Thursday, January 7, 2010

Demo esok, kerajaan tak boleh menghalang kata Najib.

Sikap Double Standard atau pilih kasih ataupun pilih bulu jelas kelihatan dalam melaksanakan undang-undang oleh pemerintahan Najib ini, kalau DEMO yang dianjurkan oleh UMNO dataupun sekutunya jawapannya kerajaan tidak boleh menghalang.. tetapi kalau pihak PR yang menganjurkan demo..


Malaysiakini melaporkan “Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah'”, kata perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald The Catholic Weekly terus marak walaupun Najib sebelumnya menyeru semua pihak bertenang.



Kenapa kerajaan tidak boleh menghalang? Sedangkan bila PR menganjurkan Demo kerajaan boleh menghalang?

Dihalang dengan berbagai-bagai alasan kononnya pelancong akan takut untuk melawat Malaysia, peniaga-peniaga mengalami kerugian, menggangu lalu lintas , menimbulkan rasa takut kepada masyarakat sekeliling, merosakkan harta benda awam dan berbagai alas an bodoh! Alasan utama ialah tiada permit dikeluarkan oleh pihak polis..

Adakah permit bagi mengadakan perhimpunan itu telah dikeluarkan oleh pihak polis? Dikeluarkan dalam masa yang singkat? Sedangkan biasanya dalam proses mendapatkan permit sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat tempoh dua minggu diperlukan.

Dan biasanya kemungkinan permit akan diperolehi agak sukar dan jika diperolehipun kemungkinan permit ditarik balik disaat-saat akhir tidak dapat dinafikan.

Sikap Double Standard atau pilih kasih ataupun pilih bulu jelas kelihatan dalam melaksanakan undang-undang oleh pemerintahan Najib ini, kalau DEMO yang dianjurkan oleh UMNO atau sekutunya jawapannya kerajaan tidak boleh menghalang.. tetapi kalau pihak PR yang menganjurkan demo.. nah ini jawapannya..



Disembur dengan Water Canon..


Tak cukup dengan water canon? Nah! Gas pemedih mata pula


Lepas gas pemedih mata, tangkap!!


Melawan? kasi pijak sama dia...

Sumbat dalam Truck..

Sementara itu Malaysiakini juga telah melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para penyokong Pakatan Rakyat yang ingin menyertai demonstrasi membantah penggunaan nama Allah pada penerbitan Kristian tidak dilarang berbuat demikian,

Mengulas perhimpunan besar-besaran esok anjuran banyak NGO Melayu dan Islam, pemimpin PKR itu bagaimanapun berkata beliau tidak menggalakkan mereka berbuat demikian.

PKR mengambil sikap menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hujung bulan lalu yang membenarkan Herald The Catholic Weekly berbuat demikian.

Mantan timbalan perdana menteri itu turut mempertikaikan sikap pilih kasih kerajaan yang tidak mengambil tindakan terhadap perhimpunan membantah keputusan mahkamah tersebut.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails