g

Thursday, December 10, 2009

UMNO akan dilingkupkan oleh Mahadet sendiri..

UMNO sedang menuju kehancuran dan mereka yang bertanggungjawab memusnahkan parti perkauman itu adalah mereka (ahli- ahli Umno) sendiri.

"Yang mengepalai jalan kemusnahan ini ialah bekas presidennya dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Ahli Parlimen Keadilan – Indera Mahkota, Azan Ismail.

Ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini, beliau berkata, Dr Mahathir yang menerajui tampuk pemerintahan negara merosakkan apa yang beliau bina selama ini dengan kenyataan-kenyataannya yang destruktif.

Terbaru katanya, perang mulut beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Nazri menuduh Mahathir sebagai ‘bapa’ segala rasis. Mahathir pula mencabar Nazri supaya meletak jawatan jika beliau (Nazri) anti-rasis.

"Dalam blog.chedet.com, blog beliau sendiri, Dr. Mahathir menganggap parti Umno sebagai sebuah parti yang busuk, busuk sampai ke ususnya," kata beliau.

Azan berkata, "dengan berkata demikian, sebenarnya beliau (Dr Mahathir) merujuk kepada dirinya sendiri kerana beliaulah satu- satunya perdana menteri yang memerintah paling lama, 23 tahun.

"Ketika pemerintahannya, Malaysia telah mengalami kerugian lebih RM100 bilion akibat penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan dalam projek-projek mewah, pembaziran awam, tender rundingan terus dan berbagai lagi," jelas beliau.

Beliau menerangkan, "kesan dari pemerintahannya, Malaysia menjadi sebuah negara yang tidak kompetitif, kos operasi perniagaan meningkat, indeks rasuah meningkat, jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negara-negara jiran."

Dr Mahathir yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tali barut Amerika Syarikat, sebenarnya beliaulah yang bekerjasama rapat dengan Amerika.

Dalam buku terbitan terbaru, "Malaysian Maverick" – Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain, mendedahkan beberapa perjanjian sulit di antara Mahathir dengan Caspar Weinberg, bekas setiausaha pertahanan Amerika.

Wain menceritakan bagaimana Dr Mahathir menandatangani perjanjian itu pada tahun 1984 untuk memberi kebenaran kepada Washington akses kepada sekolah latihan ketenteraan dalam hutan di Johor.

Perjanjian itu juga membenarkan Amerika menubuhkan sebuah dermaga baikpulih kapal di Lumut dan membenarkan Amerika menyediakan kemudahan baikpulih pesawat pengangkutan ketenteraan di luar Kuala Lumpur.

Kata Wain dalam bukunya, dalam usaha Dr Mahathir untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara moden maka tidak dinafikan beliau menjadi ‘ketagih’ kepada kuasa.

Untuk mengekalkan kuasa, duduk lebih lama di kerusinya dan menabur bakti kepada mereka yang berjasa kata Wain, beliau mengukuhkan parti dominan Umno sebagai mesin wang bagi membantu mencetuskan apa yang beliau sebut "politik wang" dan "rasuah".

Malahan politik dan bisnes sudah bercampur aduk dan menjadi ramuan yang baik sekali. Parti Umno kemudiannya mempunyai konglomerat yang jari-jemarinya menjangkau segala bidang ekonomi.

"Bagi Dr Mahathir, matlamat menghalalkan cara", kata Wain dalam bukunya.


FreeMalaysiaToday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails