Sunday, January 31, 2010

Dato Zahrain sedih...

Tak payah sedih la Dato.. bukan Dato sorang saja yang dirujuk kepada lembaga disiplin PKR..

Selain dari YB Zul, Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaian hasil mesyuarat MPP Selasa lalu, dengan mendakwa MPP tidak serius dalam menangani kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin pun kena juga.

Terimalah keputusan itu dengan hati yang terbuka, lain kali janganlah kritik sahabat secara terbuka, Kritik dalam majlis tertutup tak apa.

Dalam mesyuarat atau majlis tertutup tu nak bergaduhpun tak apa, nak baling fail biar bertabur dalam mesyuarat pun tak jadi hal, jangan buat laporan polis pulak lepas tu sudah la..

Tapi kalau Dato kata ,Dato cuma menyampaikan perasaan ahli-ahli parti mengenai Guan Eng tu saya rasa tak berapa betul tu.. Dato sepatutnya berkata saya cuma menyampaikan perasaan pemimpin-pemimpin parti yang tidak berpuashati dengan Guan Eng..

Tak puas hati la.. kan Lim Guan Eng tu tak nak layan sebarang Direct Nego punya project?


Zahrain sedih dirujuk lembaga disiplin

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 31 — Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berkata beliau sedih dengan keputusan PKR yang mahu merujuknya kepada lembaga disiplin berhubung komen pedas terhadap Lim Guan Eng minggu lalu.

Malah kata Zahrain, beliau juga sedih kerana penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, yang Rabu lalu didakwa sebagai “seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis”.

“Saya sedih dengan keputusan parti dan apabila mendapati Anwar (juga) menyokong Guan Eng.

“Saya cuma menyampaikan perasaan ahli-ahli parti (mengenai Guan Eng) ... saya sedih dengan keputusan yang diambil (parti) kerana saya hanya membuat kenyataan berhubung apa yang difikirkan oleh ahli-ahli parti,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sebelum itu The Malaysian Insider telah melapurkan.


Zahrain dihadap lembaga disiplin, Anwar pertahan Guan Eng

Oleh Adib Zalkapli dan Neville Spykerman

PETALING JAYA, Jan 31 — Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengecam keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Rabu lalu akan dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.

Sehubungan itu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan kepada Lim yang juga setiausaha agung DAP sambil menyifatkan Zahrain tidak wajar mengeluarkan kritikan pedas ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Keputusan dicapai pada mesyuarat khas empat jam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini.

Mesyuarat itu secara kebetulan diadakan untuk membincangkan hala tuju PKR dan persediaan menghadapi kes liwat Anwar Selasa ini tetapi bertukar tumpuan terhadap isu Zahrain.

Zahrain sekali gus muncul wakil rakyat kedua dirujuk kepada lembaga disiplin PKR dalam seminggu ini.

Beliau tidak hadir mesyuarat MPP hari ini.

Turut akan dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaian hasil mesyuarat MPP Selasa lalu, mendakwa ia tidak serius dalam menangani kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

“Kami menolak dan mengecam pandangan beliau (Zahrain) terhadap ketua menteri Pulau Pinang,” kata Anwar yang juga ketua umum Pakatan Rakyat (PR).

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails