Wednesday, September 30, 2009

Tun Mahadet dah merajuk ooi!!

Merajuk dah orang tua ni....kesian...

KUALA LUMPUR, 30 Sept - Mahadet yang telah diperlakukan bagai tisu tandas, dibiarkan bagai anjing menyalak bukit dan diguris dan dipijak-pijak perasaannya oleh Najib dan Muhyiddin dengan tidak mengambil peduli saranan Mahadet agar Isa Samad tidak dicalonkan sebagai calon di PRK Bagan Pinang.

Hari ini telah merajuk... beliau berkata kepada BERNAMA "Saya tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang."

Dan apabila ditanya adakah beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN. "Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira,"

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak.".

Cuba korang baca semula kenyataan dia yang ini..
"Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira,".. bunyi macam jauh hati saja..

Kan orang dah kata.. Tun duduk rumah jaga cucu, petang-petang pergi ke Masjid lagi baik dari menyibuk pasal UMNO tu.. Depa tu bukan nak dengar kata Tun dah.. ha! tengok la ni depa buat Tun macam tisu tandas saja.. nak pakai cari, lepas pakai buang..

Tak patut sungguh!!!.

Isa Samad pilihanku...

Dunia tidak akan melupakan Napoleon, Deng Xiaping, Habibie atau Danny de Vitto. Kesemua mereka adalah orang katek yang telah berjaya meninggalkan zuriat.

Saya berani berkata bahawa Tan Sri Isa Samad adalah Napoleon kita yang datang dari Linggi, bukan Napoleon dari watak buku
Animal Farm itu.

Tanyalah sesiapa sahaja yang berasal dari Negeri Sembilan, pasti mereka akan terkenang-kenangan akan sumbangan Tan Sri Isa Samad.


Semasa Tan Sri Isa berpindah ke Kuala Lumpur, orang-orang Negeri Sembilan telah menangis kerana memikirkan projek pembanguan di Lake Garden Seremban terbengkalai gagal tanpa kehadiran Tan Sri Isa.

Tan Sri Isa akan membawa idea Konsep meneroka kawasan-kawasan hijau dalam kota Seremban untuk membangunkan kawasan simpan Bukit Nenas, Bukit Persekutuan dan Bukit Ceylon. Beruntunglah sesiapa yang menjadi warga Ibukota.

Malah, sebulan setelah menjadi Menteri Wilayah, Tan Sri Isa telah mencadangkan agar semua bulatan - roundabout - yang dianggap besar di sekitar Kuala Lumpur; seperti di hadapan Dewan Perhimpunan Cina, boleh diswastakan. Bulatan yang luas boleh dijadikan pasarana pemangkin ekonomi. Untuk saya, idea seperti inilah yang amat-amat diperlukan untuk mengembangkan ekonomi kita dalam era global.

Doktor senapang

Pengalaman Tan Sri Isa Samad dalam pentadbiran Negara dan Negeri Sembilan Incorporated cukup positif dan amat-amat diperlukan oleh rakyat, terutama di Bagan Pinang.

Mungkin ada rakyat di luar Negeri Sembilan tidak pernah mendengar nama Doktor Senapang (nama terjemahan dari Bahasa Inggeris oleh DBP) - nama yang sinonim dengan Tan Sri Isa Samad. Doktor Senapang adalah rakan, kawan dan penasihat Tan Sri Isa Samad suatu masa dulu.

Tanpa Doktor Senapang, pastilah banyak kawasan balak di Negeri Sembilan yang terus terbiar menjadi hutan rimba. Tanpa idea Tan Sri Isa Samad dan Doktor Senapang, rakyat Malaysia hanya akan melihat pasir memutih dan pantai melandai di Port Dickson.

Tan Sri Isa Samad dan Doktor Senapang adalah dua badan satu kepala. Doktor Senapang akan mencari tanah dan kawasan baru, terutama kawasan tanah rizab Melayu. Kawasan-kawasan ini akan ditunjukkan kepada Tan Sri Isa dan di sini, mereka berdua akan turun menembak. Inilah hubungan intim antara politikus Melayu dengan cukong Cina yang wajib dijadikan asas untuk memangkin Agenda Melayu dan 1Malaysia.

Kerana semua ini, saya dengan jujur meminta agar media-media dan laman-laman web untuk tidak lagi memperlekehkan kewibawaan Tan Sri Isa Samad. Saya meminta semua pihak memberhentikan polemik politik wang ini. Jika agenda politik wang a.k.a rasuah ini diteruskan, pasti musuh-musuh Umno yang sakit-sakit tulang belakang pun, akan berani menyerang.

Sesiapa sahaja yang terus mempertikaikan kewibawaan Tan Sri Isa Samad ini saya anggap mereka cemburu, dengki dan iri hati. Telah sampailah masa dan ketikanya bagi anak jati Adat Pepateh menyandang jawatan ADUN pula. Seperti Napoleon yang datang dari pulau Corsica yang kecil, Tan Sri Isa Samad juga datang dari mukim Linggi yang kecil.


Kalau Napoleon akan menawan seluruh Eropah, Tan Sri Isa Samad akan menawan semua tanah kosong dan kawasan setinggan di Bagan Pinang. Justeru, tanpa segan dan silu saya mencadangkan diri saya untuk menjadi Orang Isa.


Ditulis oleh Hishamuddin Rais pada suatu masa yang lampau.. err.. aku dah edit sikit..

Kes Rasuah Isa Samad, pernahkah beliau didakwa dimahkamah?

Ramai sudah tahu bahawa Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahlian Umnonya tidak lama dahulu setelah terlibat di dalam jenayah rasuah semasa perebutan jawatan Naib Presiden di dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno pusat pada tahun 2004 dahulu.

Kesalahan rasuah adalah satu kesalahan serius dan perlu dibicarakan serta diadili oleh mahkamah dengan menggunakan perlembagaan negara yang telah lama termaktub itu.

Jadi, samada kita sedar atau tidak, Isa Samad ini tidak pernah dibawa kesnya ke mahkamah untuk diadili dan dihukum jika dia didapati bersalah di atas kesalahan jenayah itu.

Ini kerana, hukuman penggantungan keahlian itu cuma diputuskan oleh Lembaga Disiplin Umno dengan mengunakan peraturan-peraturan Umno sahaja.

Maka timbullah persoalan, adalah peraturan Umno itu lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia? Sedangkan di dalam perlembagaan negara secara jelas menyebut, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan dengan sendirinya dianggap terbatal.

Jikalau kesalahan ini diambil atas dasar soal dalaman Umno, maka jikalau ada satu kes pecah amanah di bank, maka si pesalah itu tidak perlu dibawa ke balai polis untuk di dakwa kerana itu adalah cuma soal dalaman bank tersebut. Adakah cukup si pesalah itu cuma dipecat dari pekerjaannya sahaja tanpa didakwa atas kesalahan pecah amanah tersebut?

Begitu juga jikalau sebuah sekolah membuang seorang muridnya kerana kesalahan mencuri, murid itu tidak perlu dibawa ke balai polis hanya kerana itu urusan dalaman dan lingkungan sekolah itu sahaja.

Saya juga merasa hairan, kenapa kes Isa Samad ini tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes jenayah rasuah di dalam perebutan jawatan lain di dalam Umno ada yang dibawa ke mahkamah seperti kes Dato’ Norza Zakaria?

Adakah di sini Umno melakukan pendakwaan terpilih dan melepas jerung-jerung kerana mempunyai pukat yang halus? Hanya bilis-bilis sahaja yang boleh tersangkut.

Atau hanya disebabkan perbezaan kem di dalam Umno, maka ada yang didakwa dan ada yang terlepas.

Jawatan terakhir Isa di dalam kerajaan ialah sebagai Menteri Wilayah Perseketuan. Akibat dari kesalahan jenayah rasuah itu, Isa Samad cuma meletak jawatan dari jawatan menteri tersebut dan dia bukannya dipecat.

Ini disebabkan kerana Lembaga Disiplin Umno tidak mempunyai kuasa atau hak untuk memecat mana-mana jawatan seorang anggota kerajaan. Oleh itu bagaimana dia harus dipecat sedangkan dia tidak didakwa oleh mana-mana mahkamah?

Saya tidak pasti samada Isa Samad ini pernah dipanggil atau tidak untuk diambil keterangannya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau sekarang ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tuduhan jenayah rasuah itu.

Kini, Isa Samad dinamakan sebagai calon Umno untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang 11 Oktober nanti. Walaupun perkara ini mendapat bantahan dari ramai pemimpin veteran Umno, tetapi Najib terpaksa mengikut kehendak akar umbi Umno di Teluk Kemang.

Pemilihan Isa ini juga membuktikan bahawa transformasi yang mahu dilakukan oleh Najib itu adalah omongan kosong dan sekadar retorik serta hanya menyedapkan halwa telinga sahaja.

Ini bermakna, Umno masih lagi mahu membela dan memeliharan pemimpin-pemimpin yang korup dan mempunyai rekod jenayah serta tidak beramanah.

Ia juga menunjukkan bahawa Najib tidak mahu mengikut kehendak rakyat negara ini yang mahu mempunyai pemimpin-peminpin yang bersih tetapi sebaliknya dia mahu mengikut kehendak orang-orang Umno di Teluk Kemang sahaja.

Najib juga telah menolak tawaran bekas Presiden Umno, Mahathir untuk menjadi calon di Bagan Pinang. Bagi Mahathir, dia adalah pilihan yang lebih baik berbanding perasuah itu.

Misteri undi Pos Bagan Pinang ?

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi.

N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos HARAM.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi.

Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini. Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam.


1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan besar SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR



Oleh:Te@M I.T

Isu jawatan KM digilir.. apa kata Yusmadi sebenarnya..

Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Yusmadi Yusoff menjadi watak utama apabila Berita Harian menyiarkan berita bahawa beliau mahu jawatan KM Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru.

Berita yang bertajukkan "Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir mengikut formula baru" dengan tajuk sampingan "Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri", menimbulkan kontradiksi antara parti komponen PR, khususnya DAP dan PKR, hari ini.

Setiausaha Agung DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kenyataan untuk menyelar Yusmadi Yusoff sebagai gila kuasa dan rasis. Ng Wei Aik mengambil Sabah sebagai contoh untuk membuktikan bahawa sistem KM bergilir gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Yusmadi: Tidak sebut "giliran"

Bagaimanapun, ahli parlimen Balik Pulau ini memberi penjelasan melalui kenyataan media selepas itu. Yusmadi menjelaskan bahawa dirinya ditelefon wartawan Berita Harian untuk bertanyakan pandangannya mengenai hari raya. Beliau tidak mengulas sama sekali berkenaan isu KM bergilir.

"Saya langsung tidak menyebut perkataan 'giliran' dalam temuramah tersebut," katanya, yang kini sedang mempertimbangkan nasihat peguam lain untuk tindakan seterusnya. Berita Harian dikatakan memetik hujahnya dalam konteks yang berlainan.

Yang berikut adalah kenyataan penuh Yusmadi Yusoff:

Hari ini saya dihujani dengan email dan sms daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan parti saya dan teman-teman penyokong Pakatan yang membaca laporan akhbar di dalam Berita Harian halaman 6 bertarikh 29 September 2009 bertajuk "Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru".

Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah sekali-kali membangkitkan isu jawatan KM DIGILIR ikut formula baru. Saya memberi pandangan berlatar belakangkang sambutan hari raya yang antara lain menunjukkan bahawa terdapat penerimaan masyarakat terhadap citra kepimpinan politik baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2009. Kunjungan rakyat berbilang kaum ke rumah-rumah terbuka anjuran pimpinan Pakatan Rakyat tidak kira bangsa seperti yang dianjurkan oleh pimpinan PKR, DAP dan PAS menggambarkan bahawa formula kepimpinan yang digunakan oleh BN/UMNO yang mengangkat agenda perkauman telah ditolak.

Saya cadangkan kenyataan saya dibaca tanpa TAJUK dan Tafsiran yang diberikan oleh akhbar, tetapi fokus kepada petikan (quotation) yang digunakan yang lebih menggambarkan kenyataan saya yang sebenar. Saya yakin pembaca sekalian mempunyai kematangan untuk membezakan apa yang benar dan apa yang salah.


Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru (Tafsiran media)

Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri (Tafsiran media)

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin selaras prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat (PR), keadilan untuk semua. (Tafsiran media)

Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata formula politik baru itu perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu. (Tafsiran media)

Beliau berkata, sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri. (Tafsiran media yang mana saya tidak langsung merujuk kepada formula bergilir)

"Pulau Pinang sejak dulu lagi terperangkap dengan formula BN dan Perikatan yang menjadi asas politik perkauman dengan memberi jawatan Ketua Menteri kepada kaum Cina semata-mata atas alasan kaum majoriti di negeri ini."

"Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. (kenyataan saya yang merujuk kepada perbezaan normatif dan prinsip kepimpinan politik Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman berbanding BN)

Mohd Yusmadi percaya kepemimpinan tertinggi pakatan termasuk DAP, PKR dan Pas dapat menerima pandangan itu dan melaksanakannya. (Tafsiran media)

"Tidak ada masalah (pelaksanaan), sebab mereka (PR) turut mengangkat agenda keadilan dan menolak prinsip perkauman seperti Pas yang melaungkan slogan Pas untuk semua." (suntingan petikan yang tidak lengkap- kenyataan saya ialah Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman tidak akan terperangkap dengan model kepimpinan ala BN/UMNO)

"PKR sendiri adalah parti yang menolak agenda perkauman dengan mengangkat agenda keadilan dan ini dibuktikan melalui kepemimpinan kami yang diterima rakyat tanpa mengira kaum," katanya. (kenyataan saya yang mnngangkat dasar PKR keadilan untuk semua dan perkataan "Kami" yang digunakan sebenarnya ialah "Anwar Ibrahim" yang saya katakan sebagai conton pemimpin yang diterima oleh semua rakyat bukan di atas sebab perkauman tetapi keadilan untuk semua. Contoh tersebut tidak digunakan)

Beliau yang mewakili golongan muda di negeri itu juga yakin formula baru itu dapat dilaksanakan menerusi pendekatan tolak ansur antara pemimpin dalam pakatan. (Tafsiran media - kenyataan sebenar saya ialah prinsip politik Pakatan Rakyat mendapat tempat anak muda yang menolak politik perkauman dan bukan "tolak ansur" seperti yang dilaporkan. Saya tidak pernah menggunakan perkataan tolak ansur)

"Saya yakin inilah citra politik yang dimahukan rakyat Malaysia, iaitu kepemimpinan politik tidak kira kaum Melayu, Cina dan India," katanya. (kenyataan saya yang menunjukkan perkembangan sihat politik Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman)

Ditanya pandangannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang sedia ada, Lim Guan Eng, Yusmadi berkata, Lim sekarang berusaha keras memenangi hati rakyat dengan memberi keutamaan kepada pelbagai aspek dan usahanya itu diterima baik semua pihak.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan teman-teman dan pembaca. Saya yakin apa yang dikatakan "Liberation is a tough a job".


Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Malaysia (Balik Pulau)
Ketua AMK Pulau Pinang



MerdekaReview

Umno: Dulu, kini dan selamanya – korup!

Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.

Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan.

Soalnya, mengapa mesti Umno hari ini ambil pusing soal apa kata Mahathir. Memang mudah untuk Mahathir melontarkan "nasihat" sedemikian kerana bukan beliau menduduki kerusi Presiden Umno yang membawa bersamanya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Bukan Mahathir yang mengepalai sebuah parti yang telah kalah lapan pilihanraya kecil berturut-turut sejak pilihanraya umum tahun lalu. Satu lagi kekalahan akan mengesahkan Umno makin terkubur dalam politik negara.

Dan bukan Mahathir yang terpaksa was-was terhadap seorang Timbalan bernama Muhyiddin Yassin yang begitu ghairah mencanang dirinya sebagai penyelamat maruah bangsa Melayu.
Atas dalil-dalil itu, memang tidak mengejutkan Perdana Menteri Najib Razak memilih Isa Samad sebagai calon untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang yang secara tradisinya milik parti itu. Isa adalah sinonim dengan politik Negeri Sembilan. Beliau menjadi Menteri Besar selama 25 tahun, lebih lama dari Mahathir jadi Perdana Menteri. Teluk Kemang adalah kubu kuatnya. Beliau dikenali kebanyakan pengundi secara peribadi. Namanya ada daya penariknya sendiri di Teluk Kemang.

Berasaskan faktor-faktor ini, Isa difikirkan calon paling layak untuk mengembalikan maruah Umno dan memastikan tunjang Barisan Nasional tidak tewas lagi pada pilihanraya kecil, sekali gus memberikan ruang untuk Umno mendabik dada dan mengisytiharkan bahawa parti itu semakin pulih dan sokongan rayat semakin ketara.

Tidak apa jika Isa pernah didapati salah membeli undi, iaitu menyogok perwakilan Umno untuk bersubahat dengannya melakukan rasuah. Tidak apa jika Umno sebelum ini melaung-laungkan slogan ia harus berubah, kononnya Umno mesti berubah sebelum rakyat mengubahnya. Slogan-slogan bahawa pemimpin rasuah harus ditolak dan tidak lagi diberi tempat, masih nyaring di telinga kita.

Jawapan yang pasti disajikan pengundi Bagan Pinang ialah Isa sudah pun menjalani hukuman digantung tiga tahun dan hilang jawatan naib presidennya dan sehubungan itu harus diberi peluang untuk berbakti kepada rakyat. Sehubungan itu stigma ke atas Isa sebagai pengamal rasuah politik tidak harus menjadi halangan untuk menghidupkan semula karier politiknya.

Hakikatnya, hukuman terhadap Isa hanya bererti beliau melepaskan jawatan Naib Presidennya yang dimenangi dengan menyogok perwakilan. Beliau tetap menikmati segala emolumen, pencen, dan faedah lain semasa khidmatnya dengan kerajaan. Beliau juga tidak dirujuk kepada BPR atau SPRM kerana mengamalkan rasuah. Pendek kata Isa disuruh ”:menghilangkan diri dari kaca mata rakyat” selama tiga tahun sebelum dibenarkan tampil semula.

Adakah beliau kembali dengan politik baru untuk berbakti kepada rakyat secara tulus ikhlas, tanpa cuba merasuah sesiapa dalam mengejar jawatan. Dan jika sekali pun beliau memberi komitmen sedemikian, adakah kita harus menelannya begitu sahaja, semata-mata kerana Umno ketandusan calon yang sama popular dengan Isa.

Jika Najib benar-benar menghayati angin perubahan yang dicanangkan olehnya sebagai wajib untuk merekacipta semula Umno bagi menjadikan parti itu bebas dari politik wang, Isa Samad tentunya tidak akan menjadi pilihan di Bagan Pinang. Seorang calon, biarpun muka baru namun bersih, berwibawa dan berpendidikan tinggi lebih wajar ditawarkan kepada pengundi Bagan Pinang.

Namun berdepan dengan ugutan ahli Umno Bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri, Najib sekali lagi menunjukkan beliau tidak sanggup menanggung risiko politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan kelangsungan karier politiknya sendiri.

Beliau mempunyai peluang terbuka untuk menghantar mesej jelas kepada rakyat bahawa Umno telah menutup pintu kepada pemimpin-pemimpin korup seperti Isa Samad, apabila berlaku kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Tetapi beliau memilih jalan selamat untuk mententeramkan penyokong Isa dengan memberi Isa tiket untuk memenangi Bagan Pinang dan menukar sifir politik Umno di Negeri Sembilan yang dipimpin oleh musuh ketat beliau, Mohamad Hassan.

Namun persoalan lebih besar ialah penerimaan rakyat keseluruhan terhadap keputusan Najib untuk terus "berdansa" dengan tokoh-tokoh Umno yang didapati terbabit dalam amalan rasuah oleh Jawatankuasa Displin parti itu sendiri.

Dengan memilih Isa, Najib dalam kedudukan lebih terjamin untuk memenangi pilihanraya kecil yang pertama di Semenanjung sejak pilihanraya umum tahun lalu.
Misi untuk mengubah amalan rasuah, politik wang, kronisme, membeli undi dan sebagainya dilupakan begitu sahaja dalam keghairahan untuk berpegang kepada kerusi Bagan Pinang. Jika begitu, maka tepatlah slogan Umno : Dahulu, Sekarang dan Selama-lamanya.


TVAntara

Tuesday, September 29, 2009

Zulkefly calon PR dari PAS bagi PRK Bagan Pinang


TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.


Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK: 6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN


JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)


LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN


PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

Demi meraih undi, Port Dickson Diisytihar Bandar Tentera Darat



PORT DICKSON, 29 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membuat pengumuman itu di sini, berkata langkah itu bagi mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di bandar itu.

"Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat," katanya pada majlis sambutan Aidilfitri Tentera Darat di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin dan 2,000 pegawai dan anggota tentera.

Najib berkata pengiktirafan itu amat membanggakan tetapi beliau tidak mahu ia tinggal sebagai satu sebutan sahaja malah mahu pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu supaya ia diabadikan.

Katanya beliau bangga bahawa ATM telah membuktikan bahawa ia bersikap profesional dan berjaya mencatatkan sejarah sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan ancaman komunis.


BERNAMA


Sepatutnya berita ni ditulis begini..

Najib ketika membuat pengumuman disini berkata langkah itu bagi memastikan Tentera Darat yang akan menjadi pengundi Pos di Bagan Pinang akan mengundi BN sebagai membalas budi.

Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek yang boleh dianggap rasuah pilihanraya bagi memenangi hati anggota Tentera Darat yang mengundi disini..

mmm.. Tentera pun hang nak rasuah jugak ya Najib...

Pesalah rasuah jadi calon?? Tranformasi korokmu Najib!!

Artikel ini telah ditulis oleh seorang Ahli UMNO yang menentang pencalonan Isa Samad, sebelum Isa Samad disahkan sebagai calon di Bagan Pinang..

Baca sampai habis.. best ooo...


Saya pada kali ini tidak bisa lagi menyembunyikan perasaan kecewa dan menyimpan kata kecil hati saya lagi. Mohon ampun dan maaf jika tulisan saya pada kali ini melukankan hati ahli-ahli UMNO, khususnya UMNO Bagan Pinang.

Namun demikian, itu tidaklah bermakna saya harus menutup mulut saya untuk bercakap perkara yang sebenar - demi memastikan UMNO terus relevan dan diterima oleh rakyat kembali.


Secara jujur dan berterus-terang saya mungkin merupakan ahli UMNO kedua selepas Tun Mahathir yang sangat keras menentang pencalonan Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang - walau apa-apa juga alasan yang diberikan oleh para penyokongnya, saya dengan tegas tetap berpendirian, Tan Sri Isa Samad harus ditolak terus daripada menjadi calon UMNO di DUN tersebut.

Alasan saya amat mudah, pencalonannya itu hanya akan mengundang fitnah yang dahsyat kepada diri beliau, di samping menyemarakkan lagi api kebencian rakyat kepada UMNO, sekali gus rakyat akan membuat tohmahan bahawa transformasi yang ingin dilakukan oleh DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin adalah palsu dan tidak ikhlas. Dalam hal ini, rakyat mahu DS Najib dan TS Muhyiddin bertegas bahawa mana-mana ahli UMNO yang sudah jelas terlibat dengan politik wang dan rasuah haruslah ditolak terus tanpa banyak soal dan rasa kasihan lagi, hal ini adalah jelas untuk menyelamatkan UMNO daripada golongan yang hanya mahu menimbunkan kekayaan peribadi.

Kita tidak harus ada rasa serba salah dalam hal ini. Sebagai pemimpin tertinggi UMNO, DS Najib dan TS Muhyiddin harus bertegas dan berani berkata "tidak" kepada TS Isa Samad dan para penyokongnya di Bagan Pinang. Jika tidak, UMNO akan tetap dilihat sebagai parti yang masih sayangkan pemimpin-pemimpin korup. Rakyat biasa yang berada di luar DUN Bagan Pinang pasti akan kecewa jika Tan Sri Isa Samad masih menjadi pilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO, dan impaknya adalah besar terhadap maruah dan integriti UMNO secara keseluruhannya.

Walau apa pun keadaanya, pencalonan Tan Sri Isa Samad harus segera dihalang dan digantikan dengan muka baru yang bersih daripada unsur rasuah dan politik wang. Hujah-hujah saya untuk menolak Tan Sri Isa Samad adalah seperti berikut : -

1. UMNO sama sekali tiada hujah untuk membela Tan Sri Isa Samad dalam soal rasuah dan politik wang - hal ini adalah kerana, terbukti UMNO telah menjatuhkan hukuman bahawa Tan Sri Isa Samad didapati bersalah terlibat dengan rasuah dan politik wang. Ini merupakan senjata yang paling ampuh parti pembangkang bagi menyerang peribadi dan integriti calon.


UMNO sudah tentu akan dituduh sebagai sebuah parti yang tidak pernah mahu insaf dan sedar diri, UMNO seolah-olah masih mahu menjadikan bekas perasuah sebagai calon pilihan raya. Malah, UMNO juga akan dilihat sebagai sebuah parti yang ketandusan calon dan pemimpin muda yang bersih daripada gejala rasuah dan politik wang.

PAS akan mendakwa bahawa, "Lihatlah tuan-tuan semua, bekas perasuah dijadikan calon UMNO, UMNO sebenarnya masih tidak serik dan mahu bertaubat, niat murni DS Najib kononnya mahu UMNO kembali bersih adalah retorik dan janji kosong semata-mata. Apakah rakyat boleh diperbodohkan lagi dengan mengundi seorang perasuh? UMNO cuba memperbodohkan rakyat, tetapi rakyat bijak dengan menolak calon yang terbukti pernah terlibat dengan rasuah dan kita tidak mahu UMNO terus-menerus memperbodohkan para pengundi di Bagan Pinang agar mereka tetap memilih seorang perasuah sebagai wakil mereka di sana."


2. Implikasi menjadikan Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil hanya mengundang krisis keyakinan yang berterus kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Kesannya bukan sekadar UMNO di Bagan Pinang semata-mata, sebaliknya memberi impak negatif kepada seluruh UMNO itu sendiri. Kita, kononnya mahu membersihkan UMNO daripada para rasuah dan pengamal politik wang, tetapi malangnya kita masih mahukan bekas perasuah sebagai calon kita - di mana kewarasan dan kebijaksanaan kita? Ahli-ahli UMNO yang ikhlas tidak akan yakin lagi terhadap UMNO, jika kita masih tidak mahu belajar daripada sejarah. Pembangkang pasti akan berkata, UMNO tidak bijak memilih calon bagi mewakili parti tersebut di DUN Bagan Pinang, sebaliknya rakyat yang lebih bijak jika menolak calon UMNO yang jelas terlibat dengan rasuah.

3. Mari sama-sama kita fikirkan, sudah berapa lama Tan Sri Isa Samad menjadi MB Negeri Sembilan? Pada hemat saya, cukuplah dengan rezeki yang telah Allah kurniakan kepadanya selama ini. Sudah tiba masanya beliau bersara daripada politik. Jika benar Tan Sri Isa samad ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara, serta sayangkan UMNO, maka adalah lebih baik jika beliau bersara sahaja daripada politik - atau setidak-tidaknya lebih awal menolak sebarang pencalonan untuk dirinya bagi kerusi DUN Bagan Pinang.

4. Ajaib dan sedikit aneh, 33 orang ahli jawatankuasa UMNO Bagan Pinang sanggup menentang arahan kepimpinan tertinggi UMNO Pusat yang sebelum ini meminta agar disenaraikan 7 nama sebagai pilihan untuk dijadikan calon UMNO di DUN tersebut, sebaliknya AJK UMNO Bahagian tersebut sebulat suara hanya mahu menghantar satu nama sahaja kepada TS Muhyiddin - dan nama tersebutnya sudah semestinya TS Isa Samad - hal ini bukan sahaja menentang arahan Timbalan Presiden UMNO, malah menunjukkan seolah-olah sudah tiada lagi ahli UMNO di Bagan Pinang yang layak untuk menjadi calon UMNO selain TS Isa Samad sahaja!


Dalam hal ini, Lembaga Disiplin UMNO harus segera menyiasat jika 33 ahli jawatankuasa UMNO Bagan Pinang yang bermati-matian menyokong pencalonan TS Isa Samad itu terlibat dengan sebarang kegiatan politik wang, atau mungkin juga telah dijanjikan dengan pelbagai projek jika TS Isa Samad kembali menjadi Wakil Rakyat di kawasan tersebut. Banyak fitnah dan tanda-tanya akan berlegar di dalam kotak minda rakyat, jika TS Isa Samad terus menjadi calon UMNO dalam pilihan raya kecil kawasan DUN Bagan Pinang kelak. Hal ini adalah berpunca daripada rekod peribadi TS Isa Samad sendiri yang selama ini terjejas teruk berhubung isu politik wangnya. Kita harus ingat, UMNO bukan sahaja mahu menang dengan majoriti 2333 undi sahaja, tetapi UMNO perlu menang dengan lebih besar di kubu kita sendiri serta kembali membina imej bersihnya di mata rakyat, dan bukan di mata rakyat Bagan Pinang sahaja.

5. Cadangan saya, dalam soal ini kita harus akui Tan Sri Isa Samad mungkin dikelilingi dengan para pembodek dan penyokong yang mengharapkan imbuhan, jadi adalah lebih molek jika TS Isa Samad sendiri yang menarik diri dan bersara terus daripada politik. Kita harus sedar, dalam dunia politik, mana-mana ahli politik yang sudah terlibat dengan politik wang dan perempuan - mereka harus segera berundur dan bersara.


Hal ini adalah jelas bahawa batang tubuh mereka hanya menjadi liabiliti dan fitnah kepada UMNO sampai bila-bila. Lantaran itu, saya secara ikhlas dan jujur mohon TS Isa Samad berundurlah, berilah peluang kepada muka baru untuk diketengahkan sebagai calon UMNO pada kali ini. Lagi pun, saya fikir tiada apa-apa lagi yang hendak dikejarkan lagi oleh TS Isa Samad dalam arena politik UMNO. Beliau sudah merasa segala-galanya, sebagai Menteri Besar, sebagai Menteri, sebagai Ahli Parlimen dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri - semua ini sudah memadai bagi seorang ahli politik yang menginginkan kuasa, pangkat, kekayaan dan pengaruh. Nasihat saya, bersaralah!

6. Kita akui, DS Najib dan TS Muhyiddin berada di persimpangan - ditelan mati emak, diluah mati bapak. Jika TS Isa Samad tidak terpilih, dibimbangi akan wujud unsur sabotaj dari dalam - umpanya, jentera pilihan raya tidak bergerak, tiada kerjasama dan komitmen daripada AJK UMNO Bahagian dan pelbagai lagi - malah tidak mustahil parti pembangkang juga akan menghasut para penyokong TS Isa Samad agar berpaling tadah serta mengapi-apikan mereka supaya ahli-ahli UMNO di bahagian tersebut bersengketa, mensabotaj dan saling berpecah.


Semua ini pasti menguntungkan parti pembangkang. Kita tahu - DS Najib dan TS Muhyiddin berada dalam dilema. Namun demikian, ingin saya mengingatkan kepada mereka berdua- yakinlah kepada Allah, jika kita ikhlas mahu membersihkan UMNO daripada para perasuah dan pengamal politik wang - InsyaAllah, Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya selagi mana mereka ikhlas dan menolak kemaksiatan dan dosa.


Maafkan saya jika ahli-ahli UMNO Bagan Pinang memarahi saya atas kritikan ini - namun demikian saya ikhlas dan hanya menyampaikan kebenaran yang nyata.




azlishukri.blogspot.com

Ambik kat hang Mahadet!!...Isa Samad calon BN

Perasuah tegar tetap jadi pilihan mereka...

Sep 29, 09 4:09pm

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.


Malaysiakini


Ambik kat hang Mahadet!! Najib pun tak mau dengar cakap hang dah.. dulu sebelum dia jadi PM boleh la, sekarang dia dah berkuasa.. lu siapa?

Dah tak laku dah kata-kata hang tu..Duduk rumah la.. jaga cucu lagi baik, petang-petang boleh jugak pergi ke Masjid..

Kami nak Dato ISA.. kalau tidak kami boikot

Satu perkembangan yang menarik....
Macam biasalah .. bila kehendak mereka tidak dipedulikan, maka ugut-mengugut pun bermula..



PORT DICKSON, Sept 29 — Just hours before the announcement of the Barisan Nasional (BN) candidate for the Bagan Pinang by-election, several banners declaring support for Tan Sri Isa Samad and threatening a boycott have been put up in the state constituency.

One banner threatening a boycott if the former Negeri Sembilan mentri besar is not fielded was put up just next to the BN operation centre in Batu 6 here, where Datuk Seri Najib Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin are scheduled to name the coalition’s candidate later today.




Just yesterday, Muhyiddin who is also the BN election director revealed that the Teluk Kemang Umno division led by Isa had submitted more than one name to be candidate, suggesting that the former Umno vice-president was not the only name being considered by the party’s central leadership.

sambung kat sini..


Nampaknya dah menjadi budaya orang-orang UMNO sekarang ni, kalau kehendak mereka tidak dipeduli maka mereka akan mengugut untuk boikot,

Yang bertugas gantung poster dan bendera semasa pilihanraya, tak dapat duit ugut nak koyak poster dan turunkan bendera..
Yang ada jawatan pulak kalau tak masyuk ugut nak letak jawatan..

Dah tua.. tapi perangai macam budak-budak..

Hadiah Aidilfitri buat Mahathir..

SEPT 29 — Bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, Islam mengalakkan umatnya kunjung mengunjung di antara satu sama lain, khususnya yang muda menziarahi yang tua sebagai tanda hormat dan berkasih sayang.

Ziarah menziarahi merupakan antara budi pekerti mulia yang menjadi amalan tradisi orang-orang Melayu sejak zaman berzaman.

Selain daripada amalan berziarah, umat Islam di Malaysia juga gemar bertukar-tukar hadiah, sama ada berupa kuih raya, hamper atau sebagainya. Bagi anak-anak, merekalah yang paling gembira kerana mendapat duit raya atau “angpow” dari golongan yang lebih berusia.

Justeru elok juga jika anak-anak muda, khususnya dari kelompok pemuda Pakatan Rakyat, berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana, untuk menziarahi dan bertanya khabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kunjungan dibuat bukan untuk memberi duit raya kepada Mahathir, duit tidak perlu baginya kerana wang pencennya sudah cukup menampung kehidupan beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah.

Kali ini pemuda Pakatan Rakyat digalakkan menziarahi Mahathir untuk menyampaikan hadiah kepada beliau. Hadiahnya berupa sebuah naskhah buku “Anwar on Trial : In the Face of Injustice” karya peguam Pawancheek Marican.

Buku ini dilancarkan peguam terkemuka, Raja Aziz Addruce di sebuah hotel di ibu negara 14 September lepas.

Buku ini amat signifikan dan relevan dengan Mahathir. Ia merupakan sebuah hadiah yang amat simbolik buat beliau, kerana ia khusus membicarakan suatu tragedi besar yang berlaku di zaman pemerintahan Mahathir.

Rakyat Malaysia, khususnya yang berusia awal 20-an, semestinya mengingati Dr Mahathir, sebagai negarawan ulung, yang menjadi PM serta Presiden Umno yang paling lama dalam sejarah, iaitu lebih 22 tahun.

Jasa-jasa Mahathir cukup besar untuk dicatat dan diperkatakan dalam kolum yang terhad ini. Beliau digelar “Bapa Pembangunan Malaysia Moden”.

Di zaman pemerintahannya terlalu banyak “event” yang berlaku. Ada bright side (sisi terang) dan ada dark side (sisi gelap).

Pandangan dari sudut “sisi terang”, sudah terlalu banyak diperkatakan oleh media pengampu. Media mengiyakan sahaja semua kata dan tindakan Mahathir, sehingga mereka “menjamu” rakyat, dengan berita-berita yang “menghairan”, mengutuskan bahan pembacaan yang “meloyakan” dan melaporkan “tiga suku” berita perdana yang membohongi rakyat.

“Sisi gelap” pemerintahan Mahathir ditutup dan digelapkan terus daripada rakyat. Namun itulah bak kata pepatah “bangkai nyamuk boleh ditutup, inikan pula bangkai gajah”.

Dalam politik Malaysia nama Mahathir tidak boleh dilupakan kerana tiga TPM jatuh dan dijatuhkan di zamannya. Jika diperhalusi satu persatu, barangkali Mahathir juga ada silapnya.

Walaupun begitu, ada yang beranggapan apabila bekas PM berundur dari jawatan yang dipegangnya selepas lebih 22 tahun ditampuk kuasa, beliau sudah tidak relevan lagi untuk disentuh.

Itulah sifat kita, orang-orang Melayu. Kebanyakannya cuba bersangka baik dan hanya mahu mengingati kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Secara tidak disedari sikap bersangka baik inilah yang membelenggu minda orang-orang Melayu khususnya, juga kalangan rakyat secara umumnya untuk kekal di bawah cengkaman Umno-BN, lebih 50 tahun.

Anggapan ada kebenarannya, beliau sudah tidak berkuasa, buat “menghabiskan beras” sahaja jika kita melayannya. Namun pada penulis, kadangkala kita harus berfikir sebaliknya.

Apatah lagi apabila semasa pemerintahannya Mahathir melakarkan banyak peristiwa bersejarah yang buruk dalam negara.

Justeru buku Anwar on Trial : In the Face of Injustice ini amat wajar diteliti. Ia membongkar bagaimana Mahathir merosakkan sistem keselamatan (polis), memusnahkan integriti kehakiman dan jabatan peguam negara, hanya semata-mata mahu kekal ditampuk kuasa.

Sekurang-kurangnya buku ini menjadi kesinambungan catatan dalam sejarah, bahawa angkara Mahathir, dua kali sistem kehakiman musnah. Pertama, tahun 1988 ketika memecat Tun Salleh Abas; Kedua, ketika memecat Anwar pada tahun 1998.

Buku ini dilancar dan ditatapi rakyat tatkala umat Islam diambang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, ia merupakan hadiah terbaik buat persaraan Mahathir.


Harakahdaily.net

Tahukah Anda.. Malaysia ini kaya sebenarnya..




Kalau tak percaya tak apa.. cuma korang boleh kira sendiri sebahagian dari hasil kerja kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO selama 52 tahun memerintah Malaysia..

Bank Bumiputra_________________________________3.2 Billion

Maminco attempt to corner the world tin
market in 1980's________________________________ 1.6 Billion

Betting in Foreign Exchange cost Bank
Negara in 1990's_______________________________ 30.0 Billion

Perwaja Steel resulted in losses____________________ 2.56 Billion

Valuecap Sdn Bhd - operation to shore up
stock market with public funds_______________________ 10 Billion

Bank Islam banking scandal - losses_________________ 700 Million

Sale of M.V. Agusta by Proton
for One Euro making a loss of :_____________________ 348 Million

Wang Ehsan from Trengganu Oil Royalty - 2004 - 07_____
7.4 Billion

Philharmonic Orchestra - since it
estabalished has swallowed:_______________________500 Million

Advisors Fees per year
Mahathir____________________________________ _180,000.00
Sahrizat______________________________________ 406,726.00
Abdul Hamid Othman (religious)____________________ 549,675.00

Teaching Maths and Science in English
over the past five years____________________________ 3.2 Billion
Of this money 2.21 Billion spent
on purchase of Information and
computer Technology - no breakdown.

Commission paid: Perimekar
and IMT Defence Sdn. Bhd.________________________ 910,000.00

Compensation Gerbang Perdana
for "Crooked Scenic Half-Bridge____________________ 1.1 Billion

CIQ Building - wasted building-
cancellation of the above bridge_____________________ 1.3 Billion

Renovation of Parliament building and leaks___________ 100 Million

National Astronaut Programme______________________ 40 Million

National Service Training. Yearly
estimate is approximately_________________________ 500 Million

Eye on Malaysia_________________________________ 30 Million

Free tickets - Eye on Malaysia______________________ 5.7 Million.

Soft Loan to PKFZ ______________________________4.63 Billion

Indelible Ink - Election Commission__________________ 2.4 Million.

Compensation to 20 highway co.
announced by Samy Velu in Sept 2006______________ 38.5 Billion

Windfall for 9 toll concessionaries
soley from toll hikes in 2008 alone:__________________ 380 Million

Timber export kickbacks involving companies

belonging to Sarawak Chief Minister & Family__________ 32 Million

Bailout of Malaysian Airlines System_________________ 7.9 Billion

MAS buying painting for Office (Munir) _______________1.55 Million

Putra Transport system bailout____________________ 4.486 Billion

Star LRT bailout______________________________ 192.54 Million

National Sewerage System bailout ________________192.54 Million

Seremban-Port Dickson Highway bailout_____________ 142 Million

Kuching Prison bailout___________________________ 135 Million

Kajian Makanan &Gunaan Orang Islam_______________ 8.3 Million

Le Tour Langkawi bailout__________________________ 3.5 Million


Others:

AP’s scandal have been going on year after year for more then thirty years involving a total mind boggling sum of tens of billions of Ringgits.

Alienation of tens of thousands of hectares of commercial land and forestry concessions to children and relatives of Barisan National leaders and Ministers worth tens of billions of Ringgits.

Travel around Malaysia and see for yourself how many white elephants like majestic arches, roads paved with fanciful bricks, designer lamp posts, clock towers, Municipal buildings that look like Istanas, extravagant places of worships, refurbishment of residences of VIP’s, abandoned or under-utilized government sports complexes and buildings etc etc. The combined costs of all these will easily amount to the hundreds of billions of Ringgits.

Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 Billion Ringgit in natural gas subsides to IPPs who are already making massive profits. In addition there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990’s based on the low price of oil then. The accounts of Petronas are for the eyes of the Prime Minster only we have absolutely no idea of the amount!

Ibrahim Ali : Anjing tersepit yang dilepaskan..

Bagi aku itulah perkataan yang sesuai buat Berahim Ali.. Kan anjing bila dia tersepit, pandai saja dia buat muka kesian, bila kita lepaskan kita pulak dia terkam.. Manusia yang tak tahu mengenang budi..

KUALA KRAI, 29 Sept:Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibaratkan oleh Pemuda PAS Negeri sebagai Kacang Lupakan Kulit.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri.

katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja" katanya lagi.

Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

"Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini"katanya lagi

Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

"Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali."katanya lagi.

Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf.

"Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru" ujarnya.

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.


HarakahDaily.Net

Dengarlah rintihan mereka-mereka yang takut UMNO lingkup terus..

Hari ini Umno akan mengumumkan calon yang akan diketengahkan untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Sebelum calon yang akan menggalas tanggungjawab berat ini diumumkan, elok rasanya kita membaca apa yang disuarakan oleh para pemimpin Umno mengenai parti mereka..

Tun Mahathir, Bekas presiden Umno… "Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,''

Seterusnya Tun berkata … "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno,"

Ku Li, bekas calon Presiden Umno, menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, faktor calon memainkan peranan penting dalam pilihan raya tersebut kerana ia menjadi menjadi pertimbangan utama pengundi di kawasan berkenaan.

"Saya percaya akhirnya parti akan pilih calon yang paling sesuai, kita sepatutnya mengambil pengajaran dari pengalaman terdekat ini (Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir)

Kesimpulannya, Kebimbangan Otai Umno ni ada asasnya...Kerana selama ini Umno tidak menjadikan Amanah dan Ketelusan sebagai ciri-ciri dalam pemilihan calon.Tetapi oleh kerana sombong dan tidak mahu muhasabah diri dan parti menyebabkan mereka terkantoi hampir 7 PRK yang lepas.

Seorang veteran umno yang gua kenali menyatakan bahawa susah hendak mencari calon yang benar-benar bersih dari rasuah kerana memang sudah menjadi budaya Umno apabila ada pemilihan Cawangan,Bahagian,Negeri dan Pusat semuanya main duit..dan budaya ini diteruskan dalam setiap PRK,mana mungkin Umno mampu mencari calon yang clean..kenyataan ini perlu diakui oleh ahli Umno.Buat apa kita menutup kudis yang berbau dan telah dihidu oleh masyarakat.

Oleh kerana Umno tidak ada calon yang benar-benar bersih,lantas mereka pulak meracau lalu mengatakan bahawa PAS juga tidak bersih.Mungkin dah takda idea atau kebuntuan dalam pemikiran menjadikan mereka terpaksa melemparkan najis kepada orang lain agar bau busuk tidak hanya terpalit di batang tubuh mereka sahaja...Namun masyarakat kini sedar dan faham Umno bukan lagi parti Dulu,kini dan selamanya..tetapi Parti yang kini semakin reput dan selamanya akan Lenyappp...


Tepuk Dada dan Pengundi Bagan Pinang akan menetukannya


TKOdaily.net

Apa Hak Ibrahim Ali?

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub membidas tindakan Ahli Parlimen Pasir MAs Ibrahim Ali mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya Ibrahim tidak mempunyai sebarang asas untuk membuat kenyataan sedemikian dan kenyataan berkenaan jelas memperlihatkan kecenderungannya untuk kembali kepada Umno.

“Apa hak Ibrahim Ali? Dia dulu diberikan kerusi di Pasir Mas kemudian dia jadikan dirinya sebagai calon bebas dan mungkin kecenderungan kembali kepada Umno. Itu saya rasa Ibrahim Ali tidak ade asas untuk bercakap mengani perkara itu,” katanya.

Cabaran berkenaan dibuat susulan desakan Menteri Besar Kelantan itu supaya Ibrahim melepaskan jawatannya ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu.

Pada pilihanraya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket Pas.

Terbaru Ibrahim mengeluarkan 10 hujah mengapa Nik Aziz perlu mengosongkan jawatan yang disandangnya sejak 1990. Antaranya beliau menyifatkan Nik Aziz sebagai ‘barang lama’ kerana terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar.

Mengulas mengenai perkara ini Salahuddin berkata tidak ada isu untuk Nik Aziz mengundurkan diri apatah lagi melihat kepada prestasinya sehingga ke hari ini.

“Sekarang beliau tidak ada masalah kesihatan dan persembahan dia baik, tidak ada isu untuk beliau mengundurkan diri pada tahap yang ada pada hari ini,” katanya.


TVAntara

Monday, September 28, 2009

Inilah yang dikatakan PENCAPAIAN diutamakan.. Merc ganti V6


Ketika rakyat didahulukan dalam mengikat perut bagi menghadapi keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu. Rakyat didahulukan untuk memakan siput babi untuk terus hidup. Rakyat didahulukan untuk mengubah gaya hidup..

Terdengarlah berita daripada sumber dalaman kerajaan, bahawa kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang lama, dengan kereta mewah yang diimport.Keputusan ini dibuat memandangkan pengeluaran model Perdana V6 bakal dihentikan pada tahun depan, kononnya...


Gegak gempita juak-juak BN seantero negara suatu ketika dulu menjeritkan perkataan "Tidak Patriotik", bila MB Perak YB IR Nizar menggantikan Proton Perdana dengan Toyota Camry sebagai kereta rasmi kerajaan negeri..

Toyota Camry yang belumpun berusia genap tiga bulan diguna kerajaan PR dilelong dengan kadar segera setelah Zambry merampas kuasa.

Seandainya apa yang dilaporkan itu benar, maka perbuatan mereka itu samalah dengan meludah kelangit.. terjatuh kelantai.. menjilatlah Najib dan juak-juaknya ludah mereka itu semula dari lantai yang telah dipijak-pijak mereka..



Kontrak bernilai RM80 juta setahun

Sebagaimana yang diketahui, kereta import mewah tersebut termasuklah Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry dan sebagainya. Kerajaan akan memajakkan kereta ini dari syarikat swasta, Spanco Sdn Bhd untuk tempoh empat tahun.


Spanco Sdn Bhd adalah salah satu "produk" penswastaan, menawarkan perkhidmatan pajakan dan pembaikan kereta untuk kerajaan. Perjanjian konsesi untuk tempoh 25 tahun ini (sehingga tahun 2018) bernilai RM80 juta setahun.

Menurut sumber dalaman kerajaan tersebut, bayaran pajakan kereta baru adalah lebih rendah, maka akan mengurangkan kos pada peringkat awal (initial cost). Namun, Spanco Sdn Bhd boleh mempertingkatkan kadar bayaran perkhidmatan pengendalian kemudiannya, dan ia mungkin mengakibatkan matlamat kerajaan untuk berjimat tidak kesampaian.

Sementara itu,
The Malaysian Insider memetik dari sumber dalaman kerajaan, bahawa hakim telah memutuskan untuk menggunakan kereta Mercedes Benz. Kereta tersebut telah mula dipasang di kilang dalam kawasan Parlimen Najib, Pekan.


Spanco Sdn Bhd pernah dipertikai

Keduanya, pada tahun 2004, Kementerian Kewangan telah melantik syarikat perunding pengurusan bebas Tetuan Coopers & Lybrand untuk mengkajian perjanjian konsesi Spanco Sdn Bhd ini, kerana "bayaran harga yang terlalu tinggi" dikenakan terhadap kerajaan.

Menurut laporan Malay Mail, setelah dikaji semula, nilai perjanjian konsesi ini telah dikurangkan dari RM100 juta setahun kepada RM80 juta setahun. Kementerian Kewangan membuat keputusan untuk mengkaji semula program penswastaan ini setelah TPM ketika itu, Najib menyatakan bahawa "kerajaan akan mengkaji semula perjanjian konsesi yang tidak adil".

Malah, Najib pernah berkata bahawa kerajaan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya kerajaan yang diterajui Najib memutuskan untuk"menggantikan Perdana V6 dengan kereta import", maka langkah ini seolah-olah menampar muka sendiri.

Pada hakikatnya, pertikaian terhadap Spanco Sdn Bhd pernah diungkit dalam parlimen pada tahun 1998. Menurut
Penyata Rasmi Parlimen ke-9, penggal keempat yang bertarikh 25 November 1998, Timbalan Menteri Kewangan ketika itu Wong See Wah pernah memberi perjelasan mengapa Spanco Sdn Bhd diberikan perjanjian konsesi tersebut.

Kebetulannya, Kementerian Kewangan juga melantik Tetuan Coopers & Lybrand untuk mengkaji program penswastaan tersebut. Bekas ahli parlimen, Nungsari bin Ahmad Radhi ketika itu mempertikai mengapa kerajaan melantik Tetuan Coopers & Lybrand untuk membuat penilaian selepas program itu dijalankan, dan bukan sebelumnya.


1998: Projek pajak kereta

Kerajaan mula memajakkan kereta dari syarikat Spanco Sdn.Bhd dan tidak lagi membeli kereta untuk pegawai tinggi dalam kerajaan pada tahun 1994. Namun, bekas PM Mahathir Mohamad memberhentikan program penswastaan ini selepas kemelut ekonomi tahun 1997. Pada tahun 1998, program ini diberi nafas baru atas alasan "mengkaji semula keperluan program penswastaan".


Spanco Sdn Bhd dikuasai Tan Hua Choon, usahawan Cina yang terkemuka. Tan yang amat rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin (gambar di kiri), dilihat sebagai usahawan yang bangkit dengan dorongan kuasa politik pada zaman Mahathir.

Hubungan antara Tan dengan Daim memberi lampu hijau kepadanya untuk menguasai beberapa sumber negara, termasuk saham beberapa syarikat tersenarai.

Selain anak Tan Hua Choon, Tan Han Chuan dan Tan Ching Ching, Lembaga Pengarah Spanco Sdn Bhd terdiri daripada Osman bin Mohd Daim, Abdul Rashid Harun, Hamzah Mohamad Salleh dan lain-lain.

Hamzah Mohamad Salleh ialah Ketua Pegawai Eksekutif Spanco, sementara Osman bin Mohd Daim dan Abdul Rashid Harun sebagai rakan sepakat Tan Hua Choon dalam dunia perniagaan.



MerdekaReview

Pembunuh A.Kugan akan didakwa esok?


SHAH ALAM, Sept 28 - Polis hari ini menyatakan bahawa anggota polis yang terlibat dalam kematian A. Kugan mungkin menghadapi tuduhan samada esok atau dalam minggu ini di mahkamah Magistrate Petaling Jaya.

"Kita akan tahu besok," Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kepada The Malaysia Insider malam ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa ramai anggota Polis yang akan didakwa dan apakah jenis tuduhan yang akan dikenakan , kerana polis hanya akan mendapatkan dokumen dari Timbalan Pendakwaraya esok pagi.

A. Kugan 22 tahun, yang ditahan kerana disyaki sebagai pencuri kereta, mati pada 20 Feb selepas lima hari di tahanan polis.

berita selanjutnya baca disini.


Polis mendakwa hasil dari bedah siasat menunjukkan bahawa A. Kugan mati akibat paru-paru berair..

Video clip dibawah menunjukkan kecederaan yang dialami A. Kugan yang didakwa meninggal akibat paru-paru berair ketika berada dalam tahanan polis





kalau tak puas hati sila tengok gambar-gambar mayat A.Kugan yang mati dalam tahanan polis kerana paru-paru berair..






Kali ni.. Lembu, Kerbau dan Kambing pulak menziarahi SUK Selangor!!

Kali ni, bukan saja lembu. Kerbau dan Kambing pun depa bawak!!

Kalau bulan lepas gerombolan yang mendakwa penduduk seksyen 23 membawa lembu ke perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ni gerombolan yang mendakwa sebagai pengembala lembu membawa 30 lori Kerbau, lembu, kambing dan bekas susu pula menziarahi bangunan SUK Selangor..


Sapa punya kerja ni.. berita kat bawah..




SHAH ALAM, Sept 28 — The state secretariat compound was thrown into chaos again today when more than 100 protestors brought 30 truck-loads of buffaloes, cows, goats and milk containers to demand the state government help them recover their losses from a recent flood.

The protestors, claiming to be herders from across the state, were there to demand help for their fellow farmers in Ulu Yam whose livestock was destroyed in the flood.

The flood was believed to have been caused by the collapse of a landfill.

This is the second time in as many months that a protest has been held in front of the state secretariat.
Last month, residents of the Section 23 neighbourhood here had brought a cow’s head to protest against the relocation of a Hindu temple to their mainly-Muslim housing estate.

TheMalaysianInsider

Rais kata "Tak ada sebab untuk menghalang Beyonce,kerana mereka tidak menunjukkan AURAT"


KUALA KLAWANG, 27 Sept (Bernama) -- Tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini jika beliau mematuhi syarat dan peraturan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ia juga bukan satu perkara baru apabila seorang penyanyi terkenal barat ditentang dari datang ke Malaysia.

"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 rakyat lapisan bangsa di sini Sabtu.

Katanya, pihak yang menentang itu harus sabar dan lihat dulu, jika pertunjukkan itu tidak menepati peratutan perundangan dan agama, ia sudah semestinya salah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan Beyonce pada 25 Okt depan meskipun banyak pihak yang menentang dengan alasan ia menjatuhkan moral remaja negara ini.


BERNAMA





Video klip di atas adalah konsert Beyonce yang dapat aku cari di YouTube dan yang paling menutup Aurat, jika mengikut istilah menutup "Aurat" definasi Rais Yatim.

Video klip Beyonce yang lain, aku tak sanggup nak "paste" kan kat sini sebab kebanyakkannya menunjukkan Lurah Berahi dan Celah Segitiga Bermuda dengan aksi yang mengiurkan yang boleh membuatkan Tok Peti dan Tok Ugama Islam ternganga mulut meleleh air liur. Dan ianya juga, mungkin salah satu faktor yang membuatkan Rais Yatim bersetuju konsert Beyonce diteruskan.

Di sebelah ini pula gambar Rais Yatim, cuba korang tenung betul-betul kat kepala otak dia tu, ada tak wayar yang terputus atau otak dia senget sebelah ke...? atau something wrong somewhere dengan pemikiran Islam dia atau Islam kah dia selama ini?

Kalau beliau bukan dilahirkan sebagai seorang Islam, maka kenyataan beliau boleh di maafkan (kerana orang bukan Islam tak faham tentang tuntutan asas kewajipan dalam Islam).

Dan jika sekiranya baru-baru ini si anak Yatim telah bersama semua umat Islam menunaikan solat Aidil Fitri, maka tak dapek den nak nolong laei..., istighfar... jer lah..., alangkah amat memalukan jika seorang yang bergelar Menteri tetapi Benggong dan Jahil dalam soal "Aurat".

Apa yang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim faham tentang "Aurat"?

Sey... raso dio tak paham lansung pasal AURAT ni..., nengok pado bini dio pun dah tahu jawapannyo... pasal tu kenyataannyo pun gilo macam dio jugak, takdo ko.. mano-mano ustad ko.. ulamaa ko... nak togur ngajor anak Yatim ni... sian bonar den nengokkan tahap kejahilan Menteri Mangkuk Tingkat Umno sekor nih...

Ataupun, sey cadangkan elok bonar kalau si anak Yatim ni daftarkan diri sebagai salah seorang anggota NGO - Sisters In Islam, dah elok lah tu... pasal diorang satu ideologi dan satu kepala, iaitu pemusnah dan pengeliru umat Islam di Malaysia.

Ni den nak posan kek oghang Bagan Pinang, sok kalau nak pangkah undi, nengok botui-botui calon tu... perikso dulu tahap keIslaman calon, kalau boleh interbiu macam pengantin lelaki nak akad nikah, lagi baguih tanyo hukum-hukum ugama.

Jangan main pangkah yeo... nanti terpangkah undi macam kek Menteri Anak Yatim ni..., buat malu Negara Islam yeo...., den malu kek saudara Islam kito di Amerika sanun... ha..ha..ha..

(cubaan cakap loghat nogori... khas PRK N31)

Isa: Nak promosi Malaysia kepada Dunia, bawa penyanyi barat, buat F1, anjurkan perlawanan dan pesta peringkat antarabangsa, habis jutaan ringgit kononnya Malaysia negara maju dan setanding dengan negara maju yang lain.

Tetapi tahap keruntuhan moral dan akhlak remaja semakin teruk, tahap ekonomi negara semakin lingkup, paras kemiskinan semakin ketara, kadar jenayah semakin tinggi, Pengangguran semakin meningkat, tahap rasuah tertinggi... Negara Ku... Malaysia.


Rakyat Marhaen

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails