Sunday, January 31, 2010

Banyak Pemuda UMNO Negeri yang bergolak rupanya.

Ketika mengulas mengenai berita "EXCO Minta Khairy Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda", editor MYkmu.net (Gerbang Tempur Maya Kelab Penyokong UMNO) telah mendedahkan banyak Pemuda UMNO Negeri yang gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.

Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor


Oleh MYkmu.net

Kami baru disahkan bahawa punca utama desakan perletakan jawatan Khairy ialah kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib. EXCO Pemuda Hishamuddin Yahya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan pemuda tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya lebih berminat mendesak dan mengugut agar diberi jawatan.

Hishamuddin mencadangkan dua usul iaitu samada Khairy meletak jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh YB Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan EXCO meletak jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru Pergerakan pemuda dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai. Difahamkan 2/3 EXCO Pemuda bersedia meletak jawatan untuk pemilihan semula Pergerakan tersebut jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Drama ala MCA ini dijangka akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok. Terdapat suara-suara di dalam MT sendiri yang mahu mendesak diadakan semula Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO berikutan kegagalan sayap tersebut menjadi tunggak parti sebelum ini.

[Nota Editor: Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda UMNO Menyatakan: Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru dipilih itu.]

[Berita Asal]


Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.

Bukan lagi rahsia bahyawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik etua-Ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.

Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Ini berikutan tindakan Kahiry melantik Ketua Pemuda Bahagian yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu sungguhpun mereka ini tidak disukai oleh amjoriti ketua Pemuda Bahagian yang lain.

Pemuda UMNO Selangor misalnya sehingga hari ini gagal mengadakan mesyuarat penuh. Sebanyak 13 daripada 22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor menolak kepimpinan Suhaimi dan mengambil keputusan bergerak secara bersendirian di bahagian masing-masing.

Di Perak juga berlaku kemelut kepimpinan Pemuda yang serius apabila Mesyuarat Pemuda Negeri Perak minggu lalu meminta Ketua Pemuda Negeri berundur secara terhormat. Memorandum 18 Ketua Pemuda Bahagian Perak juga khabarnya telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Di Pulau Pinang, Sdr Norman juga ditolak kepimpinannya oleh majoriti Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Demikian juga yang berlaku di Johor dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan mereka mengambil keputusan menggerakkan bahagian secara bersendirian bagi memastikan UMNO Bahagian terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya.

Selian isu perhubungan Pemuda UMNO Negeri, Khairy juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh Ketua-Ketua Pemuda Bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepada beliau apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Daripada itu pula kebanyakannya ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.

Beberapa EXCO yang bercakap kemudiannya bertindak mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara Pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunaka Pemuda bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada juga yang mempersoalkan alasan Khairy bahawa beliau tiada jawatan menyebabkan beliau tidak boleh menggerakkan Pergerakan Pemuda.

Menurut mereka jika dahulu Khairy berjanji untuk mengorbankan harta bendanya untuk Pergerakan Pemuda jika menang, bila menang lain pula alasannya.

Saudara Hishamuddin Yahya dan beberapa lagi exco yang dihubungi enggan mengulas perbincangan dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi buat masa ini. Bagaimanapun kesemua mereka tidak menafikan berita ini.

[Berita ini akan dikemaskini sekiranya ada EXCO yang bersedia bercakap dengan mykmu kemudiannya].

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails