Saturday, January 9, 2010

Bakar Gereja : Strategi Warisan Penjajah British.



Hari ini, tindakan menyerang gereja menjadi topik hangat di internet. Aku pun tak tahu nak kisahkan satu persatu. Akan tetapi kejadian begini bukanlah pertama kali dalam sejarah tanah air kita.

Kira-kira pada bulan Oktober 1945, imperialis British menyuruh ejennya orang Cina menyembelih babi dan mencampakkan ke dalam masjid. Dengan itu berlakulah pertumpahan berdarah di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Peristiwa menyerang gereja kali ini juga merupakan ulangan wayang yang sama iaitu taktik yang diajarkan oleh penjajah British. Inilah agaknya erti 1Malaysia!


Gereja diserang:Astaghfirullah (استغفر الله )

http://sampahseni.blogspot.com

Terlalu banyak bangkai busuk, berat dan besar (barangkali aku salah satu daripadanya, tapi untuk kiasan pada makna yg lain). bangkai yg membusuk ini merosakkan hidup bersiasah dan bermasyarakat di tanah air ini. bangkai2 rasuah, pecah amanah dan penyelewengan kuasa. semua org tahu - biarpun media2 milik penguasa menutupnya, cuba mengalihkan pandangan umum. semua org tahu kerana ramai yg merasainya:

kenaikan harga barang (dgn gaji yg tidak naik2, malah ramai juga yg kehilangan kerja)

kes-kes penyelewengan duit/harta negara dan tabung awam, spt PKFZ, enjin jet hilang

Perseteruan dan perebutan kuasa/harta di kalangan pimpinan Umno, MCA, MIC dan parti2 BN lainnya. dan pastilah banyak lagi, semua org sekarang ini boleh menyebut dan memperjelas dgn panjang lebar hal2 ini. maka, ALLAH pun dipergunakanlah, tapi bukankah ALLAH itu sebaik-baik perancang?

Sebuah gereja telahpun terbakar, apakah nanti ada masjid yang terbakar? di mana-manapun aku tetap akan bersedih, jika agama menjadi alat hasrat rakus politikus. di mana-manapun aku akan meratapi kehancuran rumah-rumah ibadat, baik itu masjid atau surau atau kuil atau tokong atau gereja atau gudwara yg diroboh penguasa atau dihancurkan para penganutnya yg bersengketa.

Perang antara agama dalam sejarahnya hanya menguntungkan org tengah pihak peniaga senjata. permusuhan antara agama atau antara mazhab2 dlm agama yg sama, kebiasaannya juga terjadi kerana percaturan penguasa atau elit pemerintah yg terdesak - bodoh, jahat, banyak bangkai tak dapat ditutup - lalu cuba mengekalkan kekuasaannya dengan cara mengadu domba rakyat jelata, menjadi batu api membakar dan akhirnya mempertahankan kekuasaan (sementara) mereka atas hangus kesengsaraan org lain.

Inilah warisan khianat terhadap mandat rakyat; suatu dasar pecah dan perintah yg diamalkan penjajah Inggeris selama ratusan tahun dan difotokopi byk rejim2 dunia hari ini. seperti misalnya sengketa sunni dan syiah di Iraq dan Pakistan? atau Islam dan Kristian di Ambon? siapa untung? org2 Sunni kah yg untung - jawabnya bukan. org2 Syiah kah yg untung - jawabnya bukan. org2 Islam kah yg untung - juga bukan. org2 Kristian kah yg untung - juga bukan.

Bertenang dan bersabarlah. berfikirlah dalam-dalam sebelum bertindak. tamak kesombongan harta dan serakah keangkuhan kuasa tidak akan membawa kita semua ke mana-mana. akhirnya, siapakah yang untung???


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails