Wednesday, January 6, 2010

Dah bina, tapi tak boleh guna..

Kroni siapa yang punya angkara ni, projek dah siap tapi pahat masih berbunyi, berbunyi bukan kerana tak siap tapi dah siap tak boleh nak digunakan.

Kalau siap dibina tapi tak boleh guna, buat apa nak bina?


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.

"Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap)... dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun... teruk, rakyat marah kerajaan.

"Bukan sahaja kita rugi daripada segi kos, tapi ia juga melibatkan soal nyawa, pakar bedah pun kecewa sebab tak boleh nak buat kerja," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.

Katanya, kebanyakan masalah yang dihadapi oleh dewan bedah hospital di negeri ini hampir sama iaitu masalah hama dan kebocoran.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku, kalau sekali berlaku tak mengapalah, tetapi berulang kali, semua hospital mengalami masalah hampir sama," katanya.

Sehubungan itu beliau berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab dalam pembinaan dan membaik pulih dewan bedah berkenaan mengambil perhatian dan tindakan segara.

Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails