Saturday, January 2, 2010

Aziz Bari diberi Amaran.

Walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan dan penarikan diri ahli panel, namum forum membantah e-undi dalam pilihanraya kampus, tetap diteruskan walaupun terpaksa diadakan di koridor dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) Universi Malaya (UM) malam tadi.



Forum yang membahaskan tajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Mahasiswa" dikejutkan penarikan diri pensyarah terkenal Dr Abdul Aziz Bari (kiri) sebagai ahli panel beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.

Forum anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) itu terpaksa diadakan di luar dewan tersebut selepas pihak pentadbiran membatalkan penggunaan dewan kuliah untuk forum tersebut, tiga hari lalu.

Sebelum ini dilaporkan dua penyelaras BANTAH menerima ugutan dalam bentuk surat layang dan mesej SMS serta didesak membatalkan forum tersebut. Forum itu berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 9.45 malam.

Pengerusi BANTAH, Mohd Aizat Mohd Salleh ketika ditemui pemberita selepas forum itu berakhir mendakwa, penarikan tokoh akademik itu disebabkan surat amaran telah dikeluarkan kepadanya oleh pentadbiran Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Ini adalah satu pencabulan demokrasi kepada ahli akademik," katanya ketika mengulas penarikan diri Dr Abdul Aziz pada saat-saat akhir.

Diberi surat amaran

Menurut Aizat, sebelum ini, pihaknya telah dua kali mendapat persetujuan kehadiran pakar perlembagaan itu untuk menghadiri forum malam tadi.

Sebelum majlis itu bermula, Mohd Aizat memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau menyedari keputusan Dr Abdul Aziz itu setelah menyemak emelnya jam 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebaik sahaja menyedari hal tersebut, beliau cuba meyakinkan Abdul Aziz supaya menghadiri majlis tersebut dengan membalas emelnya.

Bagaimanapun, sehingga jam kira-kira 4.30 petang semalam, emelnya kepada Dr Abdul Aziz Bari tidak dijawab.

Dalam emel lima perenggan yang dihantar kepada Mohd Aizat yang juga exco MPMUM, Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana tidak dapat hadir sebagai ahli penal forum tersebut, selepas dikatakan mendapat surat amaran dari UIA.

Mengulas lanjut, Mohd Aizat berkata beliau bercadang untuk berjumpa dengan Dr Abdul Aziz Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung surat amaran dan bentuk tekanan yang diterima oleh tokoh akademik tersebut.

Sambung baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails