Thursday, January 21, 2010

COLA dan Elaun Rumah Sudah Pasti Akan Dipotong... Nasib korang la Cikgu ooiii!

DATO NAJIB....POTONG SEMUA DATO.....BIIIOOORR PADAN DENGAN MUKA DEME... .ASYIK DOK NYODOK KAT UMAH JA.......BIOR DEME RASE ......UDAH LE MANDOM..PENAKUT PULAK....TAK JATUH NYE KERAJAAN DATO......POTONG GAJI PUN OK....ASYIK TUKAR KETA AJE DEME. TEMAN NASIB MOTONG GETAH....UNTUNG JUGAK LE....DAPAT NENGOK PASARAN SAHAM NAIK TURUN HEGE GETAH YEOPPPP??????



KUALA TERENGGANU – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.

”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendiikan dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.

KITA PERCAYA KAUM GURU TIDAK AKAN MEMBANTAH. SEBAB BANYAK GURU YANG MANDOM.DAN YANG HANYA JAGA PERUT DAN DI BAWAH PERUT TERLALU RAMAI. OLEH SEBAB ITULAH SEKADAR MENJADI GURU SEMATA-MATA SUDAH DIKATAKAN BAGUS.MACAM LA BAGUS KAUM GURU NIH....

ZAMAN TOK NENEK AKU DULU,KAUM GURU DI BARISAN HADAPAN,KAUM GURU MENJADI CONTOH DENGAN KETEGASAN DAN BERANI KEHADAPAN. ORANG HORMAT KAUM GURU BUKAN KERANA DI GELAR GURU TETAPI SEMANGAT BERJUANG YANG ADA.

HARI INI, KAUM GURU.....KIAAAATUIHHHH....TAK BOLEH PAKAI.MACAM APA YANG DIKATAKAN TADI,LEMBIK,MANDOM,DAYUS,PENAKUT,IKUT PUNGKOQ ORANG,JAGA PERUT,JAGA BAWAH PERUT,BALIK DUDUK DALAM UMAH,BERKAWAN DENGAN ORANG PUN TIDAK,PI KEDAI KOPI PUN TIDAK,YANG TAU ...TUKAQ KETA....BELI UMAH.....HEIIIIII.......... ORANG LAIN PUN ADA JUGA ANAK BINI......TAK RASA MALU KA?????

PADAN MUKA HANGPA KENA POTONG SEMUA NIHHHHH.....KAH...KAH...KAH...RASAKAN NASIB KAUM GURU KENA TIPU...... PANDAI..TAPI PENAKUT....


He.. He.. Marah sunggoh cikgu ni kat cikgu-cikgu lain..

Aku copy dari blog KEMPEN GURU TERTINDAS

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails