Monday, November 30, 2009

Ishh!! Dah Nyanyuk apa orang tua ni?

Kalau tak nyanyuk.. pasal apa dia nak membuka pekung didada? atau mungkin dia telah terlupa bahawa dia sendiripun ahli UMNO juga maklumlah.. kan MELAYU MUDAH LUPA..


1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.


Che Det

Gambar : Beruk-beruk berdemo dan membakar foto Lim Guan Eng!

Sekumpulan kira-kira 100 beruk-beruk yang menyokong Pemuda BN telah berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang tengah hari tadi dan seekor dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Aku guna perkataan beruk bagi menggantikan perkataan orang kerana suatu masa dulu Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO telah menggunakan perkataan beruk-beruk kepada penyokong Pakatan Rakyat yang telah menyertai perhimpunan BERSIH. kalau dah lupa klik sini




Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

Kononnya ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.

Mungkin sebenarnya ianya dianjurkan bagi mengembalikan ingatan Rakyat tentang keujudan Pemuda BN yang semakin dilupakan. Tindakan itu juga bolehlah ditafsirkan sebagai meraih populariti dan juga publisiti murahan..



Dan menyentuh mengenai kejadian membakar foto Lim Guan Eng, seperti biasa.. Ketua Pemuda Gerakan negeri Oh Tong Keong menunjukkan sikap baling batu sembunyi tangan yang diamalkan oleh BN dengan menjelaskan insiden membakar poster Lim bukan tindakan Pemuda BN tetapi seorang penduduk Kampung Buah Pala yang turut hadir di situ.

Beliau juga telah berkata "Saya telah cuba menghalangnya (berbuat demikian) tetapi keadaan menjadi tidak terkawal," walaupun didalam gambar diatas menunjukkan tiada siapapun yang menghalang Pemuda? itu membakar foto Lim Guan Eng.













Sumber berita dari sini
Sumber gambar dari sini

Wahai sahabat-sahabatku!! marilah kita Aminkan doa TG Nik Aziz ini..

Wahai sahabat-sahabatku sekelian yang sudi membaca blog ku ini!! Marilah kita bersama-sama mengaminkan doa Tuan Guru Nik Aziz ini..





Sila ikuti siri lengkap kepada klip video ini dengan klik link-link berikut:

1/14: http://www.youtube.com/watch?v=2ch93U...

2/14: http://www.youtube.com/watch?v=Dl0SEP...

3/14: http://www.youtube.com/watch?v=Wqn4kQ...

4/14: http://www.youtube.com/watch?v=CGKb5I...

5/14: http://www.youtube.com/watch?v=58Qapg...

6/14: http://www.youtube.com/watch?v=TcNxlR...

7/14: http://www.youtube.com/watch?v=MxX6_b...

8/14: http://www.youtube.com/watch?v=3PZtpx...

9/14: http://www.youtube.com/watch?v=ONCudE...

10/14: http://www.youtube.com/watch?v=7yYf1E...

11/14: http://www.youtube.com/watch?v=ph9Dfd...

12/14: http://www.youtube.com/watch?v=PaR2tR...

13/14: http://www.youtube.com/watch?v=KZvmR8...

14/14: http://www.youtube.com/watch?v=HG4Ngn...

Sumber Link bagi Video Clip WRLR

Maka bersuaralah Syaitan-Syaitan yang bisu pabila TG Nik Aziz berdoa...

Bila Najib meluluskan lesen tambahan untuk premis perjudian mereka mendiamkan diri.. dan apabila TG Nik Aziz berdoa agar UMNO musnah.. bersuaralah mereka..

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Beliau berkata, umat Islam tanpa mengira kedudukan, pangkat, jawatan atau fahaman politik wajib mematuhi hukum Islam yang mengharamkan perbuatan mendoakan kemusnahan saudara seagamanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.

Cuba baca betul – betul apa yang Tok Guru sebut

"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku,"

"Berdoalah , nescaya aku perkenankan “ kata Allah. Dan lagi Doa itu senjata orang – orang mukmin.

Maka gegak gempitalah seantero Tanah Melayu apabila TG Nik Aziz berkata telah berdoa supaya Najib, UMNO dan penyokong UMNO hancur jika tak beri wang royalty pada Kerajaan Negeri Kelantan. Pemimpin UMNO termasuk mufti yang semua kemewahan dan gaji besarnya dibayar oleh UMNO mengutuk dan menghentam Nik Aziz dengan kata perbuatan itu haram dan berdosa besar.

Apakah penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO selama ini terhadap pembangkang itu tidak berdosa besar dan tidak haram?

Apakah dengan menafikan hak Negeri Kelantan dan negeri Terengganu (semasa pemerintahan PAS) dari mendapat wang royalty itu bukan kerja haram dan berdosa besar dalam Islam? Sedangkan dalam Islam jika mungkir janji dengan lisan pun sudah berdosa apatah lagi perjanjian dibuat secara bertulis yang berasaskan undang-undang.

Puak UMNO dan mufti dan juga tokoh-tokoh agama yang selama ini kenyang perut, gaji besar dan hidup senang hasil dari UMNO nampaknya sudah buta hati dan pekak telinga. Mengapa semasa pemimpin UMNO Pusat dan Negeri merampas hak royalty rakyat Negeri Terengganu dan Kelantan mereka membisu? Tak kata pun perbuatan kerajaan Pusat itu haram dan berdosa besar kerana mungkir janji, tidak amanah terhadap perjanjian yang telah ditandatangani bersama dulu?

Jika alasan minyak Kelantan dan Terengganu jaraknya jauh dari tiga batu nautika, di Sabah dan Sarawak pun sama juga jaraknya iaitu lebih dari tiga batu nautika. Jika alasan lain yang mengatakan Sabah dan Sarawak layak terima kerana semasa buat perjanjian dulu, telaga minyak itu berada kurang dari tiga batu nautika, maka Terengganu pun begitu juga keadaanya, mengapa dinafikan haknya?

Jika minyak di Kelantan jaraknya lebih tiga batu nautika dan tak layak terima royalty, mengapa dibuat perjanjian dulu. Jika dah tahu tak layak tapi dibuat juga perjanjian maka ini namanya kerja orang gila.

Dengan UMNO sekarang ini nampaknya tidak ada gunanya untuk bertolak ansur, pujuk memujuk atau berdoa untuk kebaikan. Kezaliman dan penindasan mereka sudah sampai ketahap yang maksima, mereka sudah jadi takbur, sombong, bongkak kerana sudah lama memerintah dan merasakan tiada siapa yang boleh menjatuhkan mereka.

Oleh itu cara yang terbaik ialah berdoa dan solat hajat beramai-ramai dan berterusan memohon supaya Allah hancurkan UMNO dengan penuh kehinaan. Itu saja jalanya dalam menghadapi kezaliman UMNO ini. Nak harapkan mufti, jakim atau pejabat agama nak nasihatkan UMNO, nak perbetulkan UMNO, jangan mimpilah malahan puak-puak ini pun sama bersubahat dan bersekongkol dengan kezaliman dan penindasan UMNO ini demi kerana perut, poket dan kereta besar. Mereka inilah penyebab UMNO jadi lebih sesat dan lupa dosa serta pahala.

Oleh itu, kita tak perlu layan kenyataan puak mufti, tokoh-tokoh agama yang cari makan dengan UMNO dan ulama-ulama upahan itu. Mereka ini kalau PAS buat salah cepat-cepat mereka hentam, tapi kalau pemimpin UMNO yang buat, berzina atau bunuh orang pun mereka ini jadi syaitan bisu.

Tak berani tegur. Dimana puak pengampu UMNO ini apabila UMNO (bukan BN kerana parti bukan Melayu tak sejahat UMNO) meroboh rumah rakyat miskin, meroboh masjid dan surau, merampas tanah orang Melayu dhaif, merompak harta rakyat, makan rasuah secara terang-terangan, terlibat dengan kilang arak, judi dan aktiviti persundalan dan bermacam lagi yang UMNO buat.

Tak haram dan tak berdosa besarkah semua ini? Agaknya kalaulah bekas Mufti Perlis itu menyokong UMNO secara terbuka atau mempertahankan UMNO seperti puak-puak ini, pasti mantan mufti itu tidak akan diambil tindakan, ditangkap atau dihentam sebegini teruk oleh ulama upahan UMNO sebagaimana UMNO melindungi Ayah Pin. Apa-apa pun sebagai golongan Islam yang sentiasa dizalimi dan ditindas oleh UMNO, marilah kita sama-sama solat hajat supaya UMNO lebih cepat hancur dan dihina oleh semua mahkluk langit dan dunia ini.

Yang ulama pengampu itu takut UMNO hancur kerana bimbang perut, poket, rumah besar mereka akan turut hancur dan hilang. Itulah sebenarnya syaitan bertopengkan manusia. Wallahualam.


Sumber : Mesra.Net & Tranungkite

PPP arah Murugiah lepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Dalam sibuk memperkatakan kononnya PAS mengalami krisis dalamam, selepas MCA dilanda krisis dan hingga kini masih belum selesai krisis tersebut BN dilanda krisis lagi dan yang terbaru PPP pula kali ini..

JOHOR BARU, Nov 29

Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan notis kepada Senator Datuk T. Murugiah esok untuk memintanya mengosongkan jawatan beliau sebagai Timbalan Mentri dalam masa 14 hari.


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis PPP di sini hari ini, Presidennya Datuk M. Kayveas berkata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu patut meletakkan jawatan kerana beliau memperoleh jawatan itu semasa beliau masih menjadi anggota parti itu.

Murugiah dipecat daripada parti pada 16 Mei tahun ini.

Mei lalu, Kayveas berkata, tindakan tegas terpaksa diambil ke atas beliau kerana didakwa mengamalkan politik wang dan mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa ketua bahagian parti dan mendesak mereka mencabar kedudukan Presiden PPP pada pemilihan bulan Jun.

Pada Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kedudukan Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


TheMalaysianInsider

Sunday, November 29, 2009

Kes Duit Haram : Mohamad Hasan akan ditendang turun oleh kawan-kawannya..

Khabarnya.. pemimpin-pemimpin UMNO Negeri Sembilan akan menggunakan dakwaan pemindahan wang secara haram sebagai senjata untuk menendang turun Menteri Besar mereka Datuk Seri Mohamad Hasan , yang kesnya sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia.

"Kami percaya bahawa tidak ada gunanya membiarkan isu ini dieksploitasi oleh pihak pembangkang, pimpinan harus mengambil tindakan, sekarang kita hanya menunggu presiden kembali," kata seorang ketua bahagian Negri Sembilan .

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sekarang menghadiri Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 di Port of Spain, Trinidad dan Tobago.

Mohamad, yang menjadi Mentri besar pada tahun 2004, sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana dipercayai secara haram telah memindahkan dana sebanyak RM10 juta yang entah dari mana diperolehinya ke London melalui money changer, Salamath Ali.

Seorang pembantu Mohamad berkata siasatan BNM ini tidak ada kaitan dengan majikannya.

"Siasatan terhadap Pengurup Wang itu tidak melibatkan Datuk,” kata seorang pembantunya.

Seperti biasa yang diamalkan oleh UMNO/BN yang sering menyalahkan pihak lain bila timbul sesuatu masaalah, Mohamad juga dikatakan telah menyalahkan kakitangannya kerana menggunakan khidmat Penggurup Wang tersebut.

MP Batu Tian Chua mendedahkan perkara tersebut setelah pihak dari Bank Negara Malaysia berkata Money Changer Salamath Ali telah melanggar Pasal 30 dari Undang-Undang Mengubah wang 1998 dan lesennya telah dilucutkan pada 26 Okt.

Pemimpin-pemimpin UMNO telahmemulakan gerakan mereka sekarang untuk mengelakkan masalah ini daripada dieksploitasi oleh pihak pembangkang.

"Dia sudah tidak disukai oleh 80 peratus daripada ahli UMNO di sini, jadi kes ini tidak akan diabaikan," kata ketua bahagian.

Pemimpin UMNO Negeri juga telah berkata “Meskipun berita tentang isu pemindahan Wang secara haram ini telah digelapkan oleh Media-media Pro BN, Isu ini telah sampai keakar umbi melalui sms.

"Ahli UMNO Jempol, Jelebu, Rembau mereka ini tidak mengakses internet, jadi pada awalnya hanya pegawai kerajaan negeri memperkatakannya, kemudian mereka mula menghantar SMS pada 'kes duit haram MB'," katanya.


Berita asal dari sini

Kerajaan Pulau Pinang Haram BTN

Selepas Selangor Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang turut mengharamkan para pegawainya dari mengikuti program BTN yang seolah-olah telah menjadi alat untuk menyampaikan propaganda UMNO!!


Selang beberapa hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan melarang pegawainya mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) hari ini kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau tidak nampak ada keperluan untuk pegawai kerajaan negeri berkenaan menjalani program tajaan Barisan Nasional itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata.

Kata beliau program itu dianjurkan hanya untuk kepentingan BN bagi mempengaruhi pegawai kerajaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menyokong BN.

Guan Eng berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pegawai kerajaan yang pernah mengikuti program BTN ia tidak lebih dari saluran proses doktrinisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.

Beliau berkata kenyataan pemimpin Umno yang cuba menepis dakwaan keputusan kerajaan Selangor itu adalah semata-mata untuk mengaburi mata semua pihak terhadap BTN.


TVSelangor

Aku ingin pulang!.. Chin Peng

"aku sanggup terkorban demi tanahairku. Mengapa mereka tidak membenarkan aku untuk menjenguknya?"

"Memang saya ingin balik ke tanahair saya. Saya akan cuba dengan pelbagai cara, (ketawa) seludup masuk pun boleh...entah boleh berjaya atau tidak... saya sendiri pun tak dapat pastikan. Saya akan cuba.... cuba."

Demikianlah luahan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) dalam bahasa Melayu ketika diminta untuk menyatakan perasaan dan kedahagaan beliau untuk kembali ke tanahair, dalam bahasa kebangsaan.

Chin Peng, 85 walaupun mengakui bahawa dirinya sudah lama tidak berucap dalam bahasa Melayu, tetap sudi untuk mencuba.

Satu hasrat sahaja

Chin Peng berkata sedemikian selepas satu wawancara yang dihadiri semua media cetak bahasa Cina di Malaysia, termasuk media internet MerdekaReview, Malaysiakini dan The Nut Graph. Wawancara yang mengambil masa lebih daripada satu jam ini diadakan pada kira-kira 4 petang (waktu Malaysia), di J.B Hotel, Hatyai.

Chin Peng atau nama asalnya, Ong Boon Hua yang jarang muncul di khalayak umum, hanya menyampaikan satu mesej kepada wartawan dalam wawancara tersebut, iaitu hasratnya untuk pulang ke Setiawan. Secara terus-terang, pemimpin komunis yang tidak pernah menyesal dengan perjuangannya itu mengakui, bahawa satu-satunya kekesalan beliau adalah hasratnya untuk pulang ke tanahair tidak kesampaian.

Walaupun diajukan pelbagai soalan, misalnya mengapa masih berdegil untuk kembali ke Malaysia, memandangkan Malaysia bukan negara impiannya kerana tidak mengamalkan komunisme, beliau menjawab, "ini tiada kena-mengena dengan komunisme atau tidak. Saya nak pulang ke Malaysia yang mengamalkan sistem kapitalisme, (kalau) Malaysia yang mengamalkan komunisme, lagi saya ingin pulang. Mengapa? Kerana itu tempat saya berasal... Ibu bapa saya terkubur di sana. Adik beradik saya yang terkubur di situ."

"Saya berasa, sepanjang umur hayat saya, saya nak cuba sedaya-upaya untuk pulang, dan menyembah mereka (ibu bapa dan adik beradik). Saya tak ada tujuan selain itu. Saya bukan nak pulang untuk bertanding, saya hanya nak balik untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak dan seorang saudara. Itu sahaja," katanya.

"Saya menganggap saya diperbodohkan"

Menjelang ulang tahun ke-20 Perjanjian Damai Hadyai ditandatangani, Chin Peng hanya terusik dengan ketidaksampaian hasratnya untuk kembali ke Malaysia. Beliau mengungkit insiden di mana beliau dihubungi pegawai kerajaan Malaysia, untuk bertemu di suatu tempat dan kemudian dibawa balik ke Malaysia, tetapi tidak berakhir seperti apa yang dijangkakan oleh Chin Peng. Untuk Chin Peng, beliau menganggap dirinya "diperbodohkan" dalam insiden ini.

Namun, ketika ditanya adakah beliau berasa dirinya tertipu, jawapannya, tidak. Chin Peng cuba mengasingkan antara Perjanjian Hadyai, dengan apa yang berlaku kemudiannya, dengan berkata, "...kerana kami (PKM dengan kerajaan Malaysia) berbincang bersama. Kami bertoleransi antara satu sama lain. Maka tercapailah muafakat untuk menandatangani perjanjian. Jadi, apa yang berlaku selepas itu (perjanjian itu dibuat), itu persoalan lain."

Ditanya wartawan pula mengapa kerajaan Mahathir Mohamad menandatangani perjanjian ketika itu, seandainya tidak berniat untuk membenarkannya kembali, Chin Peng memberi jawapan bahawa senario ketika itu mendorong kedua-dua pihak, iaitu kerajaan Malaysia dan PKM untuk berdamai, kerana itulah yang diingini oleh rakyat.

Enggan menyelar kerajaan Malaysia

Jelas, Chin Peng masih menaruh harapan untuk kembali ke tanahairnya, malah sanggup menerima seandainya dibenarkan untuk kembali secara "senyap". Beliau tidak menyelar kerajaan Malaysia, walaupun beberapa kali soalan diumpankan kepadanya untuk berbuat demikian.

Misalnya, ketika ditanya mengapa kerajaan masih menghalang beliau daripada kembali ke tanahair, dengan ringkas Chin Peng menjawab, "saya masih belum membuat permohonan lebih lanjut kepada kerajaan setakat ini, adalah tidak baik dan tidak wajar kalau saya meneka sekarang."

Malah, apabila diasakkan kepadanya kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin, "tiada maaf bagimu", Chin Peng sekadar membalas, "saya hanya boleh berkata saya kesal dengan kenyataan ini. Kenyataan sedemikian tidak dapat menyelesaikan masalah."

Baru-baru ini, lawatan Setiausaha Agung Parti Komunis China, Hu Jintao ke Malaysia disambut secara besar-besaran, lantas mencungkil kritikan bahawa kerajaan Malaysia adalah hipokrit kerana mengambil sikap double-standard ketika menangani isu Chin Peng. Namun, Chin Peng tidak berfikir sedemikian, sebaliknya mengharapkan hubungan kerajaan China dengan Malaysia bertambah erat kerana ia memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.

"Saya sanggup korban demi tanahairku.."

Pengganas, atau pejuang kemerdekaan? Identiti Chin Peng begitu kontroversial, dilemparkan dengan pelbagai label dan tuduhan dalam buku teks sejarah Malaysia. Ketika ditanya tentang perjuangan bersenjata, Chin Peng menjelaskan bahawa ianya adalah satu-satu pilihan dalam konteks sejarah pada ketika itu.

Daya ingatan Chin Peng semakin lemah. Beliau tidak ingin mengulas dengan panjang lebar apa yang berlaku pada masa silam. Malah, beliau enggan menilai perjuangannya sendiri, sebaliknya menyerah kepada rakyat Malaysia untuk membuat penilaian terhadapnya.

Suara hati Chin Peng mungkin terdengar seandainya dirujuk kepada bukunya, My Side of History, bab ke-32. Chin Peng meluahkan kerinduan dirinya terhadap Setiawan apabila menulis, "aku tidak merintih dan menyesal, meskipun dalam keperitan semasa zaman perjuangan bersenjata, apatah lagi sekarang?..."

"Kedahagaanku untuk kembali ke tanahair telah aku simpankan. Hanya pada waktu kesepian, ianya akan menjelma dalam ingantanku. Aku akan mulai dari Setiawan, semasa zaman kanak-kanak. Selepas bersembahyang di kubur nenek moyang, aku akan menjenguk sekolah asalku. Kemudian, aku akan berjalan di lorong kampungku, mengimbas persahabatan yang terjalin dahulu..."

"Ingatan ini tidak akan meninggalkanku. Lorong, pohon, rumah dan papan tanda, segala-gala ini memberitahu aku, inilah Malaysia, bukannya tempat lain. Aku dahaga untuk kembali ke ribanya..."

Malah, bukunya mencatatkan pertanyaan berikut, "aku sanggup terkorban demi tanahairku. Mengapa tidak membenarkan aku untuk menjenguknya?"

Lagi disini

Saturday, November 28, 2009

Perda, Jangan Tindas Penduduk Miskin

Seramai 240 keluarga yang tinggal di Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya bakal kehilangan rumah yang telah didiami sejak 100 tahun lalu setelah sebuah agensi kerajaan persekutuan bertindak mengambil-alih tanah kampung Melayu itu bagi tujuan pembangunan.

Para penduduk mengeluh apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang enggan memberi pampasan setimpal kepada mereka. Apa yang lebih membimbangkan adalah penduduk tidak diberi sebarang hitam-putih.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campur-tangan selepas menerima laporan berhubung kes ini. Ditemui semasa beliau mengadakan lawatan ke kampung tersebut, Anwar berkata kes ini akan dibawa ke peringkat atasan bagi memastikan kepentingan penduduk kampung tidak ditindas.

Apa yang lebih memilukan adalah majoriti penduduk kampung adalah dari golongan miskin, yang hanya berpendapatan kira-kira RM500 bekerja sebagai operator kilang di serata Pulau Pinang.

"Sepertimana yang dilapor oleh Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman, tanah kampung ini telah diambil-alih oleh Perda. Majoriti penduduk disini adalah Melayu dan India yang secara relatif dalam kategori miskin," kata Anwar.

"Saya dan Dr Mansor akan angkat perkara ini untuk pertimbangan kerajaan negeri, majlis perbandaran dan peringkat atas. Setelah berbincang berulang-kali dengan penduduk, kita tidak berpuas hati dengan cara Perda tangani perkara ini. Penduduk meminta sekurang-kurangnya diberi tempat-tinggal. Perda sebagai agensi sepatutnya membantu masyarakat desa dan tidak ketepikan tuntutan penduduk," tambahnya.


TVSelangor

Mahadet membazir RM100 Billion semasa jadi PM

Segala kelemahan dan keborosan, termasuk kerugian kira-kira RM100 Billion akibat pembaziran dalam satu skandal kewangan semasa 22 tahun pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad(gambar) akan diserlahkan dalam sebuah buku yang akan berada di pasaran di seluruh dunia minggu depan

Buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, adalah yang pertama ditulis dengan bebas dan telus mengenai pelbagai tindak tanduk Dr Mahathir, termasuklah mencampuri urusan yang merosakkan kewibawaan pelbagai badan penting dalam kerajaan seperti kehakiman dan polis.

Menurut Barry Wain, pengarang buku berkenaan, kerugian langsung kira-kira RM50 biliun. Jumlah ini menjadi berganda apabila membabitkan kos-kos terlindung. Jumlah RM100 juta itu bersamaan AS$40 biliun mengikut kadar pertukaran asing ketika itu.

Wain, bekas pengarang majalah Asian Wall Street Journal, berkata semua skandal itu termasuk usaha kerajaan memanipulasi harga bijih di peringkat antarabangsa dan percaturan Bank Negara terhadap pasaran mata wang dunia berlaku pada 1980-an.

Buku ‘Malaysian Maverick’ adalah juga sebuah majalah yang pertama yang bebas mengkaji dengan sepenuhnya mengenai Dr Mahathir, yang bersara pada 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Buku itu akan diedarkan ke seluruh dunia minggu depan oleh Palgrave Macmillan.

Baru-baru ini, Mahathir mengkritik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim , apabila kerajaan Selangor melantiknya sebagai penasihat ekonomi dengan elaun RM1. Mahatahir berkata bahawa bekas timbalannya itu tidak bijak dalam menguruskan ekonomi negara,

Wain menulis di dalam bukunya itu, masa pentadbiran Mahathir , yang mengambil alih kepimpinan negara pada 1981 daripada Allahyarham Tun Hussein Onn, dengan slogan ‘besih, cekap dan amanah’, hampir saja terlibat dengan skandal kewangan pada awal pentadbirannya.

· Buku itu juga mendedahkan Rahsia urusan jual beli senjata yang dibuatnya dengan Amerika. Antaranya:

· Mahathir, di sebalik dengan lantangnya melaungkan slogan nasionalistik, menandatangani secara rahsia, perjanjian keselamatan dengan Amerika Syarikat pada 1984 dengan membenarkan negara itu mendapat akses mengenai latihan peperangan gerila di Johor, dan membenarkan membina kemudahan membaiki kapal kecil di Lumut serta cawangan membaiki Hercules C-130 di Kuala Lumpur.

· Mahathir menggunakan dana rahsia parti Umno untuk menjadikan parti itu sebagai gergasi konglomerat dengan pelaburan yang mempunyai kepentingan dalam hampir keseluruhan ekonomi negara.

· Parti Umno menggunakan sebahagian wang rakyat (pembayar cukai) untuk kos pembinaan ibu pejabatnya di Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur, dengan memaksa bank-bank tempatan memansuhkan sekurang-kurangnya RM140 juta nilai faedah ke atas pinjaman Umno.

Wain yang kini penulis residen di Institute of Southeast Asian Studies, Singapura, bagaimanapun memuji Mahathir dengan menjadi pemangkin ke arah perubahan ekonomi Malaysia dengan memokus kepada sektor industri dan meluaskan warga golongan pertengahan.

Tapi menurut Wain, Mahathir juga telah banyak merosakkan imej integriti institusi-institusi negara, membiarkan amalan rasuah berleluasa dan gagal menyediakan pemimpin pelapis untuk masa depan Malaysia.


FreeMalaysiaToday

Parpukari Blogger UMNO yang DESPERATE?

Bagi yang tidak mengenali siapa Parpukari ini, beliau adalan Blogger upahan UMNO yang sering menghina pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan menggelarkan mereka dengan gelaran yang tidak wajar dan amat menghina seolah-olah beliau adalah makhluk Allah yang paling sempurna dijadikan oleh Allah dimukabumi ini..

Kebanyakkan rujukan artikel beliau bolehlah dikatakan datangnya dari MyKmut.net (Forum penyokong UMNO), Ruang forum yang telah hilang populariti sebagaimana UMNO sendiri..



Parpukari (dikatakan yang berbaju kuning tu)

Kalau benar dakwaan yang mengatakan Parpukari tu yang memakai baju kuning dalam gambar diatas tu. dia kelihatan seperti bukan seorang Melayu tetapi nampak macam Mamak.. tapi bercakap seolah-olah yang dirinya itu seorang Melayu malah lebih Melayu dari Melayu sendiri..

Ini kenyataan dari pemimpin DAP mengenai Blogger UMNO.. Sengaja aku publish dalam bahasa Inggeris kerana ramai Blogger pro UMNO yang kantoi Bahasa Inggeris... ha.. ha..


KUALA LUMPUR, Nov 28 — Veteran lawmaker Lim Kit Siang condemned Umno bloggers on their campaign to paint the DAP as a communist party

“DAP leaders have paid the price for their courage on their convictions and have not wavered on our political stand. It should not distorted and perverted,” he said.

Umno blogs have been working overtime in trying to make the DAP as the country’s new public enemy number one by labelling it and its leaders as communists in an effort to shore up Malay support.

An Umno blog, Parpukari, even went as far as caricaturing Bukit Kepayang assemblyman and Selangor state executive councillor Ronnie Liu of the DAP in a communist uniform.

Lim’s confident Malaysians would not fall into the trap.

“I am really skeptical if they can gain support but if they can demonstrate either DAP or Pakatan are wrong in our policies and programmes or if Umno and Barisan Nasional have better policies and programmes and not in a campaign of lies and falsehood. I also have trust in the Malaysian electorate,” he added.

Its Seputeh MP Teresa Kok was amused by Umno’s latest tactic and called it “archaic”.

“If you really want to paint DAP as communist party then why did they ask the chairman of the China communist party Hu Jintao to come here. Why did Najib lead a trade delegation to China and even invest in the country. Malaysia has also given mega-projects to Chinese companies. So who is closer to the China's communist party compared to DAP? I think they have nothing better but to make DAP look ugly ,” she said.

She added that if Umno persists in using the race card to divide Malaysians then it would be difficult to achieve Datuk Seri Najib Razak’s slogan of 1 Malaysia.

Political analyst James Chin was not surprised with the smear campaign.

“They have been doing that for quite a long time already. Their strategy is actually quite simple, they paint DAP as communist and anti-Islam. They also paint PKR as anti-Islam and anti-Malay and a traitor party. And they paint PAS as a deviationist party so this is part of the overall strategy,” Chin said.

He explained that the Umno blogs are only used to “reinforce the pro-Umno crowds”.

“It will not work because if you look at the number of blogs in Malaysia, the country has the largest number of socio-political blogs in the region. The ratio is about one pro-establishment to ten anti-establishment blogs so they are really being outnumbered. The aim of the pro-Umno blogger is not to convince but to reinforce the pro-Umno crowds. That is why there are very few pro-Umno blogs in English, the majority are in Malay. They are there to reinforce the brand and not so much to sell the brand,” he said.

Another analyst, Khoo Kay Peng, questioned why Umno was labelling DAP as communists when the country recently welcomed China’s president Hu Jintao.

“It senseless and not very classy for them to do that. You call DAP communist and then you roll down the red carpet when the president of the biggest communist country in the world came to Malaysia then telling the whole world that this is your main trade partner in this region.

I think it is not very wise. DAP is a social democratic party, it is a little bit middle left but I do not think that it is a party of communism,” Khoo said.

He added that Umno bloggers should do better in their attacks against DAP.

“If Umno bloggers are paid to do this work then I don’t think they are doing a good job. You cannot just put a label like that but what they should do is to provide good oppositions on issues and ways that the Pakatan state are being run,” he said.

The Malaysian Insider

Lim Kit Siang :TUTUP Biro Tata Negara!

Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) mendesak Perdana Menteri Najib Razak menutup Biro Tatanegara (BTN) kerana kursus-kursus anjurannya mengekang matlamat gagasan 1Malaysia.

Kit Siang menyifatkan kesediaan Najib berbuat demikian sebagai “ujian litmus” untuk membuktikan samada Perdana Menteri serius menjayakan 1 Malaysia atau ia sekadar rhetoric kosong.

Beliau berkata kursus-kursus anjuran BTN jelas untuk menghasut remaja, pelajar dan kakitangan kerajaan untuk membenci pembangkang atas alasan memupuk semangat nasionalisma.

“Kursus-kursus BTN diselubungi dengan rahsia besar. Peserta tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan peralatan eletronik yang lain. Nota kuliah juga tidak dibenarkan dibawa keluar selepas indoktinasi,” kata beliau Kit Siang.

Kritikan Lim itu menyusul langkah kerajaan Selangor melarang pelajar university tajaannya serta kakitangan kerajaan negeri untuk menghadiri kursus-kursus BTN.

Lim mencabar Kabinet mengadakan satu inkuiri menyeluruh mengenai operasi BTN bagi membolehkan rakyat mengetahui keadaan sebenar di biro itu, yang dikelolakan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan BTN dan nyangkap dakwaan agensi itu ia digunakan untuk meguatkan sokongan generasi muda dan kakitangan awam terhadap Barisan Nasional.

Namun, sejak larangan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diumumkan, beberapa peserta telah tampil menceritakan isu kandungan sebenar kursus BTN yang menyanggah kenyataan Muhyiddin.

FreeMalaysiaToday

Mohamad Hasan memindahkan wang tapi Penggurup wang yang disiasat!

Apa nak jadi ni.. yang dikatakan bersalah tidak diusikpun.. tapi yang membantu pula yang disiasat..

Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.

Berita asal

Besarnya Istana ADUN BN!

"KUALA NERUS - Belum pun masuk dua penggal menjadi wakil rakyat, nafsu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) berstatus ‘ustaz’ mengalahkan ‘raja’.

‘Istana’ milik wakil rakyat tersebut dibina di Kampung Banggol Tok Jiring berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu.



Seorang kontraktor memaklumkan kepada Buletin, kos keseluruhan hartanah tersebut bernilai lebih RM1 juta.

Persoalannya, bagaimana mungkin kemampuan seorang ‘wakil rakyat biasa’ yang belum pernah dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu, boleh mengumpul kekayaan semewah itu dan layak memiliki sebuah Istana.

Namun, di kalangan komuniti kontraktor, pemimpin serta ahli Umno di Dun berkenaan sedia maklum dan cukup mengenali wakil rakyat tersebut digelar sebagai ‘Adun 10 persen’.

Bahkan, banyak laporan yang diterima, masalah kesusahan dan kemiskinan rakyat dalam Dun yang diwakilinya kurang dipedulikan.

Baru-baru ini, beliau yang pernah terlibat dalam kumpulan wakil-wakil rakyat BN ’10 Budak Hitam’ serta menjadi seteru kepada Menteri Besar, telah menisytiharkan ‘perdamaian’.

Tindakan Adun tersebut dilihat umum bukanlah ‘ikrar taat setia’ kepad Ahmad Said, tetapi mahukan perlidungan di bawah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu yang baru, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri.

Justeru itu, apakah benar ‘istana’ Adun tebabit adalah dibina hasil simpanan gaji serta elaunnya?

Adakah tindakan berbaik-baik dengan Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri adalah usaha beliau bagi menutup sebarang isu penyelewengan serta salahguna kuasanya!"

Friday, November 27, 2009

Perjuangkan RAKYAT bukan KAUM!!

Satu peringatan yang baik buat Masyarakat India yang merasakan diri mereka telah dipinggirkan....

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin masyarakat India supaya sebulat suara mendokong sepenuhnya semangat ‘perjuangan untuk rakyat Malaysia’, bukan disempitkan dengan ideoligi kepentingan sesuatu kaum saja.

"Perjuangan rakyat Malaysia perlu menjadi tunggak dalam kepimpinan dan pentadbiran sesebuah masyarakat kerana senario politik di negara ini sudah berubah," katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ulangtahun ke-2 Hindraf Peringkat Kebangsaan bertemakan “Raising of Malaysian Indian Voices” di Klang, semalam.

Anwar yakin, segala masalah yang dihadapi masyarakat India dapat diatasi sekiranya mereka bekerjasama memperjuangkan hak secara samarata, bukan menggunakan pendekatan kaum.

“Saudara, masalah orang India, Hindu dan Tamil perlu dilihat dan diperjuangkan sebagai masalah Malaysia. Baru boleh selamat," katanya.

Bagaimanapun, Anwar menasihati pemimpin Hindraf agar tidak mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kaum mereka sendiri.

"Mana-mana orang yang mengaku dia pemimpin Hindraf, siapa kata dia pemimpin Makhal Shakti, siapa dia pemimpin India? Saya orang Melayu, biar saya beritahu, sebagai rakyat Malaysia, jangan khianat kepercayaan masyarakat India dan Hindu di negara ini," katanya

Dalam ucapannya, Anwar turut menyeru masyarakat India menyokong perjuangan Pakatan Rakyat untuk menentang Umno yang mengamalkan politik perkauman.

Katanya lagi, “Kita bukan lawan untuk gaduh? Tidak, kita lawan untuk menangkan rakyat. Lawan tolak rasuah .Lawan tolak orang sombong. Lawan tolak orang bagi kita mati dan pukul kita. Lawan untuk selamatkan negara kita.

“Negara ini bukan negara miskin tetapi kaya. Kita ada upaya untuk bantu semua," tambahnya.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat yang telah berjaya mentadbir lima negeri tidak pernah lupa memperjuangkan nasib kaum India kerana pakatan berkenaan mengutamakan ketuanan rakyat bukannya ketuanan kaum tertentu.

"Ada orang kata bahawa Anwar, Keadilan, Pakatan Rakyat bila sudah menang lupa dengan kita. Saya mahu beritahu tahukah tuan-tuan bagaimana saya berkempen dan bahan politik saya. Masuk penjara keluar penjara saya tidak kira, tetapi saya bagi tahu, kami di sini untuk Melayu, Cina dan India di Malaysia”, katanya.


FreeMalaysiaToday

Thursday, November 26, 2009

KHUTBAH AL-WIDA’ (Khutbah Perpisahan) - Bahagian Akhir

(7) Kewajiban taat kepada pemimpin, siapa pun dia selama masih berpegang teguh kepada Al-Qur’an

Wahai seluruh manusia! Dengarlah dan taatlah kalian kepada pemimpin kalian, walaupun kalian dipimpin oleh seorang hamba dari negeri Habsyah yang berhidung kemek, selama mana dia tetap menjalankan ajaran Kitabullah ke atas kalian semua..

Rasulullah SAW telah menyatakan dengan tegas bahawa kita wajib taat kepada pemimpin, tidak kira dari bangsa apa dan bagaimana rupa paras serta warna kulitnya sekalipun. Ini bermakna, Islam langsung tidak mengenal konsep negarabangsa yang mana pemerintah sebuah negara mestilah berasal dari negara tersebut. Dan Rasulullah telah meletakkan ‘syarat ketaatan’ kepada pemimpin adalah apabila dan selagi mana pemimpin tersebut menjalankan hukum-hukum Al-Quran.

Justeru, tidak ada ketaatan kepada pemimpin yang memerintah dengan hukum selain Al-Quran, tidak kiralah sama ada dia dari bangsa Arab, Melayu, Afrika, Cina atau apa sekalipun.

(8) Kewajiban berbuat baik kepada hamba sahaya .

Bersikap baiklah terhadap hamba sahaya. Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kalian makan dan berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kalian pakai. Jika mereka melakukan sesuatu kesalahan yang tidak dapat kalian maafkan,maka juallah hamba sahaya tersebut dan janganlah kalian menyeksa mereka..

(9) Umat Islam adalah bersaudara satu dengan yang lain.

Wahai seluruh manusia! Dengarkanlah perkataanku ini dan perhatikanlah. Ketahuilah oleh kalian bahawa setiap Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dan semua kaum Muslimin itu adalah bersaudara. Seseorang tidak dibenarkan mengambil sesuatu milik saudaranya kecuali dengan senang hati yang telah diberikannya dengan senang hati. Oleh sebab itu janganlah kalian menganiaya diri kalian sendiri..

(10) Kewajiban menyampaikan khutbah Rasulullah SAW kepada yang lain.

Ya Allah! Sudahkah aku menyampaikan pesan ini kepada mereka? Kalian semua akan menemui Allah, maka setelah pemergian aku nanti janganlah kalian menjadi sesat seperti sebahagian kalian memukul tengkuk sebahagian yang lain. Hendaklah mereka yang hadir dan mendengar khutbah ini menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir.

Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami daripada mereka yang mendengar langsung pada hari ini. Kalau kalian semua nanti akan ditanya tentang aku, maka apakah yang akan kalian katakan? Semua yang hadir menjawab, ‘Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tentang keRasulanmu, engkau telah menunaikan amanah dan telah memberikan nasihat’. Sambil menunjuk ke langit,

Rasulullah SAW kemudian bersabda, ‘Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini” [HR Bukhari dan Muslim].

Wahai kaum Muslimin! Para jemaah haji yang berkumpul di padang Arafah kini tidak lagi dapat mendengar ucapan pemimpin agung umat manusia ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita, namun ingatlah bahawa Sunnah baginda masih tetap ada dan kekal hingga ke hari ini.

Kita memang tidak boleh memilih untuk hidup bersama insan agung ini kerana Allah jualah yang Maha Kuasa menentukannya, namun kita boleh memilih sama ada untuk terus hidup bersama Sunnah baginda atau pun meninggalkannya.

Hari ini, para pemimpin umat Islam telah memilih untuk meninggalkan Sunnah baginda SAW, dan mereka sesungguhnya telah memilih jalan menuju azab Allah.

Mereka telah menguburkan Sunnah Rasulullah dan hati mereka telah menjadi keras dengan Islam.

Maka apakah kita mahu mengikut jejak langkah para pemimpin ini, atau kita mahu memilih jalan untuk menukar para pemimpin ini dengan seorang pemimpin yang akan menerapkan Kitabullah dan SunnahRasulNya, yakni seorang Khalifah yang akan memerintah alaminhaj nubuwwah (mengikut jalan kenabian)?


Hizbut Tahrir Malaysia

KHUTBAH AL-WIDA’ (Khutbah Perpisahan) - Bahagian 3

(3) Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama

Wahai seluruh manusia, sesungguhnya syaitan itu telah berputus asa untuk dapat disembah oleh manusia di negeri ini, akan tetapi syaitan itu masih terus berusaha (untuk mengganggu kalian) dengan cara yang lain. Syaitan akan merasa puas jika kalian semua melakukan perbuatan yang tercela. Oleh kerana itu hendaklah kalian menjaga agama kalian dengan baik..

(4) Larangan mengharamkan apa yang dihalalkan dan sebaliknya

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya merubahrubah bulan suci itu akan menambah kekafiran. Dengan cara itulah orang-orang kafir menjadi sesat. Pada tahun yang satu mereka langgar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah.

Kemudian kalian menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkanNya. Sesungguhnya zaman akan terus berputar, seperti keadaan berputarnya pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah dua belas bulan. Empat bulan di antaranya adalah bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut (yakni) Dzul Qa’idah, Dzul Hijjah, dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban..

Sesungguhnya persoalan halal dan haram adalah di tangan Allah dan hal ini telah pun jelas. Namun ternyata pada hari ini terdapat manusia, khususnya pemerintah yang menghalalkan apa yang Allah haramkan dan sebaliknya. Lihatlah sahaja akan hukum kufur yang diterapkan ke atas kita, baik dalam hal uqubat mahupun muamalat, para pemimpin telah ‘menghalalkan’ hukum kufur ini ke atas kita semua, dan mereka ‘mengharamkan’ hukum Allah dari diterapkan ke atas kita.

Mereka kekalkan sempadan negara yang dicipta penjajah dan melabelkan ‘haram’ ke atas umat Islam yang ingin masuk ke negara mereka. Mereka ‘haramkan’ tentera dari berjihad untuk melawan puak kuffar yang secara terang terangan membunuh umat Islam di serata dunia. Kuasa untuk ‘membuat’ undang-undang ada di tangan mereka, dan ternyata mereka telah membuat undang-undang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan.

(5) Kewajiban memuliakan wanita (isteri)

Takutlah kepada Allah dalam bersikap kepada kaum wanita, kerana kalian telah mengambil mereka (menjadi isteri) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka telah dihalalkan bagi kalian semua dengan nama Allah.

Sesungguhnya kalian mempunyai kewajiban terhadap isteri-isteri kalian dan isteri kalian mempunyai kewajiban terhadap diri kalian. Kewajiban mereka terhadap kalian adalah mereka tidak boleh memberi izin masuk orang yang tidak kalian suka ke dalam rumah kalian.

Jika mereka melakukan hal demikian, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sedangkan kewajiban kalian terhadap mereka adalah memberi nafkah dan pakaian yang baik kepada mereka. Maka perhatikanlah perkataanku ini wahai seluruh manusia, sesungguhnya aku telah menyampaikannya..

(6) Kewajiban berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah

Aku tinggalkan dua perkara bagi kalian, jika kalian berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya (yakni) Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya (Al-Hadis)..

Merupakan satu fakta yang tidak dapat dimungkiri lagi bahawa pemerintah sekarang ini sudah tidak lagi berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah. Malah mereka telah mencampakkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya dari urusan pemerintahan.

Hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran langsung tidak dipandang, malah jika ada gerakan Islam yang ingin menegakkannya, ini pun dihalang habis-habisan oleh pemerintah yang zalim ini.

Qisas, hudud, ta’zir, mukhalafat, muamalat, dakwah dan jihad sudah tidak ada dalam kamus hidup pemerintah ini, malah jika ada gerakan Islam yang ingin menegakkannya, maka mereka akan dianggap ekstrem, radikal dan pengganas.

Pemerintah ini benar-benar menjadi musuh Islam, walaupun mereka mendakwa diri mereka Muslim. Di samping pemerintah, sungguh malang apabila terdapat juga di kalangan umat Islam yang turut meninggalkan dua perkara ini.

KHUTBAH AL-WIDA’ (Khutbah Perpisahan) - Bahagian 2

Khutbah ini mengandungi pesanan yang menyeluruh untuk memandu manusia dalam segenap aspek kehidupan, sama ada secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara.

Persoalannya, sejauh manakah umat Islam dan pemimpin mereka pada hari ini mematuhi dan menerapkan khutbah ini di dalam kehidupan? Bersempena musim haji ini, marilah kita sama-sama menghayati Khutbah Al-Wida’ yang penuh peringatan ini-

“Wahai seluruh manusia, dengarlah apa yang hendak aku katakan ini, kerana aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini di tempat wukuf ini..

(1)Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak.

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya darah kalian dan harta kekayaan kalian merupakan kemuliaan (haram diambil oleh orang lain) bagi kalian semua, sebagaimana mulianya hari ini, di bulan yang mulia ini dan di negeri yangmulia ini..

Kita menyaksikan pada hari ini betapa nyawa dan harta umat Islam tidak lagi menjadi satu kemuliaan sebagaimana yang Rasulullah pesankan. Berapa ramai dari umat Islam yang berbunuhan dan merompak harta sesama sendiri dan yang paling buruk, berapa ramai dari pemimpin umat Islam yang membunuh dan merampas harta benda rakyatnya sendiri.

Siapa tidak tahu akan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh pemimpin rejim Uzbekistan, Pakistan, Afghanistan, Mesir, Turki, Palestin, Arab Saudi dan banyak lagi ke atas rakyatnya?

Mereka mengerahkan polis dan tentera mereka untuk memerangi dan membunuh kaum Muslimin yang tidak sehaluan dengan mereka, khususnya dari kalangan gerakan Islam.

Lihatlah pula bagaimana harta kita semua dirampas oleh pemerintah dengan mengenakan pelbagai jenis cukai, tol, bayaran pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Minyak, gas asli dan bermacammacamhasil bumi yang menjadi milik kita dirampas dan dikaut oleh pemerintah dengan selahapnya. Kemuliaan darah dan harta umat Islam sudah tidak lagi wujud setelah Islam tidak diterapkan.

(2) Kewajiban meninggalkan tradisi dan amalan Jahiliyah; pembunuhan dan riba

Ketahuilah sesungguhnya segala tradisi Jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan (seperti pembunuhan, dendam dan lain-lain) yang telah terjadi di masa Jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi. (Sebagai contoh) hari ini aku menyatakan pembatalan pembunuhan balas atas terbunuhnya Ibnu Rabi’ah bin Haris yang terjadi pada masa Jahiliyah dahulu.

Transaksi riba yang dilakukan pada masa Jahiliyah juga tidak boleh berlaku lagi sejak hari ini. Transaksi yang aku nyatakan tidak berlaku lagi adalah transaksi riba Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak akan (haram) berlaku lagi..

Sejak sistem pemerintahan sekular diterapkan, riba sudah menjadi teras ekonomi dalam sesebuah negara. Para pemimpin sekular ini menerapkan sistem riba tanpa rasa berdosa dan takut kepada Allah sedikit pun.

Sebahagian besar umat Islam juga terlibat dengan riba tanpa sedikit pun merasa bersalah dengan keharaman yang mereka lakukan, seolah-olah riba ini suatu yang halal dan sah-sah sahaja untuk diambil.

Mereka langsung tidak menghiraukan ancaman Allah di dalam Al-Quran dan ancaman Rasul tentang seksa dan azab yang pedih yang akan mereka terima atas muamalat riba yang mereka masuki, malah mereka senantiasa mencari dalih untuk mengatakan perbuatan mereka adalah halal!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails