Tuesday, January 5, 2010

Depa nak kaji harga Broadband pulak dah!!

Awal tahun lepas kerajaan telah mengumumkan akan mengkaji harga gula dan hasil kajian mereka awal tahun ini harga gula telah dinaikkan sebanyak 20 sen setiap kilogram dengan alasan standard mereka iaitu harga gula dunia meningkat..

Dan hari ini kerajaan telah mengumumkan akan mengkaji pula kadar bayaran bagi Broadband.. dan hasil kajiannya.. aku rasa macam biasa la.. Kadar bayaran Broadband terpaksa dinaikkan dan Kadar bayaran broadband kita akan dikatakan masih murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain..


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, kementerian akan membuat perbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

"Kementerian akan cari jalan supaya harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada pada tahap yang tidak membebankan dan tidak mahal.

"Bagi tujuan itu kementerian akan membuat perbandingan harga yang digunakan di Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Ini untuk memastikan kadar harga yang dikenakan adalah tidak membebankan," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun perbincangan mengenai kadar bayaran kurang digemari syarikat penyedia perkhidmatan, tetapi kementerian tetap komited untuk menurunkan kadar bayaran supaya lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan, seterusnya kadarnya akan menjadi lebih murah.

Rais berkata, kementerian akan terus memantau kadar harga yang dikenakan selain menggesa semua syarikat penyedia perkhidmatan mempunyai tanggungjawab sosial untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu.

"Kita harap harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada di tahap yang tidak membebankan...untuk itu semua syarikat perkhidmatan perlu mempunyai tanggungjawab sosial untuk mencapai hasrat kerajaan ini," katanya.


Berita penuh di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails