Friday, January 8, 2010

Depa Buat Dah!! Sebuah GEREJA dibakar malam tadi!! (Edisi BM)

Sebuah gereja di Desa Melawati telah bakar pada tengah malam tadi seiringan dengan amaran polis kepada kumpulan masyarakat Islam supaya tidak mengadakan demonstrasi membantah Catholic Herald menggunakan kalimah “Allah” di dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Serangan ke atas Metro Tabernacle A/G, sebuah gereja di Jalan 4/4C Desa Melawati, telah memusnahkan pejabat pentadbiran di tingkat bawah. Tiada kecederaan dilaporkan akibat serangan tengah malam itu.

Gambar ehsan The Malaysian Insider

Polis masih cuba mengenalpasti penyerang berkenaan dan belum ada yang tampil bertanggunggungjawab terhadap insiden yang berkemungkinan boleh dikaitkan dengan kemarahan sesetengah pihak terhadap keputusan mahkamah pada 31 Disember lalu. Penghakiman berkenaan telah ditangguhkan perlaksanaannya denga rayuan di pihak kerajaan.

Menurut saksi yang baru selesai minum kopi di kedai berdepanan dengan gereja berkenaan, tiga atau empat orang dengan dua motosikal telah berhenti di hadapan gereja itu.

"Mereka memecahkan panel kaca di tingkat bawah sebelum mencurahkan cecair pembakar dan kemudian membakarnya," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak gereja.

Gereja itu ditempatkan di bagunan rumah-kedai tiga tingkat dengan menjadikan pejabat di tingkat bawah. Kakitangan gereja telah membuat laporan polis terhadap kejadian berkenaan.

Sebelum itu, lamanweb kehakiman telah diceroboh dan kemudian tidak boleh diakses.

Gereja Metro Tabernacle tidak ada hubungan dengan Gereja Katolik Roman yang telah mencabar penghakiman 2007 untuk menghentikan penggunaan kalimat “Allah” bagi menampilkan Tuhan Kristian di dalam majalah Herald.

Majalah Herald diedarkan secara ketat di dalam negara ini kepada anggaran 850,000 Katolik yang melakukan ibadat mereka di dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Bahasa Malaysia.

Gereja Katholik Roman telah bersetuju untuk tidak membantah penangguhan penghakiman untuk tujuan "keselamatan negara" kerana terdapat bantahan dari kalangan umat Islam terhadap keputusan mahkamah tinggi dan mengugut untuk berdemo.

Kumpulan itu telah dikatakan akan menganjurkan demo selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur hari ini sekalipun pihak polis telah mengeluarkan amaran supaya tidak berdemo.

Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein telah mempertahankan hak para pendemo untuk berdemo di kawasan masjid.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamad Sabtu Osman berkata terlalu awal untuk mengkaitkan serangan ke atas gereja itu dengan protest terhadap kalimah Allah.

"Kami masih menyiasat," katanya kepada Associated Press. Beliau juga meminta umat Islam Muslims tidak menyertai demo yang dirancangkan, dan menambah bahawa polis akan di hantar ke masjid-masjid untuk memantau keadaan.

Polis menghadkan perkumpulan tidak melebihi lima orang dan lazimnya akan mengambil tindakan, termasuk menggunakan gas pemedih mata dan air berasid untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Terjemahan oleh GB

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails