Sunday, January 24, 2010

25 Laporan Polis telah dibuat terhadap AdukaTaruna.

AdukaTaruna telah memohon maaf secara terbuka kerana telah menyiarkan tulisan yang dikatakan telah menghina Almarhum Sultan Johor namun nampaknya tindakannya itu sukar untuk diterima oleh sebilangan Rakyat Malaysia terutamanya Rakyat Johor.

AdukaTaruna didalam blognya telah memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjurannya itu . Beliau juga telah berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Beliau juga telah menarik semula artikel yang disifatkannya sendiri sebagai di luar norma kemanusiaan itu dari blognya sebagai tanda mengakui kesalahannya.

Tulisannya yang bertajuk ‘Dah mampos buat cara mampos la’ itu telah menjadikan blog beliau mendapat rating yang cukup tinggi sejak 3 hari lalu.

Dalam artikelnya beliau telah menulis “Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”

Walaupun beliau telah memohon maaf secara terbuka namun masih ramai yang tidak dapat memaafkan tulisan beliau yang dikatakan mereka mengguris hati dan perasaan mereka.



Utusan Online telah menyiarkan berita mengenai kira-kira 500? ahli Pemuda UMNO Johor dan Belia 4B negeri mengadakan bantahan terhadap penulis blog "Aduka Taruna" yang mengutuk dan menulis kata-kata kesat terhadap Almarhum Sultan Iskandar Ismail selepas kemangkatan baginda, di hadapan Istana Besar, Johor Bahru 24 Januari.

Memorandum bantahan serta laporan polis telah dibuat dan kes ini diserahkan kepada pihak polis serta suruhanjaya komunikasi dan multimedia untuk menjalankan siasatan.

Dan difahamkan sehingga kini 25 laporan polis telah dibuat terhadap AdukaTaruna. Dan salinan tulisannya itu juga dikatakan akan dihantar kepejabat Istana Johor.


Salinan laporan polis oleh X-PKR

Dan sebentar tadi Buliten Utama TV3 juga telah memberikan liputan tentang bantahan yang dibuat oleh kira-kira beberapa orang yang mendakwa dari Pemuda UMNO Johor berkenaan tulisan AdukaTaruna itu.

Bernama telah melaporkan

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU, 24 Jan -Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

Selain dari itu di laman facebook satu kumpulan ‘Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor’ juga telah diujudkan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails