Monday, January 11, 2010

APA?? Naik Dua Kupang tak cukup? tak apa nanti kita naikkan lagi harga Gula tu...

Harga Gula Mungkin Naik Lagi - Ismail Sabri

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

KUALA LUMPUR: Tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memperoleh persetujuan Kabinet.

Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.

"Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.

"Sebarang kenaikan kita perlu berbincang di peringkat Kabinet sebelum membuat sebarang kenaikan harga," katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada Exco Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno mengenai subsidi kerajaan di sini hari ini.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan menarik subsidi gula sebanyak 20 sen menjadikan harganya kini RM1.65 sekilogram di Semenanjung manakala di Malaysia Timur berharga RM1.75 sekilogram.

Menurut Ismail Sabri lagi, kenaikan 20 sen itu tidak memberi bebanan kerana mengikut kajian setiap isi rumah hanya menggunakan satu hingga dua kilo gula sahaja setiap bulan.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya menerima kenaikan ini sebagai peringatan dan langkah positif dalam menjaga kesihatan.

"Anggap sahaja kenaikan ini sebagai 'hadiah' daripada kerajaan untuk kita mengurangkan pengambilan gula dan menjaga kesihatan dengan lebih efektif," ujarnya.

Beliau turut menyelar pihak-pihak yang menuduh tindakan kerajaan menaikkan harga gula kononnya mengugat usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyemarakkan konsep 1Malaysia. berita sepenuhnya baca di sini


Hadiah?? mmm... hadiah kepala hotak hang!!Mana ada orang yang terima hadiah rasa sakit hati.

Tak ada pihak pun yang kata tindakan kerajaan menaikkan harga gula mengugat usaha Najib Tun Razak dalam menyemarakkan konsep 1Malaysia.

Cuma ramai yang kata kerajaan BUTA PERUT!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails