Wednesday, January 20, 2010

Aduan kepada polis, satu jenayah?

JOHOR BAHRU: Kes ahli sekretariat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor Bahru, Cheng Lee Whee yang berusaha mempertahankan hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT) telah ditangguhkan pada 25 Januari ini.

Beliau yang membuat laporan polis mengenai hal ini sebaliknya telah didakwa di bawah Seksyen 182, Kanun Keseksaan.

“Penangguhan tersebut adalah hasil tindakan penghantaran petisyen oleh 35 pertubuhan dan parti kepada Peguam Negara di Putrajaya pada 24 November lalu, menuntut supaya pendakwaan terhadap Cheng digugurkan,” kata Suaram dalam satu kenyataannya semalam.


Kata kenyataan itu, “sebanyak 35 pertubuhan dan lebih kurang 500 individu telah mengabsah (endorse) petisyen tersebut.”

Selain itu, kata kenyataan Suaram, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengadakan satu sidang akhbar di parlimen pada 10 Disember lalu mengutuk tindak pendakwa raya mendakwa Cheng. Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj juga membangkitkan isu ini dalam parlimen pada 14 Disember.

Dalam surat kepada Suaram bertarikh 11 Januari lalu, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Mohamad Hanafiah Zakaria, yang mewakili Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menyatakan Peguam Negara bersetuju mengugurkan dakwaan terhadap Cheng.

“Namun demikian, Cheng dan peguamnya, Hassan Karim masih belum menerima surat rasmi daripada pihak mahkamah yang mengesahkan pengguguran dakwaan ke atas Cheng,” terang kenyataan itu.

freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails