Friday, December 11, 2009

Umno gagal

Peruntukan yang tidak seimbang untuk rumah ibadat Islam dan bukan Islam menjadi isu akibat kegagalan Umno dan BN menjelaskan kaedah pengagihannya kepada rakyat pelbagai agama dan kaum, kata PAS.

Ketua Penerangannya Idris Ahmad kemudian menegaskan bahawa Islam mampu memberikan keadilan kepada semua pihak - termasuk isu dana rumah ibadat - seperti yang parti itu tunjukkan dalam pentadbirannya di Kelantan.

"PAS bertegas bahawa Islam mampu memberikan keadilan pada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini."

Idris merujuk kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Dewan Rakyat berhubung isu peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Mengulas polemik tersebut, Idris menyeru semua pemimpin politik dan NGO supaya tidak mencetuskan sentimen yang boleh ditafsirkan sebagai menyentuh sensitiviti mana-mana agama di negara ini.

Sambung baca di sini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails