Tuesday, January 12, 2010

CADANGAN BUAT KERAJAAN MALAYSIA.

Kita semua telah maklum bahawa harga gula telah dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak pukul 12 tengah malam 01 Januari 2010, itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

Kita harus faham kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Kita juga harus faham kenapa kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai 1 Jan 2010 dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga. Mungkin untuk mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Kita semua juga telah dimaklumkan Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei.

Dan bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah. Golongan yang mendapat subsidi, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.

Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warganegera, akan membayar RM2.10 atau lebih.

Nampaknya banyak juga jumlah subsidi yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Walaupun kerajaan telah mengeluarkan subsidi yang begitu banyak, harga bahan mentah dunia yang terus melonjak telah membebankan kerajaan sendiri.

Bagi membantu kerajaan dalam menangani bebanan subsidi ini disini aku ada satu cadangan, Cadangan yang memungkinkan Negara kita ini tercatat didalam Guiness Book of World Record sebagai Negara Pertama didunia yang menggunakan kaedah ini.

Satu kaedah dalam menjana pendapatan yang amat efektif buat kerajaan tanpa kerajaan perlu risau akan menanggung kerugian.

CADANGAN BUAT KERAJAAN MALAYSIA.


Cadangan aku ialah kerajaan Malaysia mengenakan bayaran keatas setiap Meter padu Oksigen yang di sedut oleh warganegara Malaysia dan sesiapa saja yang memijak bumi Malaysia ini.

Kerana Oksigen ialah sumber semula jadi yang ada dimana-mana dan tidak perlu dicarigali. Oksigen juga ialah satu sumber yang diperlukan oleh setiap manusia untuk terus hidup.

Selain dari menjana pendapatan Negara kita juga boleh mewujudkan usahawan-usahawan baru yang peluangnya untuk muflis adalah hampir tiada.

BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA?
Caranya mudah dan amat praktikal..

~ Setiap manusia yang ada dan baru dilahirkan dimukabumi Malaysia ni dikehendaki memakai atau dipakaikan dengan Gas Mask (Gambar kiri)

~ Gas Mask tu akan diseal oleh kerajaan Malaysia, siapa yang membukanya hendaklah dibuang dari negara ini kerana tidak tahu mengenang budi kerajaan selama ini.

~ Gas Mask yang akan digunakan itu hendaklah mempunyai satu saluran untuk memasukkan tiub untuk makan dan minum.

~ Ini secara tidak langsung akan mengurangkan tabiat merokok oleh sesetengah warganegara dan kita juga akan berjaya meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia.

~ Gas Mask akan dilengkapi dengan volume meter yang akan mengukur berapa meter padu kah Oksigen yang telah digunakan oleh setiap individu.

~ Harga setiap meter padu Oksigen akan ditentukan oleh kerajaan dan subsidi akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah.

~ Bayaran akan dikutip oleh Syarikat yang dilantik oleh kerajaan bagi memasang dan menyediakan alat ganti Gas Mask tersebut.

~ Bayaran akan dikenakan setiap bulan.. dan jika gagal menjelaskannya selama 3 bulan berturut-turut.. Mesh yang terdapat didalam Gas Mask akan digantikan dengan Blank dummy biar tak boleh bernafas dan mampus terus!!



agak-agak kalau aku propose kat Najib bussiness baru ni boleh dapat title Datuk tak?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails