Wednesday, January 6, 2010

F-5E: Dua mengaku tidak bersalah



PETALING JAYA: Dua individu didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar tadi berhubung kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bernilai hampir RM50 juta.

Mereka ialah anggota TUDM, Sarjan N Tharmendran, 42, dan pengarah syarikat, K Rajandran Prasad, 37.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Tharmendran dituduh bersubahat dengan Laskar Udara Kanan, Mohamad Shukri Mohamad Yusuf, melakukan kesalahan curi dalam bangunan Material Processing Shed, Matra 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, iaitu dua enjin pesawat.

Rajandran pula dituduh sengaja menolong menghapuskan harta curi itu, iaitu dua enjin pesawat F-5E.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan kes dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin

Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails