Monday, January 25, 2010

Aduka Taruna : Menteri pun dah buat ulasan.

Kalau kelmarin Ketua Polis, hari ini Menteri pulak mengulas pasal Blog Aduka Taruna ni..


Rais sedang menunjukkan Tai Chi

SKMM akan siasat penulis blog hina Raja Melayu: Rais

BANGI: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.
Rais yang memandang serius perkara itu berkata, beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

"Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

"Kita mahu rakyat menghargai mereka yang telah memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas ketua negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang diPertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan terhadap seorang penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Rais berharap masyarakat tidak akan meneruskan budaya yang tidak bertamadun itu yang bertentangan dengan cara hidup dan undang-undang di negara ini.

"Kita ada banyak hal yang perlu dilakukan, apalah untungnya mengeji seseorang yang baru sahaja meninggal dunia.

"Sejarah banyak meninggalkan kesan, negara Rom juga banyak meninggalkan sejarah pahit dan hitam. Mereka (rakyat) tidak mencela dan menjadikan itu sebagai bahan perbandingan.

"Jadi, saya harap walau macam mana cerdik pun, gunakan kecerdikan itu untuk membina masyarakat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Rais berkata kementerian akan memperuntukkan sebanyak kira-kira RM100,000 sebagai bantuan kepada pelajar UKM yang membuat kajian secara komprehensif mengenai sumbangan tokoh tersohor, Abdul Malik Karim Amarullah atau lebih dikenali sebagai Hamka.

Rais berkata, Hamka adalah seorang yang unik di Indonesia dan Malaysia serta seorang tokoh yang telah banyak menyumbang kepada perpaduan di antara kedua-dua buah negara itu.

"Oleh kerana saya sendiri mempunyai hubungan rapat dengan Allayharham sebelum beliau meninggal dunia, maka sumbangan beliau perlu dilihat dari segi pembudayaan bahasa yang menjadikan bahasa Melayu dan Indonesia sebagai bahasa penghubung masyarakat dan bahasa ilmu," katanya.

Hamka ialah seorang ulama dan intelektual Muslim berasal Minangkabau, Indonesia, yang pengaruhnya melampaui sempadan Indonesia dan di seluruh Tanah Melayu.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails