Saturday, January 16, 2010

Adun BN Seri Andalas seleweng wang peruntukan

Oleh Rusnizam Mahat

Angkatan Muda keadilan (AMK) Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perbelanjaan peruntukan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Andalas semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Menurut ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, terdapat unsur meragukan dalam beberapa butiran perbelanjaan yang dinyatakan dalam dokumen peruntukan Dun tersebut yang melibatkan wang berjumlah RM110,800. Wang itu dikeluarkan melalui satu cek untuk kegunaan kempen BN semasa pilihanraya umum lalu.

Penyewengan peruntukan itu melibatkan 16 ketua cawangan, seorang ketua MIC, seorang ketua MCA, seorang Ketua Puteri Umno, seorang Ketua wanita, dan seorang bekas Pemuda Umno di Dun terbabit.

Menurut Khairul, salah seorang yang turut disyaki ialah Pengerusi Bersih Bangun Selangor, Mohd Abdul Raof Mokhtar, yang sebelum ini membuat dakwaan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor berhubung kampus projek Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kita harap NGO ini dapat membersihkan Selangor dari segala gejala rasuah dan salahguna kuasa. Tetapi kita harap sebelum dia nak membersihkan Selangor ini, saya ingat dia dulu kena bersih,” katanya.

Khairul atau lebih mesra dengan panggilan Jonah berkata, AMK telah membangkitkan isu ini pada tahun 2008 berkenaan penyelewengan peruntukan tersebut yang dihabiskan dalam tempoh tiga bulan, tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil olehSPRM.

“Ini isu yang lama dan kita tidak tahu berapa kali kita akan berjumpa dengan pihak SPRM untuk membuat laporan ini,”

“Kita berharap dengan mendapat ketua Pesuruhjaya yang baru, iltizam yang baru, SPRM Selangor berusha memerangi rasuah ini secara habis-habisan tanpa memilih bulu atau tanpa ada “double standard”.

Ini supaya masyarakat dapat melihat institusi SPRM ini benar-benar sebuah institusi yang boleh dipercayai untuk memelihara integriti, kewibawaan dan imej negara ini,” katanya.

Menurut Ketua AMK cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri beliau berharap dengan perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, institusi itu dapat mmebersihkaan semula imej dan integritinya sepertimana yang dijanjikan.

“Kalau benar Datuk Abu Kassim ingin mengembalikan semula maruah, imej dan intergirti SPRM kita nak dia siasat penyelewengan ini. Kita nak beliau buktikan beliau benar-benar komited dengan janji beliau untuk membersihkan imej SPRM,” katanya.


freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails