Thursday, December 31, 2009

Cis!! Ku sangka hanya GULA.. rupanya ROTI pun naik harga..

Raikan sambutan tahun baru 2010 anda dengan kenaikan harga barangan asas.

Berkuatkuasa 1 Januari depan, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram bermula esok. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.

Mengulas perkara ini, Setiasaha Agung FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata kerajaan seharusnya prihatin kepada tekanan kos kehidupan rakyat hari ini.

Beliau menambah kebajikan rakyat harus didahulukan dalam suasana kemelut ekonomi yang belum menamppakan sebarang tanda-tanda pemulihan.

“Kami tidak begitu selesa dengan kenaikan harga roti pada tahun baru ini kerana masih banyak usaha-usaha kerajaan tidak dilaksanakan lagi untuk mengurangkan beban kos beban rakyat. Dalam keadaan ini kerajaan harus fikir semula sebarang penarikan balik subsidi-subsidi kepada barangan pengguna supaya ini tidak menjadi satu beban kepada rakyat," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata PKR mengecam kenaikan harga barangan asas ini yang disifatkan sebagai hadiah tahun baru Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada rakyat termiskin.

"Ini saya lihat sebagai suatu hadiah dato najib sebagai Perdana Menteri yang juga yang memimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Tentunya ini bukan yang menyenangkan rakyat dan sudah pasti memberi beban dan ini sudah tentu bercanggah dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'," katanya.


TVSelangor

Gula : Tahun Baru, harga Baru.. naik dua kupang saja..

Setelah hampir satu tahun membuat kajian tentang kesan kenaikkan harga gula hari ini kesimpulan dari hasil kajian telah diumumkan..

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak
. - Sumber


Mungkin mereka membuat kajian tentang kesan kenaikkan harga gula itu didalam gua jadi mereka tidak menyedari akan implikasi tentang kenaikkan harga gula itu.

Bila berlaku kenaikan harga pada sesuatu bahan makanan ianya akan menghasilkan kesan berantai dalam kenaikan harga barang makanan yang lain.

Jika kerajaan benar-benar mendahulukan rakyat maka perkara mengenai cadangan menaikkan harga gula ini perlu dikaji dengan mendalam dengan mengira denyut nadi rakyat.

Sekarang pun rakyat sedang berhadapan dengan keperitan hidup akibat kenaikan harga barang makanan. Lima tahun dulu harga sebungkus biskut kering hanya antara RM1.80 hingga RM2.20 tetapi sekarang kita lihat harganya sudah menjadi RM3.80 hingga RM4.00 ?

Bukan itu saja, harga minuman, harga roti, biskut dan macam-macam lagi makanan yang berasaskan gula juga akan naik. Harga sebiji kuih yang dijual di warung tepi jalan juga kemungkinan akan naik menjadi RM0.50 sebiji berbanding RM0.30 sekarang.

Kita juga jangan terkejut bahawa kemungkinan harga sayur dan ikan juga akan naik. Alasannya mudah, nelayan dan petani terpaksa menanggung kos sara hidup yang meningkat akibat daripada kenaikan harga gula.

2009 Akan berlalu, dan kita semakin KEJAM!

Tirai 2009 akan berlabuh dan 2010 akan muncul, munculnya ia menandakan bahawa usia kita semakin meningkat dan perjalanan hidup kita semakin pendek.

Dalam meredah perjalanan kehidupan disepanjang tahun 2009, banyak kisah-kisah yang telah berlaku disekeliling kita, ada yang kita ambil kisah dan ada juga yang kita buat tak kisah.

Malahan ada banyak kisah-kisah yang menggambarkan kepada dunia yang kita ini semakin Kejam! Nilai kemanusiaan dalam diri kita juga semakin menghilang…

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyifatkan sikap segelintir rakyat negera ini yang seperti ingin kembali semula ke zaman jahiliah apabila sanggup membuang bayi mereka dilahirkan. Katanya, kejadian itu berlaku disebabkan mereka kini lebih memberi keutamaan terhadap masalah berkaitan kemasyarakatan, pembangunan serta ekonomi sehingga lupa isu moral serta akhlak Islam.



Mari kita lihat berapa ramaikah bayi-bayi yang tidak berdosa dicampak begitu saja oleh ibu bapa mereka dikala mereka masih belum mengenal erti sebuah kehidupan. Ini yang dilaporkan oleh berita.

28/12/2009 - Buang janin bagai sampah
KUALA LUMPUR: Masih ada manusia yang tidak berhati perut apabila tergamak mencampakkan janin yang bertali pusat bersama sampah sebelum ia ditemui di atas lantai konkrit berhampiran Sungai Klang, Jalan Jelatek Datuk Keramat, dekat sini, semalam.

02/07/2009 - Bayi lelaki di pintu bilik air wanita
MERSING: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam sebuah beg kecil yang diletakkan di pintu masuk bilik air wanita Masjid Jamek Bandar Mersing, di sini, kelmarin. Bayi dengan tali pusat yang masih berdarah itu, ditemui beberapa guru wanita kira-kira jam 4.50 petang ketika hendak menunaikan solat Asar selepas mereka terdengar suara tangisan bayi di situ.

20/06/2009 - Buang bayi dalam plastik
KUALA TERENGGANU: Seorang bayi yang dipercayai baru dua jam dilahirkan terselamat dari dibaham haiwan liar apabila ditemui seorang remaja perempuan, kelmarin. Bayi perempuan yang masih bertali pusat diletakkan dalam plastik ditemui remaja berusia 16 tahun di depan pagar rumahnya di Kampung Baru, Seberang Takir, jam 9.30 pagi semalam.

19/06/2009 - Bayi ditinggal dengan RM1
SUBANG JAYA: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di depan sebuah rumah di Jalan USJ2/USJ4 di sini, bersama-sama bekalan susu sepasang baju, lampin pakai buang dan wang RM1, pagi semalam. Kejadian itu disedari anak pemilik rumah berkenaan selepas melihat satu beg berwarna oren bergerak-gerak di depan rumahnya dan sebaik diperiksa ditemui seorang bayi di dalamnya.

30/05/2009 - Pelajar buang bayi serah diri
KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah agama di sini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes membuang bayi di halaman sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, kelmarin. Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

22/03/2009 - Jumpa bayi di tempat pembuangan sampah
MERSING: Kemeriahan penduduk Pantai Air Papan, di sini, mengadakan sambutan Maulidur Rasul terganggu apabila satu keluarga yang baru tiba di pantai peranginan dan pusat perkelahan itu untuk menghabiskan cuti hujung minggu, menemui seorang bayi lelaki baru lahir, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, keluarga itu yang datang dari Simpang Renggam untuk berkelah di situ ternampak benda bergerak di kawasan pembuangan sampah dan memeriksanya.

19/02/2009 - Bahana buang anak sendiri
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Zainal Azman Abdul Aziz memerintahkan Unah Suma, 28, dari Jawa Barat menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 7 Jun 2007.

17/02/2009 - Bersalin dalam tandas takut majikan marah
KANGAR: "Saya takut kakak (majikan) marah saya kerana mengandung, sebab itu saya beranak senyap-senyap dalam tandas," kata Yanti, 22, pembantu rumah warga Indonesia yang menyorok bayinya dalam laci almari di rumah majikannya yang juga seorang pegawai kanan polis, di sini. Bagi Yanti, dia tidak mempunyai pilihan lain dan hanya itu jalan dapat difikirkannya ketika itu, apatah lagi teman lelakinya yang juga bapa kepada anaknya itu kini tiada di negara ini kerana sudah pulang ke kampung di Jawa, Indonesia.

04/02/2009 - Bayi dibuang disangka anak kucing
NILAI: "Dari jauh, saya sangka benda yang bergerak-gerak dalam balutan tuala itu adalah anak kucing, tetapi apabila semakin dihampiri, saya terkejut apabila mendapati rupa-rupanya seorang bayi lelaki yang comel," kata suri rumah, Paridah Wahab, 38. Katanya, bayi berkulit sawo matang itu lengkap berpakaian serba biru daripada topi, sarung tangan, baju, seluar hinggalah kepada tuala yang membalutinya dan tidak menangis ketika ditemui di hujung kaki lima tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

04/02/2009 - Bayi atas lantai koridor
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan, kelmarin. Bayi berkulit sawo matang dan cukup sifat berkenaan ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.

24/01/2009 - Tentera dituduh buang anak dalam tong sampah
KUALA LUMPUR: Seorang tentera berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam atas tuduhan membuang anaknya dalam tong sampah di stesen LRT Setiawangsa, pada Isnin lalu. Nor Affendy Rahman, 33, yang kelihatan sedih di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman.

08/01/2009 - Buang anak belakang rumah teres
PETALING JAYA: Polis semalam menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini. Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.

Majoriti yang melakukannya ialah Bangsa aku sendiri iaitu Bangsa Melayu yang berugama Islam..

Kenapa kita semakin
KEJAM???

Lagi gambar-gambar lihat di sini.

Semua ringkasan berita diperolehi dari News Archive NST

Surat terbuka dari Husam kepada Mahathir.

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425 jutal

b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360 jutal

c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380 juta

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,
4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and
8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 bilion menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa

Sumber

Tragedi Memali : Fakta salah dipamer di muzium PDRM

"Baru sahaja 19 November lalu kita sama sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali,Baling Kedah.Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.




Selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan,akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali.

Apapun sekurang kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.Kalau lah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah.

Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu,dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah,pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu.


Fakta bohong dan fitnah Tragedi Memali yang di paparkan pada skrin di
bilik pameran Muzium PDRM

Sebenarnya pagi tadi saya baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam,Masjid Negara dan Pusat Islam.Saya pernah pergi ke sana beberapa kali sebelum ini.

Ada sesuatu yang memaksa saya untuk memberi ceramah pendek kepada beberapa orang pegawai polis yang bertugas di muzium tersebut.

Ketika saya berada di ruang 'C' bilik pameran terakhir yang saya lawati di muzium PDRM itu,saya sempat mengutip beberapa kisah tragedi keganasan yang pernah berlaku di negara ini yang turut mengorbankan pihak keselamatan melalui skrin touch yang disediakan pihak muzium.

Antara tragedi yang dipaparkan ialah Tragedi 13 Mei,Bukit Kepung dan lain lain yang tak sempat saya ingat.Tetapi yang pastinya saya tak pernah lupa ialah 'Tragedi Memali'.Bila jari saya menyentuh saja skrin tersebut terpaparlah catatan seperti di dalam gambar.

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....". (Lihat gambar di atas)

Menyirap darah saya.Tak reti bahasa ke?Saya terus mengakhiri lawatan saya dan bergegas ke kaunter penerangan.Tiga pegawai polis bertugas tersenyum."Kalau ada apa apa komen Encik boleh tulis",kata salah seorang dari mereka.Saya tak buang masa lagi,"Ya semua Ok! tapi satu yang saya tak puas hati.Nampaknya polis masih nak menipu dengan Tragedi Memali",saya terus lepaskan peluru pertama tepat di batang hidung pegawai tersebut.

Mereka terpinga pinga."Kenapa Encik,kamipun nak tau apa komen Encik,boleh tulis dalam buku ini".Saya pun meneruskan ceramah pendek tentang tragedi Memali kepada pegawai polis berkenaan.

Nampaknya mereka seakan akan buta maklumat atau saja saja buat buta."Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah?Apa jenayah dia buat.Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam.Sultan Kedah pun ziarah kubur dia.Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?".

Pegawai-pegawai polis itu tidak membantah apa yang saya cakap dan berjanji memaklumkan kepada pihak atasan.Saya tak pedulipun dengan janji mereka.saya terus mencatatkan komen saya di dalam buku catatan pelawat,menulis nama dan telefon,kalau kalau mereka teringin nak menelefon.

Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS ,tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah.Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu.Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.

Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata.Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.

(http://tukulbesi.blogspot.com )


Video clip TRAGEDI MEMALI..

Wednesday, December 30, 2009

Jangan berfikir mengikut Acuan PENJAJAH!

Isu kepulangan Chin Peng telah mendapat liputan yang meluas di kalangan berbagai lapisan masyarakat negara kita.

Satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah pemikiran generasi sekarang sudah maju, sudah mulai melangkah keluar dari kepompong sempit penjajahan walaupun catatan sejarah yang ada pada hari ini diolah mengikut kaca mata penjajah.


Tulisan yang berjudul CHIN PENG: IKON KEBENCIAN YANG DIREKA yang ditulis oleh Puspawati yang disiarkan Merdeka Review mencerminkan minda yang bebas bagi mereka yang benar-benar ingin meneroka sejarah tanah air tanpa mengikut acuan mana-mana pihak.

Malangnya, tulisan itu mendapat ulasan negative oleh seorang ahli Parlimen, Zulkifli Nordin yang disiarkan dalam blognya dan juga di Merdeka Review dengan tajuk CHIN PENG: KOMUNIS ATAU TERORIS?

Dalam tulisannya bertajuk CHIN PENG: KOMUNIS ATAU TERORIS? Zulkifli menyatakan: “Chin Peng dan konco-konconya mahu memerintah negara, mereka mahu mengambil alih kerajaan dengan cara bersenjata, cara terorisme dan keganasan. Mereka mahu paksa rakyat menerima ideologi dan cara pemerintahan kukubesi mereka. Tidak ada beza antara Chin Peng dan Hitler, Mussolini dan mereka yang sewaktu dengannya. “

Daripada tulisan ini jelas menunjukkan pemikiran Zulkifli Nordin masih terkongkong dibawah tempurung sempit penjajahan. Inilah pemikiran UMNO walaupun beliau berada dalam Parti KeAdilan Rakyat. Sukar untuk membuat kesimpulan sama ada beliau sengaja mahu menghalang kebebasan berfikir generasi sekarang atau benar-benar tidak mengetahui latar belakang sejarah perjuangan kemerdekan tanah air.

Dalam perjuangan kemerdekaan negara kita hanya ada 2 golongan sahaja – satu golongan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan dan satu lagi golongan kanan yang menyokong kerajaan penjajah.

PKM adalah salah satu kekuatan dari golongan kiri, dan golongan ini pernah membentuk PUTERA-AMCJA – wadah perjuangan terbesar dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Parti politik yang pertama ditubuhkan dalam sejarah tanah air kita ialah PKM 1930 dan KMM pada tahun 1937. Manakala golongan kanan pula pada umumnya terdiri dari golongan atasan dan pertengahan Melayu. Golongan inilah yang sehidup semati dengan kaum penjajah. Mereka inilah yang membentuk UMNO pada tahun 1946.


Saya kira Zulkifli Nordin juga tidak faham mengapa perang berlangsung antara 1957 – 1989 apabila dia menyebut “Kita sudah merdeka tahun 1957, dan keganasan yang dilakukan oleh Chin Peng adalah pada tahun 1960an sehingga 1980an.“

PKM melancarkan perang ke atas kekuasaan penjajah British untuk kemerdekaan tanah air setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat dan mengharamkan semua pertubuhan kiri. Ini suatu fakta yang terang. Akan tetapi kerana minda yang hanya berputar di dalam tempurung sempit penjajah, perang untuk kemerdekaan ini telah dilihat sebagai perang keganasan untuk menegakkan ideologi komunis.

Sama ada nasionalis, sosialis, agama atau komunis yang akan mengisi corak kemerdekaan itu masih harus ditentukan oleh rakyat semua kaum negara kita melalui proses demokratik. Dalam manifestonya yang dikeluarkan 1 Sepetember 1957, Jawatankuasa Pusat PKM telah menegaskan bahawa:

“Parti Komunis Malaya tidak mahu menyembunyikan kepercayaan dalam cita-cita komunizem, akan tetapi kami sentiasa berpendapat bahawa tugas Malaya dewasa ini bukanlah melaksanakan komunizem dan sosializem, malahan adalah mewujudkan kemerdekaan bangsa, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran.”

Dr. Burhanuddin dalam ucapannya juga menyatakan bahawa: “Tegasnya lagi, adalah satu impian saja untuk seseorang sosialis mengharapkan bahawa sosialiszem yang menjadi ideologinya itu boleh ditubuhkan dan ditegakkan dalam satu negara yang belum merdeka dan berdaulat dalam politik dan ekonominya"…."Pendeknya, sosializem tidak dapat ditubuhkan dalam taman yang masih semak samun dalam belukar-belukar penjajahan.”

Dari sini jelaslah bahawa, perjuangan tahap itu adalah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, bukan perjuangan untuk menegakkan ideologi.

Akan tetapi mengapa perang masih berlangsung selepas merdeka? Fakta-fakta menunjukkan bahawa PKM berusaha memberhentikan perang melalui perundingan dengan kerajaan Perseketuan Tanah Melayu dan kemudian Kerajaan Perikatan dan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional.

Akan tetapi, hasrat PKM itu tak pernah dilayan dengan adil oleh pihak kerajaan. Sehingga tahun 1989, di era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohd, barulah kedua-dua pihak duduk semeja merundingkan perdamaian dan kemuncaknya berlakulah penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Hadyai pada tahun 1989.


Manifesto 1 September, PKM secara terang-terang menyebut: “Harus dijelaskan, bahawa dewasa ini menamatkan peperangan, menamatkan darurat dan mewujudkan keamanan dalam negeri adalah tugas yang paling mendesak bagi rakyat segala bangsa di seluruh negeri ini. Jika peperangan ini tidak ditamatkan dan darurat tidak diakhiri, maka rakyat dari segala bangsa di negeri kita ini tidak akan mungkin dapt hidup bersama dalam damai, dan negara kita akan terus menderita bencana penjajahan, dan cita-cita suci untuk pembangunan ibu pertiwi kita pun akan menjadi hampa layang.”

Zulkifli Nordin menulis berkenaan masalah apa yang disifatkannya sebagai keganasan Chin Peng dengan berkata:

“Tetapi di bawah sana, mayat rakyat pelbagai kaum bergelimpangan dibunuh kejam oleh pengganas teroris pimpinan Chin Peng. Saya melihat sendiri mayat Ketua Polis Perak dan pemandunya, kedua-duanya berbangsa Cina, yang dibunuh kejam di persimpangan Anderson School & Fairpark pada tahun 1970an.”


Perang sifatnya bunuh membunuh. TPNM membunuh kekuatan penjajah manakala penjajah pula membunuh kekuatan TPNM, termasuk orang ramai yang menyokong revolusi bahkan sebahagiannya hanyalah dicap sahaja.

Kalau nak bandingkan, kekuatan PKM lah yang paling menderita pembunuhan atau kekejaman perang kerana Kerajaan British menguasai tentera, polis, mahkamah dan disokong oleh golongan pertengahan Melayu.

Lagi pula penjajah British mendatangkan angkatan tentera yang amat besar dari negara-negara tanah jajahannya ke Malaya untuk memerangi PKM. Cuba fikirkan jumlah angkatan bersenjata British 400 ribu lebih yang didatangkan ke Malaya adalah satu angka yang besar jika dibandingkan dengan penduduk negara kita yang ketika itu hanya berjumlah 5 juta jiwa sahaja.

Selain itu penjajah British mempunyai perlengkapan militer yang begitu canggih, bom yang begitu besar manakala PKM hanyalah senjata kuno sahaja.


Mengapa Zulkifli tak menyebut Manap Jepun, Mat Indera, Nordin dan ramai lagi yang digantung mati oleh penjajah British. Dan tahukan YB bahawa sebelum dibawa ke tiang gantung, mereka ini sudah menghadapi berbagai jenis siksaan yang diluar batas peri kemanusiaan, seperti dicabut kuku, dicharge dengan elektrik dan macam-macam.

Tan Sri Rahim Noor walaupun pernah terlibat langsung dalam "perang menentang komunis", namun masih boleh berfikir secara objektif. Kata-kata yang dituturkan beliau yang disiarkan Malaysiakini adalah fikiran yang rasional dan cara memecahkan masalah secara tepat.

“Bagi saya, perjuangan bersenjata, baik besar-besaran mahupun kecil-kecilan, semua ada sebab musababnya. Kalau tidak itu bukan pemberontakan.” … “Kalau anda kata pihak tentera, polis dan rakyat awam telah amat teraniaya. Sila juga tanya pihak PKM. Mereka tentu berkata: macam mana pula dengan saya dan pihak saya?”

Kesimpulan saya ialah Zulkifli Nordin masih berfikir dalam acuan penjajah dan cuba menyekat minda yang bebas supaya masuk semula ke dalam tempurung sempit bersamanya.

Berdirilah dipuncak tinggi, bukalah minda seluas-luasnya !


Kini Dan Silam

Alfatihah! buat Allahyarham Gus Dur..

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia jam 6.45 petang (waktu Indonesia Barat) dilaporkan akibat mengalami komplikasi angin ahmar, kencing manis dan jantung yang dihadapinya.

Laman berita Detik.com melaporkan, bekas Presiden keempat Indonesia berusia 69 tahun itu meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), di sini dan menerima rawatan sejak 26 Disember lalu.

"Dengan ini kami beritahukan bahawa Gus Dur telah meninggal dunia pada Rabu, 30 Disember jam 18.45 (6.45 petang)," kata Dr Jusuf Misbach, Pasukan Doktor Perubatan Presiden di RSCM, Jakarta Pusat.

Jusuf berkata Gus Dur dirawat sejak 26 Disember lalu dan keadaannya menunjukkan stabil.

"Namun pada hari ini, jam 11.30 pagi, kondisinya kembali buruk dengan komplikasi penyakit angin ahmar, diabetes dan jantung dan jam 6.15 petang kondisinya kritikal.

"Tepat jam 18.45 (6.45 petang) beliau meninggal," katanya.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid kemudian turut mengesahkan Abdurrahman sudah meninggal dunia.

"Saya mendapat khabar beliau meninggal jam 6.45 petang," kata Gus Sholah.


Al Fatihah..




Sumber berita


Solatullah - Al Mizan

Lama dah aku cari clip lagu nasyid ni..

Dengarkanlah dari Al Mizan.. Solatullah

Banyaknya X-Files UMNO yang terburai..

BANYAK perkara misteri dan pembaziran wang rakyat telah berlaku dalam Negara Malaysia pimpinan BN.

Bermula jambatan bengkok tidak siap, dibayar percuma dari wang rakyat RM300 juta kepada kontraktor 'for nothing'. Bukankah elok RM300 juta itu diperuntukan membuat perumahan rakyat yang memerlukan? Perkara penting pembaziran wang rakyat ini tidak pun disiasat oleh SPRM.

Sepatutnya tugas SPRM menyiasat kepada Dr. Mahathir kenapa bina jambatan bengkok itu? Abdullah Ahmad Badawi juga patut disiasat kenapa hentikan pembinaan jambatan bengkok itu? Patutkah SPRM berfikir kedua-dua Mantan Perdana Menteri itu tidak bersalah dalam tindakan mereka?.

Dalam hal ini dari dua orang, mesti ada salah seorang yang bersalah? Takkanlah kedua-duanya tidak bersalah. Jadi, apa tugas SPRM? Mungkin SPRM menjalankan tugas cuma mencari kesalahan YB-YB Pakatan Rakyat sahaja?

Yang paling jenaka di abad ini, seorang peguam biasa yang nama glamournya dikenali sebagai ‘correct, correct, correct' boleh menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Suruhanjaya Penyiasatan Awam sudah pun dilantik.


Hasil siasatan Suruhanjaya mengakui 'memang betul' seperti rakaman telefon bimbit itu apa yang diceritakan. Kenapa perkara ini senyap sahaja? Di mana sudah peranan SPRM dalam melaksanakan keputusan Suruhanjaya Penyiasatan Awam itu?

Kematian misteri Altantuya, Razak Baginda penganalisis politik Dato’ Seri Najib Tun Razak dan dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Najib telah dibicarakan. Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri.


Timbul soalan, kenapa pihak Pendakwa Raya tidak membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan yang Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri? Di sini timbul berbagai teka-teki seolah-olah Razak Baginda sengaja mahu dilindungi?

Dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib didapati bersalah kerana membunuh Altantuya, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Timbul soalan, apa motif dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib itu membunuh Altantuya?

Kematian misteri Teoh Beng Hock. Mendiang bukan terbunuh hanya sebagai saksi SPRM membunuh diri, masukkah di akal seorang saksi membunuh diri di bangunan SPRM? Teoh yang akan berkahwin dan akan menikmati bulan madunya tidak lama lagi mahu membunuh diri?

Pegawai-pegawai Tabung Haji dituduh rasuah ratusan juta RM, Presiden MCA ditubuh rasuah RM10 juta, tidak pun mereka ambil langkah membunuh diri, tapi Teoh sebagai saksi pula membunuh diri sendiri. Sungguh misteri cerita ini.

Satu lagi cerita misteri yang sungguh memalukan Malaysia di mata dunia. Kecurian dua enjin jet dicuri di tempat yang ketat sekuritinya dalam kawalan tentera Malaysia. Rakyat Malaysia tidak tahu mungkin banyak lagi harta Malaysia sudah dicuri? Mungkin bukan dua enjin jet sahaja yang dicuri, tapi ia mungkin tidak dilaporkan kepada umum?

Kita rasa ragu-ragu penghantaran minyak mentah kita keluar negara selamat dari dicuri atau tidak? Ia juga ada cara boleh dicuri kalau mahu mencuri? Jadi, Kerajaan UMNO/BN memang tidak selamat menjaga wang rakyat, harta Kerajaan.

Zahid Hamidi juga mungkin kurang selamat jawatannya kerana berani membongkar kecurian dua enjin jet tentera semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Pertahanannya.


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

Himpunan Desak Zambry Letak Jawatan, satu pembohongan!

Beruk mana punya kerja pulak ni.. kalau bukan beruk mesti ahli PAS Bahagian mana-mana tah punya kerja ni..


Kenyataan Media : Penafian Himpunan Desak Zambry Letak Jawatan Bohong

Berhubung dengan sebaran sms dan khabar angin yang mengatakan Pakatan Rakyat akan mengajurkan satu himpunan mendesak MB Kudeta, DR. Zambry Abd Kadir supaya meletakkan jawatan pada 31hb Disember(esok),dengan ini saya suka mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan. Suka ditegaskan disini bahawa prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak.

2. Saya juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan sms dan berita yang tidak berasas langsung itu.

3. Saya juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan yang terperinci mengenai siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan berita yang saya anggap satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat Perak.

4. Selain itu, saya suka memberi ingatan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan mempercayai dan mengabaikan maklumat bohong itu. Juga saya menegaskan semua penyokong Pakatan Rakyat sentiasa berhati-hati dengan provokasi dan fitnah yang berterusan dari musuh-musuh Pakatan.

5. Seterusnya saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai kepada sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan Rakyat.

Kenyataan
13 Muharram 1431H/30hb Disember, 2009
DRS. Khalil Idham Lim
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat, Perak.

Sumber

Zambry dihalang memasuki US, kerana tersenarai sebagai pengganas?

Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.

Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.

Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.

Berita dipetik oleh Kelab Greenboc

Tuesday, December 29, 2009

Tun Mahathir! Bila bercakap tentang MiG, Skyhawk di Nevada jangan dilupa..

Pada 28 Dis, melalui blognya Tun Mahathir telah mempertikaikan kewajaran Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib yang telah bercadang untuk menamatkan perkhidmatan Jet Pejuang MiG-29 yang ada dalam perkhidmatan TUDM sekarang.

Katanya masih banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini.

Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

Tambahnya lagi "Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

Dalam mempertikaikan kewajaran Kerajaan Najib menamatkan perkhidmatan MiG-29, Tun Mahathir telah terlupa tentang 40 buah Skyhawk yang telah ditinggalkan di Padang Pasir Nevada yang telah diperolehi semasa era pemerintahannya..

SKYHAWK dan TUDM



Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah.

Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.

Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans.

A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick.

6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40).

Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.

Tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bilamana jet yang dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan.

Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994.

Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia.

40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun.

Menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya.

Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM!

Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia.

Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan.

Menguntungkan kah?

Tidakkah membayar harga 80 buah pesawat Skyhawk A-4PTM tetapi hanya mendapat separuh atau memiliki 40 buah pesawat jauh lebih membazir dari menamatkan perkhidmatan MiG-29 dan menjualkan keseluruhan 16 buah dengan harga RM300 Juta?

Tidakkah dengan hilangnya hakmilik keatas 40 buah pesawat tersebut yang berharga RM8Juta sebuah itu kita juga telah hilang RM320 Juta? RM320 Juta wang rakyat yang membayar cukai?

RM320 Juta pada tahun 1982 adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan RM320 Juta sekarang.

Adakah menguntungkan jika kita membayar sebuah syarikat bagi menguruskan harta yang bukan milik kita setiap tahun?


Dan jika didalam proses jual beli MiG-29, Tun Mahathir mengatakan yang untung hanya kroni ,dalam proses jual beli dan menghilangkan hak milik Skyhawk ini pula siapa yang untung? Rakyatkah yang beruntung?

Nampaknya kini Mahathir mudah lupa dan bukannya Melayu mudah lupa..


Kenali Skyhawk kita


Spesifikasi A-4 Skyhawk PTM

Juruterbang : ...........Seorang dan 2 orang (versi TA-4PTM)
Enjin : .......................Wright J65-W-20
Panjang Sayap : .....8.38m
Panjang : ................12.6m
Tinggi: .....................4.57m
Kelajuan maksima: 1083 km/j
Had penerbangan: 12,192m
Persenjataan: .........Meriam ringan kaliber 20mm, boleh membawa pelbagai jenis bom,
..................................misil AIM-9 sidewinder udara ke udara dan AGM-65 Maverick udara ke darat


Rujukan sini, sini dan juga sini

Najib : Tak payah siasatla RM100 Billion tu...

Sila baca betul-betul berita ini, apa sebenarnya maksud Najib pada ayat yang aku merahkan tu..

KOTA KINABALU, Dis 29Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata suruhanjaya diraja tidak perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

“Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja... tetapi dalam hal ini, tak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.

Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar.

“Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-14 di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ditanya cadangan penubuhan suruhanjaya itu yang dibuat oleh penasihat DAP Lim Kit Siang bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Buku “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” tulisan Barry Wain baru-baru ini menghangatkan polemik dengan dua personaliti, Dr Mahathir dan Lim masing-masing berbalas kenyataan menerusi blog masing-masing hari ini.

Dr Mahathir mahu kerajaan memberi kerjasama dengan menubuhkan suruhanjaya diraja dengan membuka “semua buku” yang berkaitan.

“Saya mempunyai hak untuk membersihkan nama saya. Tun Abdullah (Ahmad Badawi) juga mempunyai hak untuk membersihkan nama beliau. Kerajaan seharusnya bekerjasama dan membuka semua buku (dokumen).

“Tidak harus ada sebarang langkah menutup (kes). Kerajaan telah menyatakan komitmen untuk amalkan ketelusan. Ia harus bertindak untuk menunaikan janji-janjinya,” kata bekas presiden Umno itu dalam tulisan blognya.

Dr Mahathir menafikan jumlah kerugian akibat kes-kes yang disenaraikan oleh Wain dalam bukunya boleh mencecah RM100 bilion.

“Kesemuanya sekali, saya ingat jumlah kerugian jika dijumlahkan kemungkinan mencecah RM10 bilion. Jika kita rugi RM100 bilion, kerajaan sudah tentu berada dalam masalah yang teruk. seterusnya baca di sini.

Apa maksud yang tersirat Najib bila berkata macam ni “Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan.

Maksudnya , kalau hari ini kita menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat pembaziran atau penyelewengan yang telah dilakukan pada era Mahathir tu, nanti pada masa depan akan ada pula suruhanjaya diraja yang akan ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan di era Najib pula..

Jadi bila tiada suruhunjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan atau pembaziran oleh Mahathir itu, Najib mengharapkan dimasa hadapan jika UMNO/BN masih memerintah tiada jugalah ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat penyelewengan atau pembaziran yang dilakukan oleh beliau sekarang.

Tiada suruhanjaya diraja bagi menyisat kes Altantuya dan tiada juga suruhanjaya diraja bagi menyiasat komisyen KD Altantuya

Jauhnya pandangan Najib ni ya.. Bijak.. Bijak..

PAS suatu masa dulu digelar Parti Asri Sekeluarga!


Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah. Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera. PM seakan terpisah dari realiti. Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari. Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri. Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam

urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr. Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.


Sambung baca di sini

Kaji semula cukai Kad Kredit!

Eh!! Prihatin la pulak mamat ni..

Kalau dari dulu bercakap macam ni, kan dah boleh bina Disneyland depan rumah..

Kaji Semula Cukai Kad Kredit

1. Pengumuman Kerajaan tidak akan mengkaji semula cukai kad kredit menunjukkan maklumat yang disampaikan kepada kabinet tidak mencerminkan realiti rakyat.

2. Dalam Bajet 2010, Kerajaan mengumumkan cukai ke atas setiap kad kredit. Satu kad kredit utama dikenakan bayaran RM 50. Manakala bagi kad kredit tambahan ialah RM 25 untuk satu kad.

3. Saya percaya majoriti pemegang kad kredit mempunyai 2-3 kad kredit. Ini bermakna mereka perlu membayar antara RM 100 - 150 setahun. Kadar ini mungkin kecil bagi sesetengah orang yang bergaji berpuluh ribu. Tapi bagi golongan berpendapatan sederhana ia merupakan jumlah yang agak signifikan.

4. Ramai yang menggunakan kad kredit sebagai satu pilihan sewaktu kecemasan ketika menghadapi masalah aliran tunai. Bukan semua orang "makan gaji" dengan kerajaan yang setiap bulan gaji masuk dengan tepat tanpa sebarang masalah. Bagi peniaga kecil, kad kredit juga menjadi "galang ganti" jika lambat mendapat bayaran dari pihak lain.

5. Ramai juga yang memegang kad kredit kerana enggan membawa wang tunai dengan banyak. Ini merupakan satu langkah baik bagi mengelak kehilangan banyak wang jika diragut atau dirompak.

6. Mereka yang memiliki lebih dari satu kad kredit pula bukan sekadar suka-suka. Sebaliknya mempunyai dua hingga tiga kad kredit adalah jaminan bagi memastikan transaksi berjaya. Bayangkan jika kita membeli beberapa barang yang harga beratus ringgit, tiba-tiba kad kredit dari bank tertentu tidak dapat digunakan. Kita pula hanya ada satu kad tersebut sahaja.

7. Kebanyakan pemegang kad kredit tidak dapat melihat apa sebab yang rasional untuk mereka membayar cukai kad kredit. Bagi mereka kerajaan tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan bagi membolehkan ia mengutip cukai ke atas kad kredit.

8. Malahan tindakan mengenakan cukai RM 50 ke atas setiap kad kredit sangat bertentangan dengan usaha menjadikan masyarakat kita sebagai cashless society pada masa akan datang.

9. Justeru sempena tahun baru ini saya berharap kerajaan dapat mengkaji semula keputusan untuk mengutip cukai kad kredit.


Sambung baca di sini

Mig-29 : Penamatan perkhidmatannya menguntungkan siapa?

Ada pihak telah mengatakan Kerajaan Malaysia yang akan menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang MiG-29 telah meletakkan harga RM300 Juta sahaja untuk kesemua 16 buah pesawat termasuk segala lock, stock dan barrel bagi pesawat-pesawat tersebut.

Jauh lebih murah daripada apa yang boleh ditawarkan oleh pihak Soviet Union, yang mungkin akan menarik perhatian pihak berikut selain dari Iran, Iraq dan Korea Utara.

1. Sri Lanka yang berminat terhadap Mig-29 bagi menggantikan pesawat Kfir & F-7 Airguard mereka.
2. Sudan yang berminat untuk menambahkan Mig-29 yang mereka sedia ada.
3. Peru juga berminat untuk menambahkan Mig-29 yang mereka sedia ada.
4. Bangladesh juga berminat untuk menambahkan inventori Mig-29 mereka.
5. Myanmar sekarang mahu membeli 20 buah Mig dari Soviet.

Walaupun dengan tawaran harga yang rendah dan banyak negara yang berpotensi untuk menjadi pembeli, nampaknya Kerajaan Najib masih menghadapi masaalah..

Masaalah kerana tindakan mereka menamatkan perkhidmatan Mig-29 ini dikritik oleh Tun Mahadet sendiri..

Tun Mahadet yang mempertikaikan siapa yang untung dari penjualan MiG-29 itu...



PETALING JAYA: Benarkah tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang MiG-29 yang bernilai ratusan juta ringgit tahun depan dipengaruhi 'orang tengah' yang bakal mengaut keuntungan hasil jual beli pesawat berkenaan

Itu persoalan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mempertikaikan pelupusan jet-jet yang berusia tidak sampai 20 tahun terbabit sedangkan India dan Rusia masih menggunakannya dalam tempoh lebih lama.

Bekas Perdana Menteri itu hairan bagaimana kerajaan mahu menggantikan pesawat pejuang pemintas itu dengan yang baru dalam keadaan ekonomi negara masih tidak menentu sekarang.

"Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta ringgit) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan.

Ahmad Zahid memberitahu, penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi jet-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.

Antara pesawat yang menjadi pertimbangan untuk menggantikan skuadron itu ialah SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 dan mungkin juga F-15 Eagle.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya membaik pulih pesawat-pesawat berkenaan dengan menggunakan kepakaran Rusia dan India yang turut menggunakan pesawat pejuang yang sama jika tentera Udara Diaraja Malaysia (TUDM) tidak mempunyai kepakaran.

"Tak bolehkah kita baik pulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," tegasnya.

Kata beliau, banyak yang telah dibelanjakan untuk membeli dan menyelenggara jet-jet berkenaan, malah perbelanjaan akan bertambah jika kerajaan berhasrat membeli pesawat baru

"Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau lupuskan ratusan juta ringgit akan hilang," jelas beliau.

Beliau berkata, walaupun pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat (AS) kononnya tahan lebih lama seperti pembelian FA-18 tetapi sebaliknya pembelian dengan negara itu tidak menguntungkan pertahanan Malaysia.

AS, kata Dr. Mahathir, mengenakan syarat yang sangat ketat sehinggakan pesawat FA-18 itu hanya boleh digunakan untuk pameran semata-mata.

"Mereka tidak beri source code yang mana ini mengehadkan kegunaan FA-18 untuk pameran sahaja," ujar beliau.


Sumber berita dari sini.

Monday, December 28, 2009

Panduan kepada Umno yang nak menyamar PAS

Akhir-akhir ini, entah apa sial majalnya menjadi orang Umno, ramai sungguh orang Umno yang menyamar nak jadi orang PAS. Tak kisah. Dan, tak siapa boleh menghalang siapa-siapa pun nak jadi apa pun. Suka hati mak bapak hanglah!

Nasihat saya kepada orang yang nak menyamar ialah belajar dulu jargons puak yang anda hendak menyamar jadi mereka tu. Maksud jargon ialah "terminology which is especially defined in relationship to a specific activity, profession or group".

Barangkali yang dah lama hidup masih ingat perangai orang-orang Abim awal tahun lapan puluhan dulu. Saya keluar Abim pada 29 Mac 1982, iaitu tarikh Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk tong taik Umno. Sejak itu, saya susah percaya Anwar sampai la ni.

Bagaimanapun, ramai pemimpin dan orang Abim yang mengekoq Anwar terjun ke dalam tong taik Umno. Tak pa la tu. Siapa yang tak buat silap. Saya lagi banyak silap.

Kami pada masa tu nak tergelak sakan melihat orang-orang Abim itu nak membawa jargons Abim ke dalam Umno. Akhirnya, budaya Abim mereka tak larat bawak, budaya Umno yang mereka celupkan kepada diri mereka.

Bila hati mereka dah rasa sebati dengan Umno, mereka mula nak berlagak macam orang Umno totok. Ramailah kawan-kawan dalam Umno yang mengadu betapa meluatnya mereka terhadap kelaku orang-orang Abim itu.

Kami sama-sama nak tergelak melihat gelagat orang-orang Abim itu. Walaupun mereka nak berlagak macam orang Umno piau (pure), selalu sungguh terjelma wajah Abim mereka dan selalu sungguh mulut mereka bercakap dengan jargons Abim. Maklumlah, bukan senang nak buang apa yang dah terbiasa.

Walaupun mulut bercakap you I konon nak berlagak macam orang Umno, tetapi bukan senang nak sorok imej Abim mereka.



Sebab itulah saya harap orang-orang Umno yang nak menyamar jadi PAS supaya jangan ingat jargons orang PAS setakat ana, enta, takbir dan Allahu Akbar sahaja. Hanya yang bangang sahaja yang berlakon dengan satu dua istilah itu selepas itu dah rasa orang percaya yang awak tu orang PAS.

Jangankan orang Umno yang baru satu pagi nak berlakon macam orang PAS, anggota-anggota kelab penjilat Umno yang dah berkulat kaki dalam PAS pun orang tahu dengan mudah bahawa mereka sebenarnya orang-orang Umno yang membawa kad keahlian PAS.

Nak habaq bagi kat orang-orang Umno yang baru satu dua pagi berlakon macam orang PAS bahawa anggota-anggota kelab penjilat Umno itu bukan sahaja mahir tentang jargons orang-orang PAS; malah lebih dari itu, mereka jugalah yang mengajar jargon-jargon hebat kepada orang-orang PAS.

Antara jargon hebat yang mereka ajarkan ialah istilah thiqah dan wala' yang kini menjadi candu masyarakat di dalam PAS

Penarik Beca

Apa tujuan berita ini diberi tajuk begini?

Lelaki terbabit demonstrasi sidang DUN Pulau Pinang diserang

BUTTERWORTH: Seorang lelaki yang terbabit dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 November lalu, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.


Demo pemuda BN di depan DUN Pulau Pinang pada 30 Nov.

S Krishnan Nair, 46, yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat sedang dalam perjalanan dari Butterworth ke Mak Mandin dengan menunggang motosikal.

Berita seterusnya sila baca di sini.

Kenapa perlu diberikan tajuk "Lelaki terbabit demonstrasi sidang DUN Pulau Pinang diserang"?

Tidak bolehkah di berikan tajuk "Seorang cedera diserang sekumpulan lapan lelaki"?

Apa tujuan mereka sebenarnya bila mengaitkan insiden lelaki ini dipukul dengan kejadian demo pada 30 November yang lalu?

Adakah mereka cuba untuk mengatakan bahawa peserta demo di hadapan DUN Pulau Pinang dulu telah dibelasah kerana menyertai demo?

Persepsi anda bagaimana?

F5E : Betul kah enjin jet ditemui di Argentina?

Di dalam politik, teknik untuk “mengalihkan isu” adalah penting untuk memastikan seseorang pemimpin atau ahli politik terus bertahan. Hari ini isu yang hebat diperkatakan adalah mengenai kes kehilangan dua enjin jet pejuang yang bernilai RM 100 juta. Tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, Utusan Malaysia digunakan untuk mengalihkan daripada isu enjin jet hilang kepada isu perkauman lapuk.


Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan artikel tulisan Dr. Mohd Riduan Tee, yang lebih Melayu daripada orang Melayu. Biasalah, di Malaysia, yang separuh Melayu seperti “mamak” atau Cina Muslim akan jadi lebih Melayu daripada Melayu. Klik disini. Artikel seperti ini memang sengaja disiarkan untuk mendapatkan reaksi.

Akhirnya reaksi pun diberi oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Klik disini. Mereka mengharapkan agar isu ini terus panas sehingga ada laporan polis dibuat terhadap Dr. Mohd Riduan Tee. Apabila laporan polis dibuat, maka akan berpanjanganlah isu ini.

Apabila isu ini berpanjangan, maka orang ramai akan terlupalah isu kehilangan enjit jet pejuang. Begitulah taktik mereka.

Sebenarnya, kerajaan Malaysia sedang berada dalam keadaan ketakutan. Cuba baca berita disini. Inilah yang mereka takutkan. Dikatakan enjin jet pejuang tersebut bukanlah di Amerika Selatan atau Argentina.

Dikatakan enjin jet pejuang berada di sebuah negara yang tidak disukai dan menjadi musuh kepada Amerika Syarikat masa kini.

Sebab itu isu mahu dialihkan agar isu kehilangan jet dapat ditutup dengan cepat. Lebih banyak dibongkar lebih teruk kena menjawab dengan “Uncle Sam”.

Pernahkah anda terfikir, kenapa tiba-tiba NST bocorkan berita kehilangan jet itu?

Tepuk dada, tanya selera.


Amin Iskandar

"Mereka bukan Ahli PAS!".. tak payah cakap la YB, tengok gambar pun dah tahu..

Tak payah cakap la YB.. tengok gambar-gambar pun dah tahu siapa dibelakang mereka..

Dis 27, 09 PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu
. Malaysiakini





Lagi gambar di sini



Cuba perhatikan betul-betul gambar-gambar itu, apa yang anda nampak? Ada rupa penyokong PAS tak?

Dan baca apa yang tertulis pada Banner tu, "SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI".

Buat penganjur demo tu.. lain kali buatlah bagi real sikit.. banyakkan buat homework! jangan biar orang lain tahu yang anda itu bodoh walaupun Nazri sendiri dah kata "AHLI UMNO BODOH!"

Sunday, December 27, 2009

MEMO dari penyokong PAS? Selangor kepada Hassan Ali..

Penyokong PAS ka ni??



MEMORANDUM

KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)

DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.

2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR.

3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.

4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.

5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.

6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS.

7. PAS bukan alat kepada parti lain.

8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.

9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.

10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.

11. PAS mempunyai maruah sendiri.

12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR


Cuba baca betul-betul yang ini..

10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.

12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

sejak bila PAS lebih mengutamakan Bangsa Melayu lebih dari Ugama Islam?

Parti apa yang mengutamakan Bangsa Melayu lebih dari Ugama Islam ?

err.. pasal apa aku rasa nak termuntah pulak ni..

Gambar : Demo Penyokong PAS? Selangor..



SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.



Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.





















“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

“Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut.


Penyokong PAS ka depa ni?? Tak nampak macam penyokong PAS pun...

Cuba amati kat sepanduk tu.. ada ayat ni ""SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI." ayat siapa ni??

Ha.. Ha.. Ha.. kesian sungguh, nak menipu tapi tak pandai menipu.. Nak berlakon tapi tak real langsung.. UMNO.. oh... UMNO pasal apa DESPERATE sangat ni???



Sumber berita dari sini
Gambar-gambar dari sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails