Monday, August 31, 2009

MERDEKA!! Ini hadiah untuk kita..


Bagi menghargai usaha anak-anak Malaysia dalam membangunkan Malaysia dan mengekalkan keharmonian sesama bangsa di dalam negara Malaysia ini.

Kerajaan Malaysia dengan bangganya menghadiakan hadiah yang amat istimewa buat 1Malaysia sempena menyambut kemerdekaan ini iaitu kenaikkan harga petrol,dipercayai akan bermula pada tengah malam ini (31/08/09)..

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala Ron 97 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

Dan ini amatlah selari dengan tema 1Malaysia " RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Rakyat didahulukan dalam merasai keperitan hidup ketika ekonomi meleset, Pencapaian kerajaan dalam menyusahkan rakyat telah diutamakan..

Sementara itu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mengulas"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita,"

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Sumber berita : HarakahDaily.Net

Eksklusif: Dua Orang Ahli Parlimen BN Dari MCA Johor Bersedia tinggalkan BN?

Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri.

Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu.

Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.

Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini. Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini.

Kemerdekaan yang disambut hari ini tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri akan tumbang dalam pilihanraya akan datang.


Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR

Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng.

Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini.

Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundang padah yang besar buat parti tersebut.

Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat (PKR). Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).

Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini.

Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor.

Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya.

Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, seperti artikel diblog mereka:-
"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno.
Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN.
Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!" umnojohor.blogspot.com

KEPALA LEMBU : Mereka ahli PAS??

Saya diberitahu ada pihak yang menyatakan bahawa Ibrahim dan Mahyudin, dua watak utama demo kepala lembu tempohari telah mengaku diri mereka sebagai ahli/penyokong PAS. Oleh itu ada yang bertanya kepada saya samada ianya benar.

Maka saya pun menjawab, “biasalah, pada masa ini siapa sanggup mengaku dirinya ahli UMNO?”


Saya berikan contoh seperti penyokong Manchester United. Kalau datang ke Malaysia dan dibelasah teruk hingga 7 – 0, semua penyokong MU Malaysia tidak akan mengaku menyokong (kecualilah MU tok tok) dan akan mengaku dirinya penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia! Betul tak?

Maaf ya penyokong MU, sekadar contoh sahaja... Tapi dengar-dengar khabar mereka menang semalam.

Maka jika kita kembali kepada kisah mereka berdua ini, jika benar mereka ini ahli PAS, maka wajar mereka ini disingkirkan atas sebab tindakan mereka yang BERCANGGAH dengan ajaran Islam. Tindakan mereka menjatuhkan imej Islam yang tidak selari dengan prinsip parti Islam.


Tetapi saya yakin mereka BUKAN ahli PAS. Ini kerana sudah lebih 10 tahun saya menjadi YDP PAS Shah Alam dan tidak pernah saya lihat muka kedua-dua penganjur demo ini. Lagipun tiada ahli PAS yang akan sanggup menukarkan kalimah ‘Takbir’ kepada ‘Take Beer’ seperti yang dilaungkan oleh golongan ini.

Mereka mengecam pimpinan PR tanpa menyentuh sedikit pun pimpinan UMNO. Walhal rata-rata semua tahu bahawa perkara ini berpunca dari kelemahan pentadbiran kerajan Negeri warisan UMNO/BN yang terdahulu. Mereka juga dilaporkan telah bertemu dengan Noh Omar...!

Hmmmmmm.......begitulah perangai UMNO dulu kini dan selamanya. Baling batu, sorok tangan.

Sunday, August 30, 2009

KEPALA LEMBU : UMNO jangan nafikan, anda terlibat..



For one, the "take beer" banner is a dead giveaway (as the picture shows). The banner is unique only to UMNO and it's been used only by UMNO supporters/activists during the Permatang Pasir by-election. If this wasn't UMNO's handiwork, then why is this banner part of the demonstration?

And we all know that the issue of Section 23 temple was first brought into light by Noh Umar. It's a cheap racists poltical tactic by UMNO to incite hate so as to create dissatisfaction among Malay/Muslim electorate in Shah Alam against the Pakatan goverment.

As a result of Noh Omar's incitement, the demonstrators (whom i believe is paid by UMNO to demonstrate) when and take it a step further, that is, by bringing a severed cow's head as a sign of protest.

Another thing is that, only UMNO people has that amount of hate to openly transgress the Sedition Act. Only UMNO people are protected by the law from offenses related to inciting racial hatred and inciting sensitive issues. Other people are not fortunate enough and will never dare to cross the line.

So, in a way, Noh Omar is responsible for this particular act of racial and religous defacation committed by a group of unknown individuals who claims to represent the Section 23 residents.

True Muslims Would Not Defile Other Religion's Symbol Like What Happened

All over the muslims world, there exists hundreds of thousands of religous symbols and relics that is not Islamic in nature. But, over the years, Muslims have never taken any steps to destroy these religous symbols.

In Afghanistan and Pakistan, there exists Buddhists statues and temples aging in the thousands of years still standing. In Indonesia, we have the Brobodur Temple still standing in spite of the fact that the entire surrounding population have converted to Islam.

In short, Muslims are not thought to be disrespectful to other religion's symbols and signs. What the demonstrators are doing is against the teachings of Islam especially when the local Hindus DID NOT DO ANYTHING DISRESPECTFUL of ISLAM.

My Proposal: Leave the Section 19 Temple Where it is, and Sue PKNS for Lying to the Residents

I do not believe the Section 19 temple should be razed down. The temple has been there for more than 60 years, long before Shah Alam ever became a city. The Section 19 residents who were tricked by PKNS last time should sue PKNS for compensation.

It's not fair that the Section 19 temple has to be moved considering they were first there and they never wanted to distrub anyone. People came and lived in it's surrounding and those who came later should respect it's existence.

If those residents who were lied to feel the need to be compensated, then they should get it from PKNS and not force the Section 19 temple to be moved.

Pity we have UMNO trying to play up sensitive issues just to get political mileage and not have any regards for how other people feel and think.


Tulang Besi

Perhimpunan aman mendesak ADUN Lunas meletak jawatan.


Perhimpunan aman
mendesak ADUN BEBAS LUNAS meletakkan jawatan sebagai adun

Tarikh: 31 ogos 2009

Hari: Isnin

Waktu:9 pagi

Tempat:
Di hadapan pusat khidmat adun lunas(paya besar)

Datanglah beramai-ramai bagi menunjukkan ke menyampahan anda!!

KEPALA LEMBU : Kenyataan Media PKR

Tarikh: 30 Ogos 2009

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM


Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam.

Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.

Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.

Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.

Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya.

Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?


DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

Saturday, August 29, 2009

KEPALA LEMBU : usaha terbaru umno jatuhkan kerajaan selangor

PAKATAN Rakyat Selangor mendakwa perarakan ‘kepala lembu’ yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru ‘pelampau Umno’ untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

“Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.”

“Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.”

“Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku.”

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap ‘tunggu dan lihat’ Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

“Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis ‘tunggu dan lihat’ cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak.”

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

“Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku.”

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

“Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau.”

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

“Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam.”

“Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku.”

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga/Exco Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco/Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr. Hassan Ali cuba dihubungi untuk melengkapkan dakwaan Khalid – Kepala Lembu adalah usaha Umno menjatuhkan kerajaan Pakatan Selangor; tetapi gagal.

Bagaimana pun, Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lagi, “Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.”

“Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau).”

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam – yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun keagamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An’aam.

Firman Allah bermaksud, “Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Polis Shah Alam melalui Pegawai Polis Daerahnya Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, lebih kurang 50 pemuda Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dekatan Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda ‘ekstrem’ terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan ‘Kami Bantah’.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, “Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa”.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden ‘Kepala Lembu Berdarah’ itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Adakah khabar angin kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini suatu usaha yang benar-benar direncanakan Umno? Sama-sama kita nantikan

KEPALA LEMBU : Penerangan dari YB Khalid Samad

PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS

Oleh Khalid Samad

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan ‘wakil rakyat’ di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam.

Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng


SHAH ALAM – “Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.

Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam.





KEPALA LEMBU : Catatan YB Khalid Samad

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman
sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23
bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Friday, August 28, 2009

KEPALA LEMBU,Saya jamin pertumpahan darah dan ketegangan kaum akan tercetus

Kepala lembu diarak menuju ke bangunan SUK Selangor.

Kenyataan jenis apa ini???

SHAH ALAM, Aug 28 – Sekumpulan Melayu Islam yang mendakwa sebagai penduduk Section 23 mengugut akan menyebabkan pertumpahan darah kecuali kerajaan negeri menghentikan pembinaan Kuil Hindu disitu.

Saya cabar YB Khalid, YB Rodziah dan Xavier Jeyakumar untuk meneruskan pembinaan kuil itu, Saya jamin pertumpahan darah dan ketegangan kaum akan tercetus jika pembinaan ini diteruskan juga dan kerajaan negeri akan dipertanggungjawabkan” jerit Ibrahim Hj Sabri disertai dengan laungan “Allahu Akhbar!”

Ibrahim mendakwa dirinya sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk yang menentang pembinaan kuil di S23.

“Dengan ujudnya Kuil di Kawasan kami, kami tidak dapat menjalankan tanggungjawab kami sebagai seorang Islam dengan sempurna. Kuil ini akan menganggu aktiviti harian kami seperti solat di Surau. Kami tidak boleh khusyuk dengan bunyi bising yang datang dari Kuil itu.” Kata Zurit Bin Ramli yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha “ Coalition of Malaysian NGO’s”







Ibrahim juga mendakwa bahawa orang-orang yang hadir disitu adalah ahli kepada PAS, PKR dan juga UMNO yang bersatu atas nama Islam dan Semangat Melayu.






Kenyataan yang pertama tu memang sangat berbau perkauman dan ugutan.. tapi kenyataan yang kedua tu bunyi macam kenyataan orang bodoh saja..




Firman Allah s.w.t. bermaksud: Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan. (al-An'am: 108)

Di Russia.. Mereka sanggup membayar RM400 untuk diSEBAT!!

Hukum hudud dilaksanakan di Banda Acheh suatu ketika dulu..

Dalam Islam, orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam.Rotan yang tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran.Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak.Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah?

Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini.Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian, akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini.

Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan..

Cuba korang bandingkan antara kaedah merotan dalam Islam dan Civil kat bawah ni..


SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.




SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Yang mana lebih ZALIM??

ADUN BN Terengganu ‘Protes senyap’

Kerusi ADUN BN yang kosong pada persidangan April lalu..

KUALA TERENGGANU – Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu. (Makan gaji buta nih..)

Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.

Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut. Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Sumber : Buletin Online.

Mungkin kerana mereka letih berpuasa... atau memang mereka tidak buat kerja sebab itulah mereka tidak tahu apa yang nak dipersoalkan.. dah tak buat kerja, mana nak ada masaalah...

Thursday, August 27, 2009

Akhirnya... Rohaizat juga yang salah

Malang nasib hang...

(NST) GEORGE TOWN: Permatang Pauh Umno division chief Datuk Abdul Jalil Abdul Majid said the Barisan Nasional candidate for Permatang Pasir Rohaizat Othman should have been honest with party leaders about his background and the issues surrounding his candidacy.

"If he had informed me (about all this), I would have objected to his candidacy ... instead, he chose to keep the truth to himself. "He was not honest and has put Umno and the BN in a bad light." Jalil said the division should, therefore, not be blamed for the Barisan Nasional's defeat in the Permatang Pasir state by-election on Tuesday.

In this regard, the division would also review Rohaizat's position as the Permatang Pauh division secretary, he said.Jalil also pointed out that Rohaizat's candidacy was not decided by the division leaders.

He said the division had come under fire from critics following Rohaizat's defeat in the by-election."We have been accused of misleading the national leadership into consenting to Rohaizat's candidacy but this is a lie."

Rohaizat lost to Pas' Mohd Salleh Man with a 4,551-vote majority in the by-election.
He obtained 5,067 votes compared to Mohd Salleh's 9.618 votes.Throughout the campaign period, Pas relentlessly attacked Rohaizat for being disbarred by the Bar Council and also on his personal life.

Jalil said the division comprised 37 committee members, including him. "However, I only submitted 36 names to the Umno national leadership for consideration.".

"I excluded myself as I had made it known right from the start that I was not interested in contesting the by-election".

Jalil added that at no time was he aware of the issues surrounding Rohaizat. "He never said anything to any of us and we thought he was clean. Also, we did not hear anything bad about him before this.

"Do you think I would jump into a well if I knew it was there in the first place?"


Habisla hang Rohaizat..

PR Menang di semua Daerah Mengundi..

Dari Merdeka Review

PAS dari PR bernafas lega, apabila menundukkan calon UMNO-BN dengan kemenangan mutlak di kesemua daerah pengundian. Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.

Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu. PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi). Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR
Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini. Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN "berjaya merapatkan jurang", golongan pengundi muda tetap bersama PR. Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

UMNO-BN dijangka tidak berubah
Jelas, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti. Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim. Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO?

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua meramalkan bahawa UMNO-BN akan terus dengan propagandanya seperti "Anwar pengkhianat", "DAP hina Islam" dan sebagainya, memandangkan peningkatan undi 1% pun mungkin memberi kepuasan kepada UMNO.

"Sememangnya kami (PR) juga bimbang akan kehilangan undi Melayu, tetapi selagi kami mengambil pendekatan yang sederhana, mengekalkan sokongan dari struktur pengundi yang sedia ada, maka UMNO-BN akan musnah dengan sendirinya," jelas Tian Chua kepada MerdekaReview.

Kelas pekerja bersama PR
Ahli Parlimen Batu ini mengingatkan bahawa golongan yang tidak mengundi semalam adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.

Beliau yakin bahawa penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, dikenalpasti sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR. Maka, kemenangan PAS-PR semalam mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.

Cuma, bagaimana pula dengan UMNO-BN?

Najib.. "BAPA KEKALAHAN Malaysia"

Antara kekalahan-kekalan yang telah dialami beliau.

~ Kalah di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
~ Kalah di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.
~ Kalah di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.
~ Kalah di Pilihanraya Kecil Bukit Selambau.
~ Kalah di Pilihanraya Kecil Penanti.
~ Kalah di Pilihanraya Kecil Manek Urai.
~ Kalah di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. (Terkini!!!)

Kalah saja ni...

Wednesday, August 26, 2009

MUHYIDDIN PENIPU!!! kata Tun Mahathir..

~ Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air . Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya,” kata Dr. Mahathir dalam laman blognya

Maksud Tun disini ialah Lee Kuan Yew tidak pernah mengugut untuk memerangi Malaysia jika Malaysia tidak membekalkan air ke negaranya.. sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Muhyiddin pada 19 Ogos lalu di Bukit Mertajam.

Atau dalam lain ayat Muhyiddin telah menipu 1Malaysia dengan mengatakan bahawa Singapura akan bertindak menyerang Malaysia jika Malaysia gagal membekalkan air kepada Republik itu...



Dibawah adalah keseluruhan tulisan Tun Mahathir..

1. Tan Sri Muhyiddin spoke the truth about my persuading him to supply water to Singapore (read here). But Lee Kuan Yew did not threaten to go to war if we did not supply water.If he had done that, I think I would have stopped any further supply.

2. We were at that time trying to be friendly with Singapore in order to solve several problems. Although raw water would be supplied at 3 cent per 1000 gallons, the understanding was that in future only treated water would be supplied when our treatment plants would be ready. We would also not buy any more treated water from Singapore at 50 cent per thousand gallons when our new treatment plant in Johore is ready.

3. When we no longer needed to buy treated water from Singapore we could raise the price of raw water to Singapore without Singapore being able to raise the price of treated water to us.

4. However when we concluded the water supply agreement Singapore raised a lot of issues regarding our railway land, the CIQ (Customs, Immigration and Quarantine) at Tanjong Pagar, training flights by Singapore warplanes over Malaysia and the Central Provident Funds.

5. At that stage I realised that being friendly with Singapore did not pay.

6. I don't know about the sale of land to Singapore but as it was agreed that a treatment plant be built by Singapore in Johore, land would have to be made available..



Kesimpulannya Muhyiddin telah menipu 1Malaysia...

Nak menipu pun.. tunggu lah Tun Mahathir tu meninggal dulu Muhyiddin oii dan ada pulak tu yang buat cerita kononnya pernah mendengar cerita yang Singapura akan menyerang Malaysia.. ha.. ha..

err.. dulu masa kecik kecik dulu aku pernah dengar UFO landing kat BM High School.. betul ka cerita tu?.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails