Saturday, January 9, 2010
Bakar Gereja : Imej Islam dan Malaysia tercalar..
Perkara yang selama ini cuba kita kawal, akhirnya terjadi juga. Tetapi sebelum pergolakan antara agama ini terus merosakkan perpaduan rakyat Malaysia, elok ia ditangani secara baik dengan segera.
Semalam penduduk Lembah Klang dikejutkan dengan berita Gereja Metro Tarbenacle, Taman Melawati terbakar manakala Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Chapel, Damansara dibaling bom petrol namun ia tidak meletup.
Kebetulan pula pada hari yang sama iaitu selepas solat Jumaat beberapa buah masjid di ibu negara menyaksikan perhimpunan membantah penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald-The Catholic Weekly.
Ada juga dalam perhimpunan itu mengutuk perbuatan membakar gereja yang berlaku awal pagi semalam.
Dua kejadian yang berkaitan dengan agama ini bukan sahaja menjadi berita di negara kita, tetapi sudah menjadi berita dunia.
Seluruh dunia terutama masyarakat Kristian pasti mengutuk Malaysia. Pelbagai persepsi bermain dalam fikiran mereka terutama yang cemburu dengan imej Malaysia sebagai negara contoh dalam memelihara perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaumnya.
Bukan mudah untuk membersihkan lumpur yang disimbah oleh penjenayah-penjenayah yang telah dan ingin membakar gereja berkenaan.
Sekarang nama baik Malaysia sudah terjejas. Kemarahan sekumpulan kecil individu fanatik telah merosakkan kesucian agama Islam dengan melakukan perbuatan yang ditegah oleh Islam.
Jelas mereka yang terbabit dengan jenayah itu bukan sahaja merosakkan nama Malaysia malah lebih utama ialah kesucian agama Islam.
Kita tidak nafikan perbuatan itu ada kemungkinan besar didorong oleh kemarahan individu berkenaan terhadap penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah bukan Islam itu.
Tetapi membakar gereja bukan caranya menyelesaikan masalah atau memberi isyarat kemarahan umat Islam. Malah agama Islam melarang umatnya memusnahkan mana-mana rumah ibadat agama lain.
Kita masih tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu. Tetapi akibat cara berfikiran cetek mereka itu, imej diri, agama, bangsa dan negara telah terjejas.
Hakikatnya, isu-isu yang menyentuh perasaan orang Islam amat sensitif. Sebab itu banyak peringatan dikeluarkan agar semua pihak jangan bermain api dalam isu agama. Sekarang semua pihak kena ingat bahawa isu agama benar-benar mengancam keselamatan awam dan negara.
Kepada rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia, semua pihak perlu bertenang dan tidak bertindak mengikut perasaan.
Kerosakan gereja yang dibakar boleh dibayar ganti ruginya oleh pihak insurans. Tetapi jika tindakan ekstrem berunsur membalas dendam, ia boleh menghancurkan perpaduan kaum yang kita bina sejak negara ini merdeka.
Perbuatan menyerang dan cubaan membakar tiga gereja di ibu negara semalam memang tidak boleh dimaafkan. Tetapi jangan akibat nafsu marah dan provokasi sesetengah pihak itu dibiarkan hingga boleh memecah-belahkan kaum dan keharmonian negara.
Kita percaya majoriti umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu fanatik yang mengambil kesempatan atas nama agama untuk membakar gereja.
Tetapi tiada siapa berhak membuat tuduhan bahawa insiden itu dilakukan orang Islam kerana terdapat pelbagai kemungkinan dalam kejadian tersebut.
Sekarang sudah bermacam-macam teori dan spekulasi dibuat. Ada mengatakan tragedi tersebut seolah-olah dirancang sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Kristian selepas solat Jumaat semalam.
Ada teori bahawa serangan terhadap tiga gereja itu berkemungkinan perbuatan pihak tertentu untuk mensabotaj orang Islam dan ekonomi negara.
Namun apa yang betul ialah individu yang melakukannya adalah penjenayah di sisi undang-undang negara.
Sebelum insiden ini menjadi batu loncatan kepada tragedi yang lebih buruk maka Kementerian Dalam Negeri bukan sahaja harus bertindak secara profesional tetapi juga menanganinya dengan berkesan.
Kerajaan perlu menunjukkan ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang agar dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak.
Jika peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikenakan, maka laksanakannya tanpa was-was.
Jika ada pihak tidak mematuhi undang-undang penerbitan, larangan penyebaran agama lain kepada orang Islam, penggunaan kata kesat dan penghinaan kepada agama lain, kenapa pihak berkuasa masih teragak-agak untuk mengambil tindakan?
Satu tindakan berkesan dan mesej yang jelas terhadap pengacau keamanan negara perlu dilaksanakan. Kepada mereka yang mahu menimbulkan suasana kacau-bilau kepada negara, kerajaan dan polis harus bertindak tegas. Pendekatan mengeluarkan “amaran” dan tolak ansur dalam situasi begini elok difikir dan dikaji semula.
Utusan Malaysia
Posted by
Anak Sungai Derhaka
at
Saturday, January 09, 2010
Labels:
Dari Media Online,
Isu Kalimah Allah
Bakar Gereja : Imej Islam dan Malaysia tercalar..
2010-01-09T11:35:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Dari Media Online|Isu Kalimah Allah|
Archive
-
▼
2010
(3220)
-
▼
January
(213)
- Banyak Pemuda UMNO Negeri yang bergolak rupanya.
- Dato Zahrain sedih...
- Tawaran ISTIMEWA dari BN buat semua pemimpin PR!!
- Mereka menafikan sertai BN, tetapi tidak pula mena...
- Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan
- Zahrain pertahan dakwaan.
- Takut tidak dicalonkan semula mereka melompat?
- Zambry Menang 9 Februari ini
- MP PKR Lompat Parti : Memang benar, mungkin ada 4 ...
- Sambutan Thaipusam Selangor : Tiada Pentas.. Meja ...
- Kerana kecewa, Zahrain naik berang dengan Guan Eng...
- Lim Guan Eng Diktator?
- Perjuangan perlu diteruskan kata Khalid Samad
- Tun Mahathir!! UMNO adalah punca Melayu berpecah, ...
- Keputusan dari Jawatankuasa disiplin PAS berkenaan...
- MP PKR Lompat Parti : Adakah ini calonnya?
- Serang Gereja : Azmin tuduh tak apa, DAP tuduh, ke...
- Tembelang Najib Pecah
- Gambar-gambar sekitar Solat Hajat menuntut Royalti...
- YB Zul : Puad Zarkashi hang simpan la pintu tu..
- Ku Li: Kelantan berhak dapat royalti minyak
- Kepala Babi pernah dilontar British untuk mencetus...
- Pasai PAS dengan PKR lah Melayu berpecah kata Maha...
- Tol dijangka naik lagi!
- Milik siapakah MAHLIGAI ini?
- 'UMNO bakar gereja', Kenapa tak panggil Azmin?
- BAKAR GEREJA MASUK SYURGA!
- UMNO kini berpolitik di Sekolah.
- Ahli UMNO terlibat dalam insiden menyerang Gereja ...
- Kemelut didalam Pakatan Rakyat menjelang Februari....
- Komen tentang YB Zul dan YB Khalid oleh Dr Asri
- Pemalsuan Bon RM18Billion : Dua bekas pegawai PNUB...
- Khabar Angin : MP PKR akan melompat!
- “LimGuanEngBlog” : Siapa yang set-up memang tiada ...
- Kepala babi dilontar di dua masjid !
- Suara Keadilan telah diganti oleh Utusan Malaysia ...
- Marilah bersamaku wahai YB Zul - Brahim Ali
- Pilihan raya negeri Sarawak, BN diramal menang bes...
- Guling kerajaan Umno-BN untuk selamatkan Malaysia ...
- Aduka Taruna : Kerajaan tak akan bertindak.. habis...
- PRU13 : PAS & PKR akan kalah di Perak?
- Aduka Taruna hanya mengikut contoh yang ditunjukka...
- Video hina Almarhum Sultan Johor pulak dah...
- Konflik Takhta dan Perlembagaan.
- Aduka Taruna: ‘Tajuk hina Sultan bukan gua punya’
- Aduka Taruna Serah Diri di IPD Kota Bharu
- Aduka Taruna : Menteri pun dah buat ulasan.
- YB Zul dakwa DSAI berat sebelah..
- Aduka Taruna perlu di siasat Polis dan Jakim - Dew...
- PECAT YB Zul! cadang Zaid Ibrahim.
- YB Zul!! Hang ni dah melampau ni..
- Ceramah DSAI dihentikan Polis!
- Video Clip : DEMO menentang AdukaTaruna.
- 25 Laporan Polis telah dibuat terhadap AdukaTaruna...
- Samada Anwar bersama atau tidak, Kami tetap akan m...
- Sah, bekas pengerusi Gerak sertai PKR
- Ketidakadilan UMNO: Kita mula menuainya
- AWAS Pemimpin-pemimpin PKR!
- Apa sampai jadi macam ni YB Zul?
- Blogger PAKATAN RAKYAT Sila ambil PERHATIAN!
- Pengerusi Gerak sertai PKR esok
- Malaysia akan BANKRAP kalau UMNO terus memerintah!...
- Pasir untuk Singapura : Siapa BOHONG? Mahathir ata...
- Khalid Samad oleh Zaid Ibrahim
- Sultan Johor Mangkat
- UMNO dah sengkek (tak ada duit)?
- Pesawat Charlie C-130 H TUDM terkandas di pangkala...
- Bakar Surau : Kerja Orang Gila ni..
- Pinjaman TEKUN untuk Melayu (UMNO) sahaja?
- Pembelian Kepala Keretapi dibatal!... macam kisah ...
- Kerajaan dah tak ada DUIT, jadi denda maksimum aka...
- Khir Toyo nak jadi Nujum pula?... Baca ni..
- COLA dan Elaun Rumah Sudah Pasti Akan Dipotong... ...
- Kerana BN, Inflasi akan menjulang Tinggi.
- Serang Gereja : Anwar akan dituduh sebagai Masterm...
- Menteri tak faham undang-undang jangan cakap isu r...
- Harga rokok mungkin RM50!
- Kehilangan Enjin Jet F5E :10 Soalan yang tidak ter...
- Kerajaan UMNO mahu naikkan Cukai Barang??
- Aduan kepada polis, satu jenayah?
- Nizar Akui Sokongan Melayu Kepada PR di Perak Mero...
- Umno juara rasuah, bukan juara rakyat
- Makkal Sakhti : Presiden yang dipecat kini memecat...
- Apa hal dengan NURI ni? dari 40, tinggal 5 saja ya...
- Nazri Aziz! Anda silap!
- 'Projek Kerajaan Barisan Nasional' - Overpriced Ho...
- PANAS!! Amerika beri AMARAN kepada kerajaan MALAYS...
- 'Jangan heret kami, ini tanggungjawab Umno’ - PAS
- Tipu Peneroka : Felda diarah bayar RM7.8Juta.
- Cium Pipi : Sepatutnya Rosmah yang ditegur dulu..
- Bocor maklumat : Husam mahu dalang didedah.
- Kerajaan jimat 1.3Billion untuk Gula, tapi membazi...
- BN akan menang jika DUN Perak dibubar sekarang?
- Kenapa saya saman HUDUD di Kelantan satu masa dulu...
- 'SAND FOR SINGAPORE', Kerja siapa ni?
- Kalimah Allah : Its too late for dialogue - Nazri
- Lim Guan Eng menambah peruntukan untuk Hal Ehwal A...
- Posting Asal YB Hamidah yang menghina Khalid Samad...
- Setiausaha agung PKR: Sebenarnya saya berundur ker...
- Nak kena ISA dah orang tua ni!
-
▼
January
(213)
