Tuesday, January 26, 2010

Aduka Taruna : Kerajaan tak akan bertindak.. habis tu reman buat apa?

Gembiranya sahabat-sahabat aku bila membaca berita ini hinggakan ada yang dah berterima kasih.. Tapi cuba baca betul-betul petikan dari kedua-dua berita ini..

Rais: Tiada tindakan jika Aduka mohon maaf

Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Bernama


Gambar dari Pinkturtle

Penulis blog hina Almarhum Sultan Johor direman 4 hari

Mahkamah Majistret Kota Bharu memerintahkan penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

Penulis blog itu yang dikenali sebagai Aduka Taruna (berbaju perang), menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang semalam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Malaysiakini.


Kata Rais Yatim, Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka.

Maksudnya mungkin Kerajaan tidak akan bertindak tetapi Badan Perundangan yang bebas dari pengaruh kerajaan akan tetap bertindak seperti biasa bagi menegakkan perundangan Negara.

Oleh sebab itu maka Aduka Taruna perlu direman bagi membantu siasatan dan tetap menghadapi dakwaan seperti biasa..

Mungkin juga Rais Yatim bermaksud kerajaan tidak akan bertindak mempengaruhi Mahkamah dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tetap akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun.

Mmm… itu yang aku faham la.. tapi kalau tiada tindakan undang-undang diambil cukup sekadar meminta maaf.. ALHAMDULILLAH!!.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails