Thursday, January 7, 2010

Eh!! Hari tu AJK UMNO Tasek Gelugor.. hari ni dah jadi Ahli Perniagaan pulak..

4 talak dilafazkan olehnya dalam satu hari..

Sambungan dari kes AJK UMNO dituduh meliwat ni.. cuba baca betul-betul dia dah lafazkan 4 talak dalam satu hari..

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

KUALA LUMPUR: Bekas madu penyanyi Noraniza Idris memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dia membuat lima laporan polis terhadap suaminya yang didakwa sering melakukan penganiayaan dari segi mental dan fizikal sepanjang perkahwinan mereka, lima tahun lalu.

Ibu kepada tiga cahaya mata, Mastura Bakar, 24, (plaintif) dalam permohonan cerai fasakhnya, mengemukakan laporan polis itu sebagai bukti dia dikasari suaminya, ahli perniagaan, Datuk Muhammad Mustaffa Idrus, 54, (defendan). Menurutnya, kali pertama dia membuat laporan polis pada 21 Julai 2006 iaitu ketika suaminya melarikan anak mereka, Maizura Izati Muhammad Mustaffa, yang ketika itu berusia tujuh bulan.

Laporan kedua dibuat pada 10 Ogos 2006 selepas pasangan itu bertengkar kerana Mastura mendakwa dikasari suaminya yang marah kerana bertanyakan ke mana lelaki itu menghilang selama dua hari dan tidak pulang.

“Bila saya tanya, dia kata tidur di rumah isteri pertama tapi saya tidak percaya dan dia marah dan pecahkan barang dalam rumah. Kemudian dia menceraikan saya dengan talak satu selepas itu selang beberapa minit dia melafazkan talak tiga pula. Laporan itu dibuat untuk memudahkan saya merujuk kes itu ke Mahkamah Syariah,” katanya menjawab soalan peguam Syarie Roslizam Rahim.

Laporan polis ketiga dibuat 13 Disember 2007 berikutan defendan menendang belakang plaintif sehingga menyebabkan dia cedera di belakang selepas mereka bertengkar mengenai satu rakaman video antara defendan bersama wanita lain di dalam telefon bimbitnya.

Dalam keterangannya semalam, Mastura menjelaskan laporan polis keempat dibuat pada 25 Februari 2008 ketika dia sarat mengandung enam bulan iaitu apabila defendan merampas anak selepas mereka bertengkar.

“Yang terakhir adalah pada 20 April 2009 selepas dia mencederakan saya kerana enggan melakukan hubungan intim dengannya,” katanya. Mastura turut menyerahkan laporan perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas membuat laporan polis.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bersambung pada 12 Januari ini.


myMetro

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails