepas dan bebas.


freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails