Tuesday, January 12, 2010

Bakar Gereja : Hanya yang benar-benar melakukan akan ditangkap..

Menarik ni.. selalunya yang disyaki akan ditangkap tak kira lah buat atau tidak, tapi kes Bakar Gereja ni istimewa sikit pasal polis akan memastikan betul-betul agar yang benar-benar membakar saja akan ditangkap..

Kalau dah tak ada tangkapan keatas yang disyaki.. macam mana polis nak pastikan yang ditangkap itu benar-benar membakar gereja tu.. jangan tangkap Kambing Hitam sudah la...

PUTRAJAYA, Jan 12Polis perlu membuat siasatan lanjut mengenai serangan terhadap beberapa gereja baru-baru ini sebelum melakukan sebarang tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Polis juga perlu melihat senario lebih besar iaitu sama ada semua serangan itu adalah satu perbuatan konspirasi pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu ataupun merupakan serangan secara berasingan.

“Daripada apa yang berlaku, nampaknya begitulah (kes berasingan).

“Adalah sesuatu yang membimbangkan sekiranya ia merupakan tindakan yang dikoordinasi oleh kumpulan-kumpulan tapi kalau kes-kes ini kes berasingan, insya-Allah ia dapat dibendung,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan

dan perutusan tahun baru kementerian, di sini hari ini.

Semalam beliau dilaporkan berkata pihak polis sudah mempunyai petunjuk atau maklumat untuk mengenal pasti suspek tertentu yang bertanggungjawab terhadap kes serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati namun ia tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu siasatan yang sedang berjalan.

Hishammuddin berkata sehingga pagi ini tiada kejadian baru serangan rumah ibadat dikesan, namun pemantauan akan diteruskan.

Ditanya mengenai cadangan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar, mengenai pembentukan Majlis Perundingan Keharmonian Nasional untuk membincangkan hal-hal sensitif antara agama, Hishammuddin berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Chandra.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang turut hadir, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai serangan itu agar tampil ke mana-mana balai polis untuk memberikan kenyataan.

“Setakat ini dalam Facebook, dalam blog, memang ada, tapi kita kena pastikan betul-betul.

“Kita perlu berhati-hati dengan maklumat ini (kerana) kita mahu memberkas orang yang betul-betul terlibat,” katanya.

Bernama


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails