Monday, January 11, 2010

Bakar Gereja : Kes ke 8 di Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR, Jan 11 — Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Seremban, Negeri sembilan menjadi mangsa serangan bom petrol awal pagi ini, menjadi kes yang kelapan setakat ini.

Serangan itu tidak menyebabkan kesan terhadap bahagian dalaman gereja berkenaan dan hanya meninggalkan kesan di bahagian luar.

Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook yang mengunjungi gereja itu pagi ini mengesahkan kejadian tersebut.

“Ruang beribadat tidak terjejas, serangan hanya meninggalkan kes di bahagian luar gereja,” kata Loke kepada The Malaysian Insider.

Ia gereja pertama diserang pihak bertanggungjawab di negeri itu.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan di gereja Sidang Injil Borneo berhubung kejadian itu, difahamkan terjadi beberapa jam lalu.

Kejadian pertama itu, di Negeri Sembilan, mendapat perhatian luar biasa susulan beberapa insiden serangan terhadap rumah ibadat Kristian sejak serangan Jumaat lalu yang menghanguskan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati

Sebelum kejadian terbaru ini, tujuh buah gereja menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails