Wednesday, December 23, 2009

UMNO Penang nak menipu orang Melayu ka?

GEORGETOWN - Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man menyifatkan tuntutan UMNO Pulau Pinang terhadap jawatan Pengerusi BN negeri dari tangan Gerakan sebagai ‘sudah terlambat’ dan hanya bertujuan untuk menipu orang Melayu di negeri ini bertujuan meraih sokongan mereka semata-mata.

Mohd Salleh juga mendakwa, UMNO pernah menggunakan taktik yang sama sewaktu berkempen pada pilihan raya umum 1986 apabila parti itu berjanji akan menjadikan seorang wakil mereka Ketua Menteri jika memenangi 12 kerusi yang dipertandingkan meskipun mereka mengetahui jawatan Ketua Menteri masih tetap akan dipegang oleh Gerakan


Gambar dari WRLR

“Sudah terlambat untuk UMNO Pulau Pinang membuat tuntutan sebegitu kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah sedar akan temberang mereka yang cuba mencetuskan propaganda hanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu semata-mata, meskipun mereka menyedari Gerakan tidak akan sesekali memberi peluang kepada UMNO untuk mengetuai BN peringkat negeri.

“Mungkin UMNO sebelum ini rasa berkuasa sebab mereka satu-satunya parti komponen BN yang memenangi kerusi pilihan raya umum lalu hingga berani mengemukakan tuntutan sedemikian, namun mereka harus sedar, kemenangan yang dikecapi mereka bukan disebabkan kekuatan UMNO sendiri, namun disebabkan oleh pengaruh BN yang masih kukuh,”katanya.

Mohd Salleh berkata, pergolakan yang berlaku dalam BN Pulau Pinang sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada PR kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah mula buka mata akan situasi sebenar BN yang semakin parah dan berpecah-belah.

Sementara itu, DAP menyifatkan tuntutan jawatan Pengerusi BN negeri oleh UMNO Pulau Pinang daripada Gerakan tidak akan mengubah persepsi rakyat negeri ini terhadap kepimpinan BN yang tidak telus dan lemah.

Setiausaha DAP Negeri, Ng Wei Aik berkata, tuntutan UMNO jelas memberikan gambaran sebenar kepada rakyat bahawa parti itu rakus untuk membolot jawatan yang ditawarkan di peringkat negeri, meskipun ianya sebelum ini dipegang oleh rakan parti komponen yang lain sekali gus menyerlahkan lagi sikap diktator parti itu.

Menurutnya, perbalahan yang tercetus antara UMNO dan Gerakan bukan perkara baru memandangkan sebelum ini pernah berlaku kejadian koyak gambar Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon oleh beberapa ahli UMNO pada tahun lalu dan tindakan Gerakan meminta maaf kepada UMNO meskipun berlaku provokasi ke atas parti itu menunjukkan ia parti yang lemah dan terpaksa mengikut telunjuk UMNO.

Sambung baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails