Thursday, December 3, 2009

Tian Chua : Saya ada bukti kukuh!!

mmm.. macam pernah dengar saja ayat tu.. ha.. ha.. ha..

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa mempunyai bukti sahih berhubung pembabitan isteri kepada seorang menteri kanan dan seorang tokoh korporat berpangkat Tan Sri yang mengirim dana keluar negara secara tidak sah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, pada Mac tahun lalu, isteri menteri itu mengirim dana sebanyak RM600,000 ke Dubai, manakala antara Jun hingga Ogos tahun lalu, tokoh korporat itu mengirim dana berjumlah RM22.2 juta ke United Kingdom.

Justeru, beliau menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyegerakan siasatan terhadap dua kes itu yang melanggar undang-undang perbankan negara mengikut Seksyen 30(1) (b) dan Seksyen 35 (b), Akta Pengurupan Wang 1998.

"Mereka perlu menyiasat sumber wang itu jika individu ini memiliki wang secara tidak sah," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Tian Chua juga mendakwa, melalui beberapa sumber yang diperolehnya, sejak 2006 sehingga kini, sebanyak 114 kes disiasat Bank Negara yang disyaki melanggar Seksyen 30, Akta Pengurupan Wang 1998.

Katanya, beliau sudah berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada BNM berhubung kes itu, namun tidak mendapat maklum balas.

Beliau menggesa BNM mengumumkan hasil siasatan pemindahan wang RM10 juta ke London oleh seorang menteri besar pada 2008 dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber wang itu.


Sumber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails