Saturday, October 31, 2009

Badrul dah blah!! Nak kata apa lagi...

"Ini adalah kisah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana dia tidak membawa wang untuk membayar depositnyadan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancardan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya."

Raja Petra Kamaruddin

Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu.

Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang.

Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.

Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.

Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.

Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie.

Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.

Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.

Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.

Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.

Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan.

Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.

Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.

Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.

Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.

Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini.
Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.

Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan orang-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.

Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.

Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana
pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.

Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?

Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.

Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.

Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?

Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.

PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?

Itu yang saya hendak sampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.


Post asal :
Malaysia Today
Terjemahan oleh :
GoMalaysian


Apa khabar orang Kampung?

"Kerajaan BN patut sudah lama hancur, tapi kerana BN punya undi pos tentera dan polis, punya SPR penyelamat keadaan, punya undi hantu."

MINYAK petrol akan naik pada bila-bila masa dari sekarang. Najib kata nak tolong rakyat, dalam masa yang sama, Kerajaan BN naikkan minyak petrol dan kos hidup terus menghambat perut-perut pengundi. Hasil keuntungan jualan petrol Malaysia 'Petronas' buat beli kapal selam dan helikopter. Entah siapa dapat komisen hasil pembelian? Biar SPRM sendiri tahu.

Kerajaan BN kenakan cukai keuntungan niaga rakyat, cukai pintu rumah, cukai jualan harta, cukai jalan kena bayar, cukai tanah, bil air dan eletrik harus dibayar. Remaja kita nak kawin mesti kursus dulu baru boleh kahwin, kena bayar lagi, nak nikah pun kena bayar juga. Pergi tandas umum pun kena bayar. Sekolah Kerajaan BN bilang ‘free’ tapi kena juga bayar buku, bayar PIBG setiap tahun.

Pendapatan orang kampung cuma ala kadar. Gaji pekerja Kerajaan rendah sedang kos hidup tinggi. Daripada pekerja Kerajaan hingga kepada orang kampung, semua mengeluh lalu bilang Kerajaan BN tidak prihatin kepada rakyat. Tidak bagus. Jabatan Audit Negara dapati wang Kerajaan telah disalahgunakan. Najib lantik Jawatankuasa Penyiasatan. Siasatan yang tidak ada penghujungnya.

Masa undi Menteri-Menteri BN tabur janji mahu bantu rakyat. Selesai undi Kerajaan BN pun diam dan cari jalan naikkan cukai. Rasuah pula berleluasa. Kerajaan buat hospital, belum sampai 30 tahun bangunan 8 tingkat pun nak runtuh, buat stadium runtuh, buat jambatan putus banyak yang mati. Buat jambatan bengkok tidak jadi tapi bayar RM300 juta kepada kontraktor.

Kerajaan BN patut sudah lama hancur, tapi kerana BN punya undi pos tentera dan polis, punya SPR penyelamat keadaan, punya undi hantu. Last-last kalau BN kalah pilihanraya juga, ADUN pun mereka boleh beli. Semua boleh jadi asal banyak duit.

Rakyat punya penuh harapan kepada Pakatan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat bukan sahaja negeri berkecamuk perang sama sendiri, di Pusat pun lagi hebat mahu menghancurkan Pakatan Rakyat dengan berjinak-jinak dengan UMNO mahu tubuhkan Kerajaan Perpaduan. Nampaknya ada komponen Pakatan Rakyat sudah termakan budi dengan UMNO. Biarkanlah drama ini berjalan terus.


Halik Zaman

Friday, October 30, 2009

Kalau lu mahu jadi Presiden, cakapla!!

Patutlah media-media BN sibuk dengan cerita ADUN Pemalas dari Pelabuhan Kelang yang menjadi katak dan juga cerita Mesyuarat Khas PAS..

Rupa-rupanya nak tutup isu Krisis MCA yang jauh lebih parah dari isu yang ada dalam Pakatan Rakyat..

Hinggakan Presiden MCA Ong Tee Keat menghentam timbalannya Liow Tiong Lai didalam Blognya, katanya
" KALAU LU MAHU JADI PRESIDENT LU CAKAP DIRECT!"


KUALA LUMPUR, Oct 30 — An embattled Datuk Seri Ong Tee Keat lashed out at his new deputy, Datuk Seri Liow Tiong Lai and his supporters for asking to have another extraordinary general meeting on holding fresh party elections, and questioning a proposed unity plan for the divided MCA.

In a blog posting today, the MCA president said that if Liow wants to be president, he should say so directly.

“If the newly-elected deputy president wants me to resign so that he could ascend to the presidency, I believe he should make his stand very clear,” Ong wrote bluntly in his blog, www.ongteekeat.net, which has become his main mouthpiece since the crisis erupted.

“We don’t solve problems by beating around the bush,” he said, adding Liow and his supporters had harped on the need to respect the results of the Oct 10 EGM where a vote of no-confidence was moved against Ong.

“That clearly means they want me to resign. In the same breath, they claimed they are not forcing me to resign. I, not to mention the general public, personally find their approach very confusing.”

That Ong has been making his displeasure with Liow and his supporters clear via his blog is an indication of the level of strain and distrust between the president and his erstwhile supporters such as Datuk Dr Wee Ka Siong and Datuk Wong Siong Hwee.

Central committee members aligned to Liow did an about-turn yesterday over their initial opposition to an EGM to call for fresh polls, as first suggested by Ong.

They had also claimed that central committee members had been kept in the dark over the unity plan, a claim Ong has dismissed.

Some observers, such as Datuk Theng Bok, former chairman of the “Save MCA” campaign, have questioned the sincerity of the call for fresh polls and speculate that it could be an attempt to strengthen Liow’s bargaining position.

Liow’s supporters have collected signatures from one-third of the central committee — the minimum number required to requisition for an EGM — and submitted their request to MCA secretary general Datuk Wong Foon Meng, who will have to issue an EGM notice within five days.


TheMalaysianInsider

Sebab sebenar kenapa ADUN Pelabuhan Kelang sesuai untuk UMNO.

Bagi menutup malu setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul meletak jawatan kerana didakwa gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Badrul mengatakan kononnya kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.


Bila ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung.

Badrul juga memberikan alasan kononnya kerajaan negeri enggan menyelaraskan dengan beliau pemberian peruntukan tetapi sebaliknya, bertindak membuka pusat perkhidmatan yang berasingan di Pandamaran Indah untuk berurusan dengan pengundi di situ.

Tetapi sebenarnya itu hanyalah alasan-alasan yang telah ditulis untuk memburuk burukkan DSAI dan juga Kerajaan PR Selangor. Ditulis untuk dibaca oleh Badrul.

Inilah antara sebab-sebabnya kenapa Badrul tidak layak berada didalam Kerajaan PR Selangor yang telah diberikan oleh AMK Kelang...

1 ~ Badrul telah tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.

2 ~ Beliau jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang diberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.

3 ~ Tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.

4 ~ Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.

5 ~ Sifat Badrul sendiri yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan ditemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.

Takkan PKR/PR nak simpan lagi kot pemimpin macam ni..


Sumber berita HarakahDaily

UMNO/BN melarikan RM3 Trillion saja...

mmm.. RM3 Trillion saja tu..

Isu membolot wang rakyat dan perbendaharaan negara antara satu hingga tiga trillion ringgit oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional sejak lebih dua dekad lalu dijangka menjadi topik perbahasan pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang bermula 19 Oktobe lalu.

Suara keadilan difahamkan pendedahan oleh pemimpin Pakatan Rakyat di Parlimen akan “menggegarkan” seluruh rakyat Malaysia dengan penyelewengan yang jauh lebih serius bebanding skandal PKFZ.

Menurut sumber-sumber, pemimpin Umno dan BN tertentu telah mengumpulkan kekayaan melalui pelbagai tipu helah dan cara yang haram untuk memperkayakan diri, keluarga serta jaringan kroni masing-masing dan memindahkan wang itu ke luar negara.

Sejumlah besar dana itu disimpan di sebuah bank milik Zionis di Singapura.

Dana haram itu diperolehi secara licik engan membolot kontark-kontrak besar kerajaan yang nilainya sengaja ditambah berlipat ganda dan ditawarkan menerusi sistem tender yang tidak telus.

Kroni-kroni turut di anugerah projek penswastaaan yang dibiayai dengan suntikan modal awal daripada kerajaan sebelum diserahkan kembali kepada kerajaan setelah syarikat-syarikat itu “diperah secukupnya”.

Antara syarikat yang disasarkan pengendali sisitem transit aliran ringan, MAS, dan Indah Water.

Modus operandi juga melibatkan khidmat-khidmat syarikat tempatan dan luar pesisiran pantai yang dimanfaatkan untuk tujuan penyaluran wang ke luar negara atas alasan aktiviti perdagangan dan perniagaan.

Wang haram yang terkumpul kemudiannya disimpan di akaun luar negara seperti Switzerland dan Singapura.

Selain akaun simpanan tetap wang tersebut juga disembunyikan dalam pelbagai bentuk termasuk bon dan jaminan kertas kerajaan, ketulan emas dan logam berharga, hartanah dan pelaburan strategic dalam sector perbankan dan ekonomi negara asing.

Difahamkan Switzerland menjadi pilihan utama menyorokkan wang rakyat yang dibolot oleh kroni Umno-BN.

Disebabkan tahap keselamatan maklumat bank yang begitu ketat, negara itu menjadi tumpuan kebanyakan dictator dan pemimpin korup negara Asia, Eropah dan Afrika bagi melindungi kekayaan negara yang diambil dari khazanah negara mereka.

Semasa pilihan raya umum ke 10 pada 1999, blok pembangkang ketika itu, Barisan Alternatif, telah mendedahkan dalam sebuah laman web reformasi yang popular puluhan akaun bank di Switzerland yang dimiliki oleh anggota cabinet termasuk Dr Mahathir dan isteri beliau.

Maklumat mengenai identiti bank dan butiran pemilik akaun serta jumlah yang disimpan dalam setiap akaun dalam bank berkenaan dijangka didedahkan pada sesi Parlimen kali ini.

Beberapa anggota cabinet Najib Razak dan bekas menteri dipercayai terbabit dalam menyorok simpanan mereka dalam akaun-akaun luar negara.



Suara KeAdilan

Thursday, October 29, 2009

HIDUPKU,MATIKU,KERANA PEMIMPINKU DAN UNDANG-UNDANG KU..!!

Mungkin itulah cogankata atau pegangan mereka yang mengarahkan agar Solat Hajat ini dihentikan..


Solat Hajat dan Munajat yang dipimpin Oleh Ust Noor Azli Musa dibuat
diperkarangan Kedai makan berhampiran Banggunan DAP Negeri.

Memohon pertolongan Allah swt dan mendoakan keselamatan Adun-Adun PR

Diwaktu ini bermula satu PENGHINAAN,apabila OCPD ini mengeluarkan
arahan tangkapan keatas 5 individuyang terlibat dalam solat tersebut.

Pegawai Polis bernama TAHIR ini mengarahkan agar mereka tidak
meneruskannya dan meminta agar mereka ini bersurai..!!

Beliau terus mendesak agar ia dihentikan jika tidak arahan
tangkapan tadi akan dilaksanakan..!

Ini adalah RIAK wajah mereka yang dengan SINIS dan MENGHINA apabila mereka ini yang bernama RAMES dan GLEN mentertawakan Agama Allah swt apabila pegawai yang bernama TAHIR menghentikan Solat tersebut..!!
Perhatikan wajah mereka dengan betul-betul,dan anda akan rasa apa yang aku rasa…!!!!

Gambar diatas ini ialah antara gambar-gambar yang dapat dirakam semasa sidang dun semalam.Ia antaranya menceritakan menegenai sekumpulan dari penyokong PR bertindak mengadakan Solat Hajat dan Munajat bagi memohon kepada Allah swt untuk membantu memberikan kekuatan kepada Adun-Adun PRmennghadapi mereka yang zalim ini.Solat Hajat ini dibuat di perkarangan kedai makan yang lokasinya tidak menggugat kerja-kerja anggota keselamatan.

Namun apa yang diluar jangka oleh sya ialah tindakan POLIS yang sememangnya cukup Menghinakanapabila mereka mempersendakan Solat Hajat tersebut.Ia bertambah HINA apabila seorang lagi anggotaPOLIS berpangkat Tinggi,MELAYU dan mengaku beragama ISLAM mengarahkan agar Solat tersebutdiberhentikan dan mengarahkan juga agar 5 daripada mereka ditahan..!!

Aku sempat bertanya kepada seorang anggota CID beragama ISLAM dengan soalan `Adakah solat ini menjadi kesalahan’..?Beliau mengatakan bahawa ini arahan,dan jawapan itu turut ditambah lagi dengan jawapan SINIS dari pegawai berbangsa india yang bernama N.S RAMES dengan mengatakan bahawa tempat itu telah diwartakan dan ia salah mengikut undang-undang..!Bayangkan ketika itu aku merasakan ia sesuatu yang begitu mencabar kesabaran aku apabila dapat aku rasakan bagi mereka ini Kalimah Tauhid mereka ialah,

HIDUPKU,MATIKU,KERANA PEMIMPINKU DAN UNDANG-UNDANG KU..!!

Semalam barulah aku tahu bahawa Allah swt itu hanyalah kepercayaan bagi mereka sesuai dengan ungkapan didalam rukun Negara,mungkin kerana tiada lagi ketakutan bagi menghadapi MATI dan mungkin juga mereka tidak Takut akan KEMATIAN maka dengan senang mereka mempersendakannya…!!!

Soalan aku apakah bersolat kini menjadi satu ancaman kepada undang-undang NEGARA??Sejak Bilakah Allah swt meletakkan syarat bagi menunaikan solat hanya 5 minit seperti yang diarahkan oleh pihak OCPD??Dan Sejak Bilakah Allah swt melarang hambanya menunaikan Solat dikawasan-kawasan tertentu..??

Tahukah anda mereka yang bersolat itu tidak DIPAKSA,DISURUH dan DIBAYAR untuk melakukannya melainkan hanya kerana Allah swt..!!

Apakah kita akan terus melihat ISLAM dipermainkan..???


Kalau UMNO mahu.. ambillah!

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak memerlukan ADUN yang malas dan tidak tahu bertanggungjawab kepada pengundi dan rakyat.. Kalau UMNO sedia menerima Badrul Hisham korang sila ambil...

Datuk Seri Mohamad Khir Toyo berkata, Umno sedia menerima Badrul untuk menyertainya.

Tan Sri Khalid Ibrahim dalam respon segeranya berkata, Umno boleh ambil Badrul sebagai wakil rakyatnya jika mereka mahu sangat. Namun Khalid mendesak, Badrul mesti bertanggungjawab kepada rakyat kawasan Perlabuhan Klang yang diwakilinya.

Pagi tadi, Badrul Hisham dicadangkan Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan.

Tindakan ini diambil selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun terbuktinya ianya gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.

Menurut kenyataan pejabat MB, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau.

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.


HarakahDaily.

Kenyataan Media dari Dato Seri Wan Azizah

Ini adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Dato Seri Wan Azizah Ismail Presiden Parti KeAdilan Rakyat..

29 October 2009.

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu.


Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya.


Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.


Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah.


Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang.

Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata.


Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Katak ke Empat dah muncul!!

Hah!! Baru pagi tadi MB Selangor meminta ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan.. petang ini dia dah melompat keluar PKR menjadi wakil Bebas yang menyokong BN.. Hampeh!!

29 October, 5.18pm

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.


Malaysiakini

Woi!! Kalau malas kerja.. letak jawatan!

Kalau dah malas nak kerja tu letak jawatan saja lah.. Rakyat tak bayar gaji hang untuk duduk saja.. Tak malu ka makan gaji buta?

29 October 2009

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.


Malaysiakini

SILA PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS!!

Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini (28 Oktober 2009).



PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

RABU, 28 OKTOBER 2009 09 ZULKAEDAH 1430H

Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini (28 Oktober 2009).

Jawatankuasa Disiplin parti menyambut baik saranan Dewan Pemuda agar Jawatankuasa ini dipertingkatkan. Namun perlu diingat bahawa jawatankuasa Disiplin Parti hanya boleh bertindak sekiranya ada laporan rasmi kepada parti. Segala kenyataan umum melalui akhbar atau blog tidak boleh dianggap sebagai laporan rasmi. Semua pertuduhan yang dibuat mestilah disokong dengan pembuktiaan. Bukan hanya dengar cakap atau hanya melalui beberapa blog tertentu sahaja.

Sehingga kini, Jawatankuasa Disiplin telah menerima empat laporan rasmi, dan telah mengambil tindakan kepada tiga laporan, manakana satu lagi yang sedang diteliti oleh jawatankuasa. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menegakkan keutuhan parti serta hak ahli parti, maka semua pertuduhan dan pendakwaan mestilah mampu menegakkan keadilan bagi yang kena tuduh, manakala yang membuat tuduhan mestilah bersedia dengan bukti yang jelas.

Sehubungan itu, segala permasalahan parti mestilah menggunakan saluran parti yang sedia ada. Kita mempunyai pelbagai mekanisma bagi menangani isu yang berlaku dalaman parti. Gunakan saluran parti, jangan bertindak sendirian dengan membelakangi saluran parti kerana tindakan sedemikian tidak menguntungkan parti.

Perlu diingat bahawa Jawatankuasa Disiplin memandang serius beberapa tindakan bagi membincangkan semula sesuatu yang telah diputuskan dan dianggap telah selesai. Lantaran itu, sekiranya ada dikalangan ahli biasa atau pimpinan yang cuba mengheret parti kepada permasalahan yang telah kita putuskan, maka mereka mesti bersedia untuk diambil tindakan.

Awasilah media perdana yang berusaha melaga-laga pimpinan, dengan memberi gambaran buruk kepada satu pihak dan selah-olah memberi gambaran baik pada pihak lain. Kerana mereka sedang berusaha memecahbelahkan kita dan merosakkan hubungan baik serta setiakawan kita dalam Pakatan.


Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti.

Video Clip Sidang Media Mesyuarat Khas PAS 28 October

Ini adalah video clip sidang media di ibu pejabat PAS Kuala Lumpur mengenai hasil mesyuarat khas yang telah dijalankan pada hari Rabu 28 October 2009 jam 9.00 malam dan berakhir pada pukul 1.50 pagi..


Video Clip adalah hasil kerja Saudara Panzer UO

Alhamdulillah! Semuanya baik..

Alhamdulillah!! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Setelah bermesyuarat hampir 4 jam, tiada berita yang menggemparkan...


Berita dari MSO.

Jam: 1:15 am Mesyuarat khas Pas baru saja selesai kira-kira 15 minit tadi. Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.

Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatn ke atas Hasan.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar Pas mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 Disember depan sebagai ganti EGM.

Prof Abdul Aziz Bari dicadangkan dipanggil untuk memberi pandangannya dalam seminar berkenaan.


Berita dari ali baganutama

Kenyataan dari keputusan meeting malam tadi telah dikeluarkan.

1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

*Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslam Sms masih lagi mengekalkan status quo masing-masing.


Gambar adalah hasil kerja Saudara Panzer UO.


End of Jeffrey Kitingan Mission Imposible..

FIRST of all we, a loyal members of PKR would like to congratulates Ahmad Thamrin for being appointed as Sabah State Chief. Well, as per camp J (Camp Jeffrey) requisition, to have a truly Sabahan to hold the post of State Chief, so the President has granted their request by appointing Ahmad Thamrin. Excellent job Dato' Seri President!


According to PKR's constitution, President has every right to appoint whoever that he/she likes to be the State Chief. So there shouldn't be any doubtful about it, eventhough camp J has claimed that they got 3/4 supports from the Divisional Chiefs. As a party member we should obey with the President decision. If anybody or whoever reluctant to bear the decision made, they are welcome to pull themselves out from PKR in block.

This group are just a liability to the party. They might think that they are the important person in party. For a God sake, they are nothing but a trouble-maker. They've created a lot of irreparable problems. I believes if they are gone, a lot more KDM will joint PKR and PKR will gain more trust from the Muslims and KDM. As what I've written before, this camp J is a disaster to PKR. Get rid of them and PKR will gain more and more supporters from every level of peoples. Trust me.

Dr Jeffrey should be thankful to the President for appointing him as the Vice President of PKR. To be frank, Dr Jeffrey has no influence in Sabah. Dr Jeffery bought a number of ‘fragile’ divisional chiefs in order to show to President and Ketua Umum that 3/4 divisional chiefs has supported and wanted him to be the State Chief. The grass-roots doubts the sincererity of Dr Jeffrey and his so called hard-core teams. Dr Jeffrey is a racialist and there's no way in hell that he could unites natives Muslims and natives non-muslims. We exactly don't have faith on him. They are experts in making up defamation.

I remembered Dr Jeffrey at once has chosen his own relatives to stand in Pitas on 2008 general election. Pitas is a Muslims area and it's end up with miserable result and deposit deprived ! Even Dr Jeffrey manage to win all KDM's seats they still can't rule the state. Happy daydreams Dr Jeffrey and the gangs.

From the rumours I've heard that Dr Jeffrey and the gangs would like to joint SAPP and it's not a shock if the current President of SAPP will be kicked out by Dr Jeffrey and the gangs. Well Yong Teck Lee, beware! This bizzare groups will crushed your SAPP as what they did to PKR. No wonder Pairin doesn't want his brother back to PBS. PKR should have not bring in Dr Jeffrey to PKR on the first place. Look what he did to PKR - a massive destruction!

By the way, who is Daniel John Jambun in PKR? He is not even a divisional chief and he is only former Deputy Sabah State Chief. Talking about the so called so powerful KDMTF, another daydreamer!

This task force it's not mentioned elsewhere in the PKR's constitution. This KADAZAN MURUTDUSUN task force are only created by Dr Jeffrey to ensconce himself. Wake-up dude, stand on your own feet and stand right infront of the mirror, and ask yourself, who am I and does myself meaningful to the party? If the answer is NO, it means that you and Dr Jeffrey brains need to be motivated and get polished!

Once again, to Ahmad Thamrin just ignores these uppish and broken-hearted groups headed by Dr Jeffrey and the gangs such as Awang Ahmad Sah, Awang Tengah, Duljit, Johanis, Jalumin and Lajim Yusof.

We are definately will gives our 100% moral supports to you. These groups will continously attacks you and your line-up Majlis Pimpinan Negeri. Let it be. Let the camp J barks all night long. So far they've done nothing good to PKR only demolishing and jeopardizing PKR.

To Daniel John, who are you to judge Ahmad Thamrin as a poor performer? Don't ever equalize the messed that you and Dr Jeffrey has done with other people. At least we are having a Sabahan leaders and may I remind you as per you and your gangs requested, remember?

So take it or leave it. Don't like? Get yourself out from PKR and leave PKR alone!


Sabahkini

Wednesday, October 28, 2009

Apa yang akan berlaku dalam PAS malam ini?

KUALA LUMPUR, Oct 28 — Mulai Jam 8.30 malam tadi, para pemimpin utama PAS akan berhimpun di Tingkat 5, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Mereka akan berhimpun untuk menyertai satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat yang dipanggil presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Yang menjadi tumpuan malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah menulis dalam blognya mengkritik pimpinan utama PAS dan mencadangkan agar diadakan satu muktamar khas untuk menukar mereka.

Beliau yang berlepas dari Kota Bharu petang tadi dijangka akan menyertai mesyuarat ini walaupun pada awalnya tidak bercadang untuk berbuat demikian.

Bahkan beliau telah memberikan pesanan kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, apa yang hendak beliau sampaikan kepada pucuk pimpinan PAS.




Turut serta dalam mesyuarat ini adalah semua AJK PAS Pusat dari presiden, timbalan, naib-naib presiden, ketua-ketua dewan dan AJK yang lain. Di samaping mereka, sebagaimana biasa, turut serta dalam mesyuarat ini adalah 13 para pesuruhjaya PAS negeri-negeri.

Apakah yang akan berlaku malam ini? Inilah yang hendak diketahui oleh semua mereka yang berada di luar bahkan yang bakal berada dalam mesyuarat ini.





Pokok isu kini adalah apakah Nik Aziz berjaya mendapatkan apa yang disebutkan dalam blognya iaitu satu muktamar khas untuk menukar pimpinan PAS yang ada.

Apakah orang itu terlebih baik dari Abdul Hadi. Menurut Prof Abdul Aziz Bari, sebagaimana yang dinyatakan dalam tulisan asal yang menjadi rujukan Nik Aziz, Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah lebih baik dari Abdul Hadi berdasarkan kerajaan Kedah lebih baik dari kerajaan Terengganu pimpinan Abdul Hadi dahulu.

Benarkah begitu? Adakah ahli mesyuarat ini akan bersetuju jika dibawa pandangan sebegitu. Adalah diyakini, jika mengundi, akan terlebih ramai ahli mesyuarat ini akan memihak kepada Abdul Hadi.

Namun begitu, sebagaimana yang dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya baru-baru ini, jarang sekali pengundian berlaku dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka akan cuba mencapai kata sepakat dalam membuat sesuatu keputusan bukannya mengundi.

Ramai juga yang menimbulkan persoalan, kalau begitu apa yang akan dicapai dalam mesyuarat ini. Adalah diyakini, dalam mesyuarat ini yang dicari mereka adalah kata sepakat. Untuk itu, sebagaimana keputusan mesyuarat Dewan Pemuda PAS malam tadi, mereka akan berterus terang malam ini.

Pokoknya adalah pendekatan yang PAS mahu ambil dalam menentukan halatuju parti. Hendak berbaik-baik dengan Umnokah sebagaimana yang digembar-gemburkan atau benar-benar memperkuatkan Pakatan Rakyat.

Adalah diyakini, PAS akan berpendirian memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan muktamar yang lalu dan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba mendekati Umno.

Kalau benarlah ini yang dicapai, Nik Aziz akan berpuashati dan tidak perlulah muktamar khas itu.




Berita dari : The Malaysian Insider

Gambar-gambar adalah hasil kerja Saudara Panzer UO

Mak aihh!! Ramainya bodyguard Speaker haram tu.. kalah PM!

Nampaknya jawatan Speaker DUN Perak kelihatan seperti satu jawatan yang sangat penting buat Negeri Perak..

Ya lah.. PM 1Malaysia sendiri pun paling ramai pun 6 bodyguard yang kelihatan.. tapi speaker haram DUN Perak ni? 14 atau 15 body guard yang mengawal dia.. tapi ada yang kata 20 orang semuanya..

Dari jauh..

Dekat sikit.. Mak aih!! ramainya bodyguard dia..

Benda haram pun korang kawal macam ni ya.. berharga sangat ka dia tu? Takut hilang ka? Tapi tak adanya orang yang nak curi speaker haram korang tu..

Atau korang takut dia diangkut keluar dari dewan macam mana korang buat kat Sivakumar dulu?

SUK Perak pagi ini



Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jeep, dua truck Unit Simpanan Persekutuan dan dua truck meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pada jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails